🍪No one pov🍪
Mereka berlapan duduk di satu meja . Yerin agak sibuk dengan pelanggan tapi kadang- kadang dia datang mencelah jugak .
"jadi,sanha ni housemate eunwoo?" soal sowon .
"ne noona . Tapi macam mana hyung boleh kenal dengan noona?"
Sowon tersenyum dan matanya tiba-tiba bertembung dengan mata eunwoo . Senyumannya terus mati .
"dia kawan sekerja aku" kata eunwoo .
Sowon menganggukkan kepalanya . Yuna kelihatan tak berpuas hati dengan cara percakapan eunwoo .
"dia ni mesti hati batu kan unnie? Muka je hensem tapi tak ada adab" yuna mula bersuara .
Eunwoo memandang ke arah yuna dengan tajam .
"apa kau cakap tadi?"
"TAK ADA ADAB . Dah dengar dengan jelas kan?" yuna tersenyum sinis.
Dia memang pantang dengan jenis lelaki yang tak boleh berlembut dengan perempuan ni . Dari matanya, dia dapat lihat yang eunwoo ni berlagak dengan sowon .
"dia ni memang tak ada adab pun . Kalau boleh sofa dekat rumah tu pun dia nak rembat" kata sanha .
"kau diam jelah . Dah jom balik" sanha menggelengkan kepalanya laju .
Sowon memandang ke arah eunwoo lama . Dia tahu eunwoo sedang rasa tak selesa sekarang ni .
"sanha,baliklah dulu . Nanti ada masa datanglah sini lagi" sowon tersenyum .
"dah jom balik"
Eunwoo menyeret sanha supaya pulang ke rumah . Sanha pun satu . Perangai macam budak-budak . Kalau myungjun ada,mesti dia tak berani nak berperangai sebegini .
Next day
🍪sowon pov🍪
Aku tiba awal di set pengambaran hari ni . Kim pun dah sampai untuk set up tempat ni . Eunwoo saja yang belum sampai .
Tak punctual langsung .
"sorry,lambat" eunwoo membetulkan rambutnya yang sedikit serabai .
Sempat lagi dia menjeling ke arah aku . Kurang ajar betul . Nasib baiklah kita ni teman sekerja . Kalau tidak memang aku tinggalkan saja tempat ni .
"okay pergi tukar baju" kata kim .
Aku berjalan memasuki bilik persalinan . Kenapalah aku gugup semacam hari ni? Oh lupa . Ini photoshoot aku yang pertama👏 .
Nervous dia lain macam weh(๑ ิټ ิ) .
"kenapa dengan kau ni? Menggeletar je" eunwoo memandang ke arah aku sekilas .
"nervous" kata aku ringkas .
Nafas aku dah tak teratur sekarang ni . Perut pun tiba-tiba sakit . Aku ni kalau nervous memang akan effect pada perut .
YOU ARE READING
SHINEㅣ차은우
Fanfictionkim sowon yang baru saja bermula dalam bidang permodelan dipertemukan dengan seorang lelaki berlagak iaitu cha eunwoo. malang betul, wajah dahlah kacak tapi perangai hm. ❝ eh eunwoo. Awal lagi nak balik . Tambang teksi tak bayar lagi ❞ ㅡsowon. ❝ ak...