s e v e n t e e n✨

193 12 0
                                    

🍪eunwoo pov🍪

baru saja tadi aku menerima panggilan telefon daripada yuna. dia nak berjumpa dengan aku dan aku agak ianya kerana sowon.

"ada apa nak jumpa aku ni?" soal aku.

"kau pun dah tahu sebabnya. kenapa kau buat dia macam tu?"

aku meraup rambut aku ke belakang.

"akuㅡ"

"aku nak kau ceritakan semuanya pada aku dengan lebih jelas. aku tak nak dengar dari sebelah pihak aje dan tolong jujur dengan hati kau" kata yuna.

aku dan yuna duduk di bangku dan di hadapan kami terbentang tasik yang luas. aku tak berani menatap mata yuna.

"aku rasa kehilangan yang besar waktu seunghwa pergi. dalam tak sedar aku dah lukakan hati sowon. aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni"

yuna mengangguk. aku bermain-main dengan jari aku. aku tak tahu kenapa aku rasa gugup dengan yuna.

mungkin sebab aku takut dia akan memarahi aku seperti sebelum ini.

"aku nak kau jawab soalan aku dengan jujur, kau sukakan sowon atau seunghwa. jangan jawab dengan terburu-buru,tanya hati kau"

aku menelan air liur perit. mungkin aku hanya rindukan seunghwa kerana aku menganggapnya sebagai kawan saja.

"sebenarnya ada sesuatu yang aku rahsiakan dari sowon. sehari sebelum seunghwa pergi,dia ada beritahu yang dia sukakan aku"

"jadi kau pun sukakan dia?" soal yuna.

aku menggeleng laju. hati aku hanya untuk sowon.

"aku sendiri tolak cintanya dan dia pergi sebab dia malu dengan aku. dia nak aku rahsiakan semuanya dari sowon sebab dia tak nak hubungannya dengan sowon renggang" kata aku.

"sebab tulah kau risaukan seunghwa?"

aku menganggukkan kepala. aku rasa bersalah sebab semua ini berlaku kerana aku. akulah punca seunghwa larikan diri dan sowon berbelah bahagi dengan perasaan aku.

"bila kau ceritakan semuanya barulah aku tahu. aku akan tolong perbaiki hubungan korang berdua" kata yuna.

aku memandang ke arah yuna lama.

"betul ni?"

"yelah. aku nak tengok korang berdua bahagia" yuna tersengih.

-----

aku pandang kelibat sowon yang perlahan-lahan mendekati aku. aku terlampau gugup sekarang ni sampaikan aku rasa malu untuk berhadapan dengan dia.

"annyeong " sowon menarik kerusi dan duduk di hadapan aku.

"annyeong, awak nak makan apa? biar saya pergi pesankan"

aku mula berdiri. sowon menarik tangan aku dan menggelengkan kepalanya.

"sekejap je saya pergi order sekejap" aku menolak tangannya dan menuju ke kaunter.

aku bawa piring berisi sepotong kek ke meja kami. sowon memandang ke arah aku lama dan tersenyum.

"makanlah" kata aku.

"awak nak jugak?" soalnya selepas menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya.

aku menggeleng laju. dia terus tersengih. tangannya laju memotong ke itu dan menghalakan sudu ke arah aku.

"aaaa~"

aku mengangakan mulut dan potongan kek itu memasuki mulut aku.

"sowon,mianhae saya tahu saya melampau sebab terlalu risaukan seunghwa" kata sowon.

"aniyo saya aje yang fikir bukan-bukan"

sowon mengunyah kek yang berada di dalam mulutnya.

"em. so hubungan kita? awak still girlfriend saya kan?"

"mestilah" sowon tersengih.

aku tersengih dan menepuk peha aku. gembira rasanya apabila sowon kembali pada aku.

"awak tahu seunghwa berada di mana?" soal sowon.

kenapa dia tanya tentang seunghwa?

"kenapa? awak nak melawat dia ke?"

sowon menjongketkan bahunya.

"entahlah. tapi rasanya dia akan marah ke kalau saya melawat dia? lagipun dia macam nak bersendirian aje"

sowon bermain dengan sudu dan melagakannya dengan piring kek. dia nampak muram. mesti dia rindukan seunghwa.

walaupun hubungan mereka berdua agak tak baik pada mulanya namun sekarang mereka seperti kawan baik.

"thailand"

"eung?" sowon memandang ke arah aku.

"seunghwa dekat thailand. itulah yang dia beritahu sebelum dia pergi" kata aku.

sowon tersengih.

"lega rasanya bila tahu seunghwa berada di thailand. sekurang-kurangnya saya gembira sikit"

aku pun gembira dapat lihat senyuman tu sowon. aku dah banyak lukakan hati sowon. dia gadis yang dah lama aku cari.

macam manalah aku boleh lukakan hati dia macam tu aje?

sowon memandang ke arah skrin telefonnya yang menyala. dia menekan butang hijau dan membuka loud speaker.

"annyeonghaseyo kim"

❝ᴀɴɴʏᴇᴏɴɢ. ᴋᴀᴜ ɴᴀᴋ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴛᴀᴋ ᴡᴇʜ?  ᴀᴅᴀ ᴊᴏʙ ʙᴀʀᴜ ᴘʜᴏᴛᴏsʜᴏᴏᴛ ᴅɪ ᴛʜᴀɪʟᴀɴᴅ❞

sowon memandang ke arah aku dan tersengih.

"aku seorang aje ke?"

❝ᴏғ ᴄᴏᴜʀsᴇʟᴀʜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴇᴜɴᴡᴏᴏ. ʙᴀɢɪᴛᴀʜᴜ ᴅɪᴀ sᴇᴋᴀʟɪ,ᴇsᴏᴋ ᴛᴀɴᴅᴀᴛᴀɴɢᴀɴ ᴋᴏɴᴛʀᴀᴋ ᴅᴀɴ ᴍɪɴɢɢᴜ ᴅᴇᴘᴀɴ ᴋɪᴛᴀ ᴋᴇ ᴛʜᴀɪʟᴀɴᴅ❞

aku mula tersengih. kerja lagi dan ianya jadi lebih seronok kerana ada sowon.

"ne. esok kita jumpa. bye" sowon mematikan panggilan dan memandang ke arah aku lama.

"bolehlah kita melawat seunghwa nanti" kata sowon.

patutlah gembira semacam. rupa-rupanya nak jumpa seunghwa. ingatkan dia gembira sebab dapat bekerja dengan aku lagi.

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now