t e n✨

232 10 2
                                    

Nampaknya photoshoot eunwoo dan sowon selesai lebih awal hari ni . Selesai saja menukar pakaian, eunwoo terus menunggu sowon .

Sowon berjalan laju menuju ke arah eunwoo . Dia terasa seperti dah membuatkan eunwoo menunggu terlalu lama .

" dah lama ke awak menunggu? Maaflah ada problem sikit tadi" kata sowon .

"eh tak apalah . Sini,biar saya pakaikan helmet ni"

Sowon berjalan setapak mendekati eunwoo dan dia terus menyarungkan helmet pada kepala sowon .

"kaja" sowon membonceng superbike milik eunwoo tanpa mengetahui ke mana arah yang ingin mereka tujui .

Selepas hampir setengah jam menunggang superbike, akhirnya mereka tiba di sebuah tempat . Helmet ditanggalkan dan mata sowon terbeliak .

"lotte world? Seronoknya"

"kita tak masuk lagi awak dah cakap seronok? Dah jom" eunwoo memegang erat tangan sowon .

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam lotte world dan sowon terus berhenti melangkah .

"kenapa?" soal eunwoo .

"saya nak tu . Nak churros" sowon tersengih .

Eunwoo menganggukkan kepalanya . Mereka berdua menuju ke kedai churros dan membelinya .

"sedapnya . Nak?" eunwoo membuka mulutnya dengan luas dan sowon terus menyuapkan churros itu kepadanya .

"em sedap" kata eunwoo dengan mulutnya yang penuh .

🍪sowon pov🍪

Setiap hari aku bersama dengan eunwoo . Aku rasa seperti kami dah semakin rapat . Tak adalah nak bertengkar saja macam dulu .


" awak nak naik rollercoaster tak?"soal eunwoo .

Aku menggelengkan kepala laju . Nanti aku muntah macam mana? Buat malu aje .

"kita jalan-jalan aje"

Eunwoo langsung tak nak lepaskan tangan aku . Setiap kali tangan kami bersentuhan, aku terasa macam ada renjatan elektrik . Tak adalah, itu cuma renjatan cinta ehek
(๑ ิټ ิ).

"ingatkan nak bawa awak main dekat waterpark tapi kita berdua tak bawa baju lebih lah pulak" eunwoo memandang ke arah aku lama .

"eh tak apalah,lain kali kita datang sini lagi" aku tersengih .

Eunwoo menggosok kepala aku . Pandangan mata dia buatkan aku jatuh cinta . Pergh senangnya kamu jatuh cinta sowon .

"nak pergi mana lagi ni?"

Eunwoo hanya menjongketkan bahunya . Dia pun tak tahu nak pergi mana rupanya . Dahlah ini kali pertama aku ke lotte world . Aku tak adalah tahu sangat apa yang ada dalam lotte world ni .

"kalau macam tu,kita pergi bergambar dululah" eunwoo menganggukkan kepalanya .

Aku menarik tangan eunwoo apabila ternampak satu sudut yang kelihatan cantik untuk bergambar . Tiba saja di kawasan itu baru aku terperasankan sesuatu .

Aku dah terlepaskan tangan eunwoo . Jadi sekarang aku berseorangan .

"aduh . Macam mana boleh terlepas tangan dia tadi" aku mula merungut .

Aku mencari-cari kelibat eunwoo namun langsung tak kelihatan . Takkanlah dia hilang macam tu aje? Aku ternampak seseorang sepertinya dan aku terus berlari ke arahnya .

"mana awak pergi?" aku memandang ke arah eunwoo kemudian ke arah gadis di hadapannya .

Siapa gadis ni?

"saya terjumpa kawan lama saya . Seunghwa, ini sowon"

Aku tersenyum pada seunghwa .

"aku pergi dululah min . Bye!"

Dia panggil eunwoo dengan panggilan min aje? Itu singkatan nama daripada dongmin . Kenapalah aku rasa nak marah saja ni?

"eh tunggulah sowon" eunwoo mengejar aku yang mula berjalan meninggalkannya .

Eunwoo menarik tangan aku .

"apa?" soal aku .

"awak cemburu?"

Ish buat apa pulak aku nak cemburu? Aku dan eunwoo bukannya ada apa-apa hubungan . Lainlah kalau kami ni bercinta . Nampaklah logik sikit .

" tak payah nak merepeklah, eunwoo" aku menjelingnya .

"eh tak nak ambil gambar ke?"

Aku menggeleng laju . Tiba-tiba aku tak ada mood nak bergambar .

"tak payahlah . Kita balik jelah" eunwoo berjalan laju dan memegang erat tangan aku .

Senyuman langsung tidak pudar dari wajahnya . Entah apa benda yang boleh buat dia senyum sangat tu . Aku ni punyalah masam sebab tak suka tengok dia dengan seunghwa tadi .

"betul ni awak nak balik?" soal eunwoo .

"yelah" aku memuncungkan bibir .

Eunwoo mengangguk . Dia mengelus lembut rambut aku dan memakaikan helmet pada kepala aku .

"dah naik cepat"

Aku terus membonceng superbikenya tanpa berkata apa-apa . Tangan aku dililitkan pada pinggangnya dan kepala disandarkan di belakangnya .

Kenapalah aku nak cemburukan seunghwa dan eunwoo sedangkan kami berdua tak ada apa-apa hubungan? Nampaknya aku dah sukakan eunwoo .

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now