t w e l v e✨

217 13 0
                                    

🍪no one pov🍪

Hari ini photoshoot eunwoo dan sowon yang terakhir. Mereka berdua nampak selesa ketika bergambar kerana sudah mula mengenal chemistry masing-masing.

"nice shoot! Okay jom kemas. Akhirnya selesai juga photoshoot kita kali ni"

Sowon dan eunwoo tersenyum. Bukan mudah nak buatkan kim gembira.

"you guys nak minum-minum dulu? I belanja" kim memandang ke arah mereka berdua dengan tangan yang dilipatkan di dada.

"why not? Bukan selalu kau nak belanja" kata eunwoo.

Sowon tersengih.

"nanti i send location. Korang berdua gerak sekalilah since korang berdua dah bercinta"

Eunwoo menganggukkan kepalanya laju. Seronoklah dapat memandu dengan sowon disisinya. Tak adalah kim nak menganggu je.

Eunwoo terus menarik tangan sowon dan mereka bergerak sekali ke kereta eunwoo. Sowon mengetap giginya. Jantungnya asyik berdegup laju.

"masuk,princess" kata eunwoo selepas membuka pintu keretanya untuk sowon.

"gomawo"

Sowon masuk ke dalam kereta dan membetulkan duduknya. Eunwoo pula duduk di tempat duduk pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta.

Dia mula memandu dan dengan sengaja tangannya memegang tangan sowon.

"eung" sowon terkejut.

"teman saya" apa punya alasanlah eunwoo ni.

🍪eunwoo pov🍪

Aku hampir tergelak dengan alasan yang aku berikan tadi. Aku terus memandu sehingga kami tiba di kafe.

"ini bukan ke kafe yang selalu awak pergi tu ke? Takkanlah kim tahu kafe ni?" soal sowon.

Aku mengusap kepalanya.

"sayakan dah lama bekerja dibawah kim. Mestilah dia tahu semua tempat yang saya pernah pergi" aku tersenyum padanya.

Kami berdua memasuki kafe dan ternampak kim duduk di satu sudut. Tangannya dilambaikan dan memanggil kami.

"korang berdua duduklah. I pergi buat pesanan"

Kami berdua menganggukkan kepala. Kami berdua duduk bersebelahan dan aku tersenyum. Nampaknya kami dah dapat cuti yang panjang.

"sowon,awak nak pergi lotte world tak? Kali ni kita pergi waterpark"

"mestilah nak. Kita berdua saja ke?" soal sowon.

Aku menggeleng.

"awak ajaklah kawan-kawan awak dan saya ajak kawan-kawan saya. Barulah meriah sikit nanti" sowon tersengih.

"betul jugak. Kalau kita berdua je nanti macam tak seronok pulak" kata sowon.

Aku memegang erat tangan sowon. Tak sangka gadis yang dah lama aku cintai dah jadi girlfriend aku. Aku tahu kadang-kadang dia agak tak selesa dengan layanan aku.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now