🍪sowon pov🍪
Aku meletakkan barang-barang dapur di atas meja . Mana pulak budak-budak ni? Baru je aku nak suruh diorang simpankan semua barang-barang ni .
"budak-budak . Di mana anda semua!"
Tiada langsung sahutan daripada mereka . Takkanlah semuanya tengah tidur pulak petang-petang ni?
"woi!" eunha muncul di belakang sofa .
Apa sia dia buat belakang sofa tu? Tak berhabuk ke?
"mana yang lain?" soal aku .
"yerin unnie pergi kafe . Yuna dan eunbi pergi beli barang . Yewon tengah kemas bilik"
Aku menganggukkan kepala . Nampaknya tinggal aku dan eunha sajalah yang kena mengemas semua barang dapur ni .
"kalau macam tu,tolong unnie kemas barang dapur ni" eunha hanya mengangguk .
Kami berdua mula mengemas barang-barang dapur dengan menyimpan di dalam rak dan peti ais . Tak adalah susah mana pun .
"PEWIT! KAMI DAH BALIK" suara eunbi menerpa telinga aku .
Aku membetulkan ikatan getah rambut aku dan menuju ke arah pintu rumah .
"mana korang berdua kutip lelaki ni?" aku mengeluh .
Macam mana dia boleh ada dekat sini? Aku baru je nak bermasam muka dengan dia . Kacau daun betullah .
"kitorang jumpa dia dekat tempat pelupusan sampah" kata yuna lalu menjeling ke arah lelaki itu .
"mana ada . Dia ni ada depan pintu . Katanya nak jumpa unnie" eunbi tersengih .
Tapi aku tak nak jumpa dia . Halah halah eunbi ni .
"dah jom kita naik atas. Biarkan unnie dan eunwoo dekat sini" eunha menarik eunbi dan yuna .
Boleh pulak diorang tinggalkan aku dan eunwoo di ruang tamu ni . Aku ni kalau boleh tak nak langsung tengok muka dia .
"kau nak apa datang sini?" soal aku .
Eunwoo duduk di atas sofa dan memandang ke arah aku . Ish tak selesa betullah . Terpaksalah aku duduk juga di sebelah dia .
"aku nak minta maaf" eunwoo memandang ke arah aku lama .
Makin takut pulak aku nak pandang eunwoo ni . Dia kena rasuk ke? Tak pernah perangai dia sebaik ni .
"mianhae. Aku tahu aku terkasar dengan kau haritu"
Aku mengeluh .
"sebab tu je kau datang sini?" pelik .
Aku tak rasa eunwoo akan minta maaf dengan mudah macam ni je . Selama ni elok je berkasar dengan aku . Tak ada pulak nak minta maaf bagai .
"boleh tak kau jadi girlfriend aku?"
Aku terus berganjak jauh daripada eunwoo . Aku syak dia ni demam jadi mulalah nak cakap benda yang pelik-pelik .
"kau demam ke?" soal aku .
"tak"
Aku menelan air liur . Eunwoo menarik tangan aku dan menarik aku mendekatinya . Aku tak boleh lemah .
YAH SOWON! Jangan jatuh cinta dengan dia .
"aku betul-betul sukakan kau"
"jangan berguraulah eunwoo . Aku tak ada masa untuk semua ni" aku mula berdiri namun eunwoo menarik tangan aku .
"aku tak berguraulah,sowon"
Aku menepis tangannya . Tangan aku dilipatkan pada dada . Aku rasa dia nak prank aku je ni . Selama ni pun dia asyik nak bertengkar je dengan dia . Takkanlah tiba-tiba jatuh cinta .
"kau pergi balik jelah . Aku tak nak terlibat dengan semua ni" kata aku .
"susah sangat ke kau nak percayakan aku?"
"ya, jadi pergilah balik . Aku penatlah"
Aku terus meninggalkannya di ruang tamu dan menuju ke dapur . Lagi lama aku ada dekat ruang tamu tu, lagilah dia tak nak balik .
Apa masalah eunwoo ni? Tiba-tiba je nak beritahu yang dia sukakan aku . Entah apa-apalah perangai dia tu(๑ ิټ ิ) .
Tbc.
YOU ARE READING
SHINEㅣ차은우
Fanfictionkim sowon yang baru saja bermula dalam bidang permodelan dipertemukan dengan seorang lelaki berlagak iaitu cha eunwoo. malang betul, wajah dahlah kacak tapi perangai hm. ❝ eh eunwoo. Awal lagi nak balik . Tambang teksi tak bayar lagi ❞ ㅡsowon. ❝ ak...