f o u r t e e n✨

199 13 0
                                    

🍪no one pov🍪

Sowon membuka tingkap biliknya dan mula menghirup udara segar. nak mengacah macam buat CF pulak pagi-pagi ni.

Tangannya dilambaikan ke luar tingkap apabila ternampak eunwoo. sowon memakai cardigannya dan berjalan keluar dari rumah.

"buat apa dekat sini? pagi-pagi pulak tu" sowon tersenyum.

"rindukan awak. jom jalan-jalan"

Eunwoo mencapai tangan sowon dan memegangnya erat. punyalah awal dia bangun hari ni semata-mata nak berjumpa dengan sowon.

"pergi mana?" soal sowon.

"kita jalan-jalan dekat tasik depan tu"

Sowon menganggukkan kepalanya. dia berjalan masuk ke dalam kereta milik eunwoo dan menyusur laju ke tasik itu.

Keluar saja dari kereta, mereka mula berjalan di sekitar tasik.

"awak tak lapar ke sowon?" soal eunwoo.

Sowon menggelengkan kepalanya.

"saya dah makan roti tadi. kenapa? awak lapar ke?" sowon memegang lengan eunwoo.

"em bolehlah"

Eunwoo tersengih. dia mula rasa gembira apabila sowon risau akan dirinya. eceh dia tak nak kau lapar. itu saja.

"min, sowon"

Mereka berdua berpaling ke belakang dan memandang ke arah gerangan yang memanggil mereka.

"seunghwa?" sowon tersenyum.

Tak sangka mereka boleh terserempak sekali lagi. kecil betul dunia.

"sowon, boleh aku berbual dengan min sekejap. privasi"

Sowon mengangguk. hatinya mengatakan jangan tetapi dia terpaksa mengangguk. semuanya kerana dia percayakan seunghwa. seunghwa itu cuma sekadar teman rapat eunwoo.

Eunwoo dan seunghwa bergerak ke kawasan lain manakala sowon duduk di bangku. dia mengeluarkan telefonnya dan melihat sns.

"min, aku kena beritahu semua ni kalau tak aku akan menyesal nanti" kata seunghwa.

"apa dia?" soal eunwoo.

Dia tak dapat meneka apa yang ingin disampaikan seunghwa. apa sangat perkara yang akan dia kesali nanti?

"aku sukakan kau"

Eunwoo terus memandang ke arah seunghwa. dia tak pernah tahu semua ini. yelah, selama ini seunghwa melayannya seperti keluarga.

Dan hari ini seunghwa mengaku yang dia sukakan eunwoo.

"aku tahu ini salah tapi aku tak boleh sorokkan perasaan ni. setiap kali aku jumpa kau, hati aku rasa lain" seunghwa menunduk.

"kau tak boleh salahkan diri kau. aku minta maaf sebab tak boleh terima kau sebagai girlfriend aku. kau tahu kan sowon tu girlfriend aku?" soal eunwoo.

Seunghwa mengangguk laju. dia mula berasa malu dengan tindakannya itu.

"min. esok aku akan ke thailand. mungkin selama 3 tahun kau takkan berjumpa dengan aku"

Eunwoo memandang ke arah seunghwa.

"kenapa? kau nak lari dari aku?"

Eunwoo tahu seunghwa akan bertindak sebegitu. dia bukannya baru mengenali seunghwa.

"tak. aku cumaㅡ"

"dahlah seunghwa. aku tak nak disebabkan aku kau nak larikan diri macam ni. tak boleh ke kau terus tinggal di sini?"

Seunghwa menggeleng laju.

"i'm sorry. i can't dan tolong jangan beritahu sowon. aku tak nak hubungan kami renggang" seunghwa berjalan meninggalkan eunwoo di situ.

Dia ada menyapa sowon sebelum dia berangkat pulang. tak adalah sowon mengesyaki apa-apa nanti.

"cepatnya seunghwa nak balik" sowon mengumam perlahan.

Eunwoo memeluk bahu sowon. sowon agak rapat dengan seunghwa akhir-akhir ini. eunwoo rasa bersalah kalau merahsiakan perkara tadi.

Tapi dia akan turut rasa bersalah jika membongkar rahsia itu. lebih baik jika dia menyimpan saja rahsia itu.

"dia ada hal lah tu" kata eunwoo.

Sowon mengangguk. dia hanya perlu mempercayai eunwoo dan seunghwa.

"

jom pergi makan" eunwoo menarik tangan sowon ke kereta.

Dia tak dapat menahan kelaparan yang dirasainya sekarang. terpaksalah dia mengajak sowon menemaninya makan.

-----

🍪eunwoo pov🍪

Aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut aku. ketika itu jugaklah aku teringatkan seunghwa. kenapa dia tak pernah beritahu perasaannya pada aku?

Aku tak sanggup kehilangan kawan sebaiknya.

"kenapa termenung aje ni?" soal sowon.

Aku tersenyum dan menggelengkan kepala laju. patut ke aku beritahu sowon? seunghwa itu juga kawannya.

"teringat sesuatu je. esok nak teman saya tak?" soal aku.

"boleh aje. lagipun esok saya free"

Aku tersengih. bolehlah kami berdua ke airport untuk berjumpa dengan seunghwa buat kali terakhir.

Walaupun dia ingin melarikan dirinya daripada aku tapi aku tetap ingin berjumpa dengannya. bukannya sekejap aku berkawan dengannya.

"tadi termenung dan sekarang tersengih pula. ada apa-apa ke yang awak sorokkan?" soal sowon.

"ani, buat apa saya nak sorokkan daripada awak? kita mana boleh berahsia"

Sowon tersenyum. hatinya lega. aku tahu dalam setiap hubungan tu kita dilarang berahsia. setiap perkara perlu dikongsi tapi aku dah pun melanggarnya.

Tak apalah. sowon akan tahu juga esok. tak adalah rasa bersalah ni menyelubungi diri aku.

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now