Part 8 - Dekat Denganmu

1.6K 93 1
                                    

Pagi Jumaat itu terasa lebih indah.  Effendi masuk ke pejabat seperti biasa namun lebih bersemangat.  Ada perkara penting yang perlu dilakukan hari ini.

Surya seperti biasa akan menerangkan tentang jadual hariannya.  Dan seperti biasa juga Effendi akan tekun mendengar.  Sesekali matanya menjeling ke arah perut Surya yang semakin memboyot.

"Bila your due date?" tanya Effendi kepada Surya.

"Ni ke?" Surya menunjuk ke arah perutnya mengesahkan maksud due date dari Effendi tadi.

"Hmm" Effendi mengangguk, mengiakan kenyataan Surya tadi.

"Pertengahan bulan Jun, lebih kurang dua bulan lagi tuan" jelas Surya.

"Siapa yang akan ganti tempat you masa you on maternity leave" tanya Effendi lagi.  Yang sebenarnya lebih kepada sengaja bertanya.

"Don't worry tuan, HR akan uruskan semuanya nanti" jelas Surya lagi.

"If you say so, tolong panggilkan I Puan Nora and Encik Nazri, I want to see both of them here on 9.30am" arahan diberikan kepada Surya.

"Okay tuan" Surya berlalu sebaik menerima arahan dari Effendi.

****

"We never practice that tuan, tak pernah lagi we let technical staff replace admin or otherwise before" kata Puan Nora.

Masing-masing diam seketika.  Baik Effendi, mahupun Puan Nora dan Encik Nazri di hadapannya.  Kedua mereka berpandangan antara satu sama lain.

"But I will follow your decision tuan.  I believe, you have your own reason" Puan Nora kemudiannya memecah kesunyian.

"I pun okay je.  As long as my staff setuju and tidak mendatangkan sebarang masalah di kemudiannya, to me that will be no problem anyway" Encik Nazri pula membalas.

"As we all know, projek di Cyberjaya tu sedang berjalan.  So, I need a person who know well about the project and at the same time can do an administration work.  I pretty sure that she suit the criteria that I want" jelas Effendi.

"In the meanwhile Encik Nazri, tempat Rafika di Engineering Department tidak akan diisi sehingga Surya kembali bertugas okay" jelas Effendi lagi.

Encik Nazri dan Puan Nora menggangguk faham akan penjelasan Effendi tersebut.

"Memandangkan both of you tiada sebarang bantahan, Puan Nora please produce the letter as soon as possible and the date will be effective on this coming monday" arahan diberikan kepada Puan Nora.

*****

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.  Semua staf di Engineering Department sedang melakukan urusan masing-masing.  Ada yang sedang di mesin penyalin.  Ada yang sedang berbincang.  Tidak kurang juga yang sedang bergosip.

Seperti biasa, Rafika tekun di meja kerjanya, sedang menyiapkan laporan tentang mesyuarat yang berlangsung di Cyberjaya pagi tadi.

"Rafika, Encik Nazri panggil you jumpa dia" kata Ai Sha yang baru keluar dari bilik Encik Nazri.

Rafika mendongak bila mendengar namanya disebut.  Dilihat Ai Sha sedang belenggang-lenggok berjalan ke arahnya.  Di tangan gadis itu ada dua tiga fail projek.

"Ei...you tengok apa, Encik Nazri mahu jumpa sekarang" kata Ai Sha dalam pelat cinanya tapi masih fasih.

Rafika memandang wajah Ai Sha.  Cantik anak cina ni,  berkulit putih mata bulat dengan wajahnya yang bujur sirih.  Ramai juga yang terkejut bila Ai Sha menyebut namanya.  Semua orang ingat dia mualaf dengan nama Aishah, rupanya nama dia yang sebenar ialah Khoo Ai Sha.  Mungkin emak Ai Sha ni dulu banyak tengok drama melayu masa mengandungkan si Ai Sha ni.  Sempat lagi Rafika bermonolog sendiri.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now