n i n e✨

247 13 0
                                    

🍪eunwoo pov🍪

"nak dengar cerita tak?" kali ni sowon menganggukkan kepalanya .

Alang-alang dia dah setuju nak dengar aku bercerita tu, apa kata kita flashback sikit . Ajum(๑ ิټ ิ) .

Flashback

Aku mengintai sojung yang dari tadi bersandar pada pintu kelasnya . Buku ditangannya langsung tak dilepaskan .

"kau tak nak rehat ke?"soal rakannya .

"eh tak apalah . Aku dah bawak bekal"

Sojung kembali membaca bukunya . Dia nampak seperti ulat buku tapi aku tetap sukakannya . Entah macam mana hati aku boleh terpaut padanya .

Mungkin kerana dia melayan semua orang dengan baik . Entahlah . Aku pun tak pasti .

Hari ni valentine's day dan aku ada belikan coklat untuknya . Takkanlah aku nak beri macam tu saja pada dia .

Aku ni dahlah pemalu .

" jom makan" sojung mengambil bekal dari lokernya dan terus ke kantin .

Dia tak perasan kewujudan aku di hadapan kelasnya . Ataupun dia sengaja buat-buat tak perasan?

Aku terus ke lokernya dan letakkan coklat itu di dalam lokernya itu . Aku harap dia tak beri coklat ni pada sesiapa .

" siapa kau?" rakan sojung mendekati aku .

Aku tersengih dan terus melarikan diri . Nanti kantoilah yang aku sukakan sojung .

End flashback.

"jadi, awak buang ke coklat tu?" soal aku .

Sowon menggeleng laju .

"takkanlah saya nak buang coklat tu . Dahlah itu coklat pertama yang saya pernah terima daripada seseorang" sowon tersenyum .

Dia menghirup hazelnut coffee miliknya dan memandang ke arah aku . Habis blushing muka aku . Semuanya gara-gara pandangan matanya pada aku .

"photoshoot kita ada lagi beberapa hari . Macam mana kita berdua nak contact nanti?" soal aku .

"awak nak nombor saya ke?" soal sowon lalu tersengih .

Aku menggosok leher aku . Nampak sangat ke yang aku nak nombor dia. HAHAHAHAHA KANTOI .

"biar saya savekan nombor saya" sowon mengambil telefon aku dan laju menaip nombornya .

Tidak terlupa untuk menelefon nombornya . Yelah nanti bolehlah dia terus save nombor aku jugak .

"oh ya . Nanti saya hantar awak balik rumah"

"boleh jugak . Pagi tadi pun saya pergi sana naik teksi" kata sowon .

"esok saya jemput awak dari rumah . Tak payah nak keluarkan duit untuk naik teksi . Membazir"

Mulalah aku nak membebel .

"eh tak apalahㅡ"

"aip . Tak ada bantahan" sowon menganggukkan kepalanya .

Tangan aku mengusap kepalanya . Comel . Dia sama seperti dulu . Nasib baiklah aku terserempak dengan hyejin . Kalau tak memang aku ni takkan tahu siapa sowon yang sebenarnya .

"saya tak pernah nampak awak pun" kata sowon .

"dah banyak kali saya cuba munculkan diri depan awak tapi awak langsung tak perasankan saya . Rasa macam nak putus asa tapi tak jadi hehehe"

Sowon menahan ketawanya .

🍪no one pov🍪

Sowon melambaikan tangannya apabila superbike milik eunwoo hilang dari pandangannya . Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan ada lima pasang mata memandang ke arahnya .

"eh yerin . Kenapa tak pergi kerja?" soal sowon .

"bukan aku dah bagitahu ke semalam? Kafe kan tutup hari ni"

Sowon menganggukkan kepalanya . Macam manalah dia boleh terlupa .

"seronok nampaknya keluar dengan eunwoo . Dah berbaik ke dengan dia?" soal yuna tak berpuas hati .

"nampaknya macam tulah" kata sowon lalu merebahkan dirinya ke atas sofa .

Yuna menjeling ke arah sowon . Bukannya sowon tak tahu yang yuna ini membenci eunwoo . Entah apalah yang tak kena dengan eunwoo sampaikan yuna terlalu benci terhadapnya .

"jadi,unnie dah bercinta dengan dia?" soal yewon .

Sowon menggelengkan kepalanya .

"belum lagi sebab unnie belum betul-betul cintakan dia"

"ish . Jangan lambat-lambat terima dia . Takut dia tersuka orang lain pula" eunbi mula mengugut sowon .

Sowon menganggukkan kepalanya laju . Takkanlah dia nak biarkan lelaki romantik seperti eunwoo itu pergi kepada orang lain . Dia pun tak sanggup .

"arra . Nanti unnie bercintalah dengan dia . Dah unnie nak mandi ni . Bye"

Sowon terus ke biliknya dan bersedia untuk membersihkan dirinya . Dia duduk di hadapan meja solek dan mengelap wajahnya menggunakan kapas .

"kenapalah kata-kata dia tadi buatkan aku angau? Aku asyik tersenyum je" sowon mengeluh .

Selama ni dia tak pernah dengar eunwoo menggunakan panggilan saya-awak . Dia agak terkejut pada mulanya tapi lama kelamaan dia menjadi lebih selesa dengan panggilan itu .

Mungkin kerana dia mula menaruh hati pada eunwoo .

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now