Part 26 - Biar Saja

1.6K 86 11
                                    

Sudah masuk hari ketiga Rafika tidak mendengar khabar berita dari Effendi. Sejak kali terakhir Effendi berjanji akan menghubunginya.

Mahu dikhabar pada Anis minta ditanyakan pada Azam dia malu. Mahu bertanya pada Surya dia segan. Mahu berhubung dengan Effendi sendiri bimbang mengganggu.

Di pejabat kerjanya berjalan seperti biasa, namun di dalam hati resah menanti khabar.

'Ya Allah, ika. Apa yang kau sibuk sangat, bini dia kan ada. Tahulah bini dia nak jaga Effendi tu. Kau pulak yang lebih-lebih'

"Astaghfirullah, apa aku dah buat ni. Jauh sangat berangan. Ika...sedar diri okay" Rafika berbisik sendiri menyedarkan dirinya.

"Ika, kau puasa ke hari ni" sergah Nadia.

"Nad....terkejut saya tau" Rafika memegang dada tanda terkejut.

"Berangan lagi, kau ni kan semenjak dua menjak ni asyik berangan je pastu cakap sorang-sorang, apasal ha!" Nadia menebak.

"Mana ada berangan, saya tengah berfikirlah" sangkal Rafika.

"Iyolah tu, aku nampaklah kau menung. Pastu kejap-kejap mengeluh. Berfikir ke kalau macam tu" balas Nadia.

"Betullah saya tengah berfikir" balas Rafika lagi.

"Ika, kau ni tengah bercinta ek!" Nadia tidak mengalah.

"Ishh! Mana adalah, memandai je" pangkah Rafika.

"Siapa yang bercinta?" kedua mereka menoleh ke arah suara itu.

"Eh! Encik Rafiq. Ni Rafika ni asyik berangan je sekarang ni, bercinta agaknya" Nadia lepas kata.

"Betul ke ika?" tanya Encik Rafiq pula.

"Ma...Mana ada, Nadia ni saja je mengusik saya encik" jawab Rafika.

"Nad....awak jangan nak macam-macam ya" Rafika memberi amaran.

"Yelah, kau ni nak bergurau pun tak boleh. Sensitif nau kalah orang bercinta" Nadia sembunyi senyum.

"Nad....!!!" suara Rafika sedikit kuat.

"Okay...okay. Eh! Jomlah makan, aku lapar tahap kebulur dah ni. Pagi tadi tak sempat sarap" Nadia menyambung tujuan sebenarnya.

"Oh...lapar, ingatkan dah kenyang mengusik saya" Rafika membalas.

"Alahhh...merajuk pulak, jomlah cepat. Kak Surya dah tunggu kat bawah tu" ajak Nadia lagi.

"Jap, nak ambik beg duit" Rafika segera mencapai beg duitnya di dalam laci sisi meja. Bayangan Effendi dibuang jauh-jauh.

"Nak pergi lunch ke? Saya nak join boleh?" Rafiq yang dari tadi diam tidak bersuara.

"Eh! Terlupa pulak ada Encik Rafiq. Kalau encik tak segan boleh je. Tapi kalau semua orang tengok encik semacam karang jangan menyorok bawah meja tau" Nadia menyakat.

"Kenapa pulak?" tanya Rafiq naif.

"Takkan encik tak tahu?" tanya Nadia pula.

"Tahu apa pulak ni" tanya Rafiq kembali.

"Selain dari bos besar, encik kan antara jejaka idaman kat pejabat ni. Jadi saya risau gegadis di bawah sana pandang kami macam nak telan sebab makan semeja dengan jejaka idaman mereka. Tak lalu makan encik nanti" Nadia menjelaskan dengan gaya-gayanya sekali.

Rafika ketawa kecil melihat gelagat Nadia mengusik Rafiq. Tambahan pula melihat wajah Rafiq yang terpinga-pinga tidak faham.

"Tak faham lah tu. Dah lah encik jom lah join kami lunch. Saya memain je" Nadia turut ketawa melihat Rafiq yang naif.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now