Part 9 - Apa Mahumu

1.6K 82 0
                                    

Hari Isnin datang juga.  Cuti hujung minggu tidak dapat dimanfaatkan.  Makin diingat makin resah.

'Rafika tidak lemah, tunjukkan seorang Rafika itu jiwanya kental hatinya kuat.  Rafika seorang yang kuat, sangat kuat.  Jangan takut kerana Allah itu sentiasa ada'.  Kata-kata kak Anis seolah terdengar di telinganya.

'Ya, aku kuat, aku boleh' kata Rafika di dalam hatinya.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan.  Langkah kakinya dihayun menuju ke pejabat pengarah urusan untuk memulakan tugas yang baru seperti diarahkan.

Dari jauh Rafika nampak Surya sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di bawah meja.  Bilik pengarah urusan kelihatan gelap.  Mungkin pemiliknya belum sampai.

"Kak su cari apa tu?" tanya Rafika bila meja Surya dihampiri.

"Mak kau hilang!"

"Ika! Terperanjat akak, kok iye pun bagi la salam dulu" kata Surya dalam terkejut dan mengah.

"Sorry kak su, Assalamualaikum" salam diberi dalam rasa bersalah.

"Waalaikumsalam" jawab Surya.  Tiba-tiba ketawanya meletus.

"Tak pasal je kene marah, dah tak payah nak buat muka gitu.  Sorry termarah ika  tadi, akak terkejut" kata Surya dalam sisa tawanya.

"Takpe, saya yang salah sebab kejutkan kak su" balas Rafika pula.

"Sudah-sudahlah formal sangat dengan akak.  Cuba berbahasa qbiasa je, kan elok" tegur Surya lagi.

"Hehe, tak tahu nak berbahasa apa dengan kak su.  Segan pun ada, saya ni pekerja bawahan je.  Kak su tu PA bos besar.  Nak panggil kak su 'kak' pun sebenarnya rasa tak elok" balas Rafika sambil menahan malu.

"Jangan nak mengada sangat boleh tak, akak cubit awak nanti.  Kita ni sama je ika, tak ada yang bezanya" balas Surya pula.

Rafika tersenyum nipis.  Memang diakui Surya antara orang yang disenangi di pejabat itu.  Dia mudah mesra dengan Surya.  Mungkin kerana perwatakan Surya yang seperti 'mak-mak'.  'Mak-mak' yang cantik dan vouge.

"Dah sedia?" tanya Surya tiba-tiba.

"Ganti tempat akak" tambah Surya lagi bila dilihat Rafika hanya diam memandangnya.

"Kalau tak sedia?" tanya Rafika sengaja.

"Akak tahu awak boleh" jawab Surya memberi semangat.

"Saya bagi diri saya tempoh dua bulan saja kak.  Kalau dalam tempoh dua bulan ni saya rasa dah tak mampu, saya fikir saya patut cari kerja lain.  Mungkin rezeki saya bukan di sini" jelas Rafika jujur.

"Siapa yang nak berhenti kerja?"

Rafika dan Surya menoleh ke arah suara itu serentak.

"Err...morning tuan" Surya serta merta berdiri bila terpandangkan si empunya suara itu tadi.

Rafika yang terkejut itu juga turut berdiri tetapi tidak berkata apa-apa.  Kepalanya hanya ditundukkan.

"Morning ladies, both of you in my office in ten minutes"  Effendi memberi arahan sambil berlalu ke pejabatnya. 

Dalam masa sepuluh minit kedua wanita itu sudah berada di dalam bilik Effendi.  Kelihatan lelaki itu sedang meneliti sesuatu pada kertas di hadapannya.  Rafika sempat menilik wajah lelaki itu.  Terubat kerinduannya.

"Tadi I dengar pasal berhenti kerja, siapa yang nak resign" tanya Effendi tiba-tiba.

Surya mengetap bibir kemudian menoleh ke arah Rafika.  Dilihatnya Rafika tunduk memandang jari jemarinya sendiri.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now