t w e n t y✨

188 15 0
                                    

🍪eunwoo pov🍪

sowon masih lagi tersenyum. aku baru tahu yang dia sukakan kanak-kanak.

"kenapa pandang saya macam tu?" soal sowon.

"awak cantik sangat sebab itulah saya asyik pandang awak"

aku tersengih. tuala di tangan aku dipandang sekilas.

"duduk"

sowon duduk di atas bangku dan memandang ke arah aku. tuala itu aku lilitkan pada kepalanya dan aku menggosok rambutnya.

aku nak keringkan rambutnya seperti yang selalu ada di dalam drama. kaki drama betullah aku ni.

"awak..." sowon memandang ke dalam mata aku.

auch hati aku.

"ya?"

"cantiknya mata awak" sowon tersengih.

aku terus memegang jantung aku. rasanya macam nak meletup selepas mendengar kata-kata sowon tadi.

"awak okay tak ni?" soal sowon lalu memegang bahu aku.

aku menganggukkan kepala. aku sambung menggosok rambutnya sehingga kering. aku tak naklah dia selesema nanti.

"rambut saya dah kering. biar saya keringkan rambut awak pula"

sowon memegang tangan aku dan tersenyum. tuala di tangan aku diambilnya dan dia mengeringkan rambut aku.

mukanya terlampau dekat dengan aku dan membuatkan jantung aku berdegup lebih kencang.

aku menarik tangannya dan bibir kami bercantum buat seketika.

"gomawo" kata aku.

aku berdiri dan memegang erat tangan sowon. kami berdua berjalan pulang ke rumah seunghwa. mesti dia dah lama menunggu kepulangan kami.

-----

seunghwa memandang ke arah kami berdua. di sisinya ada seorang lelaki. mungkin bakal suaminya,ten.

aku pun tak kenal sangat sebab aku bukannya tahu sangat idol ni.

"annyeonghaseyo, saya ten" kata ten.

sowon dah tersenyum sampai ke telinga. jangan cakap dia angau dengan ten.

"awak,dah tak ingat saya ke?" aku mencebikkan bibir.

sowon tersengih dan menggosok kepala aku.

"takkanlah nak lupakan awak. tapi saya minat dia" kata sowon.

aku berdiri dan terus ke dapur. sakit hati aje duduk lama-lama dekat ruang tamu. aku dilupakan lepas dia jumpa budak sepuluh tu.

"awak..." sowon memegang tangan aku.

dia memegang erat kedua-dua belah tangan aku. matanya dikelipkan berkali-kali. aku cuba untuk memalingkan wajah tapi tak boleh.

dia cuba goda aku ke apa ni?

"apa?"

"janganlah merajuk" dia memuncungkan bibirnya.

aku menggelengkan kepala. aku tak boleh kalah dengan dia. aku akan merajuk selama mana yang aku boleh.

"dongdong" ah sudah.

dia buat nama panggilan daripada nama sebenar akulah pulak. habis lemah kaki aku eee.

"dongdong" katanya lalu tersengih.

"jangan panggil macam tu" aku hampir terduduk.

dia memegang pipi aku dan mengucup bibir aku. mata aku terbeliak kerana terkejut.

"jom duduk sana" sowon menarik tangan aku ke ruang tamu.

bibir aku tak berhenti mengukirkan senyuman. kaki aku masih lagi terasa lemah. semuanya kerana sowon.

"kenapa dengan eunwoo ni?" soal seunghwa.

sowon hanya tersengih. aku pula duduk melekat pada sofa dan melayan perasaan bahagia dari tadi.

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now