Part 11 - Luka Dilukai

1.7K 109 2
                                    

Sudah seminggu selepas kejadian di villa itu. Rafika sudah semakin bisa melupakannya. Rutin hariannya diteruskan seperti biasa tetapi dengan jadual yang semakin padat bilamana Surya telah selamat melahirkan walaupun dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

Kalaulah dia punya anak, tentu anaknya sudah bersekolah dan dia sudah tentu tidak berada di pejabat sekarang ini. Pasti saja sibuk di rumah mengejar anak-anaknya. Rafika senyum sendiri.

Tiba-tiba air mukanya berubah bila di mindanya kini terlayar kenangan lalu. Hatinya dipagut pilu. Mengenang nasib diri.

"Ika, bos ada ke? Ni ada orang nak jumpa bos" jerit Zaidi.

Zaidi merupakan officeboy di pejabat itu. Memang begitulah perangainya. Suka melaung dari jauh. Tapi Rafika senang dengan Zaidi. Walaupun muda, dia rajin dan jujur. Sudah banyak kali Rafika menyuruh Zaidi memanggilnya kakak kerana usia Zaidi yang lebih muda darinya. Namun Zaidi tidak mahu.

'Tak bolehlah ika, muka kau macam budak-budak. Tak sanggup aku nak panggil kakak'

Itu sajalah alasannya setiap kali. Hingga akhirnya Rafika malas nak memaksa lagi.

"Ika, ni encik ni nak jumpa bos kau handle ek" kata Zaidi sekali lagi bila menghampiri meja Rafika.

"Okay" Rafika yang sedang sibuk menghadap notebook nya menjawab sambil memandang sekilas sebelum Zaidi berlalu meninggalkan tetamu yang dibawa bersama tadi kepadanya.

"Sekejap ye tuan" Rafika meminta masa kerana dia mahu menyimpan data yang sudah dikunci masuk pada notebook nya.

"Rafika"

Rafika terhenti bila namanya disebut tetamu lelaki itu. Ya, tetamu itu seorang lelaki. Dia lalu mengangkat wajah memandang lelaki itu.

"Adik" sekali lagi lelaki itu memanggil.

"A...ngah" sebut Rafika perlahan tetapi masih boleh didengar lelaki itu.

Razif abangnya sedang berdiri di hadapannya sekarang. Rafika turut berdiri. Sudah bertahun tidak berjumpa. Kelu lidahnya.

"Semua orang cari adik, adik pergi mana selama ni?" tanya Razif.

Sudah lama Razif mencari adik bongsunya itu. Banyak yang perlu dia tanya, banyak yang mahu dia dengar dari Rafika.

"Hei Razif, bila sampai?" Effendi keluar dari biliknya dan menghampiri Razif. Dia nampak kedatangan Razif tadi. Tetapi dia tidak senang menunggu di dalam biliknya apabila dia nampak lelaki itu sedang berbual dengan Rafika.

"Hei bro, baru je sampai. Sorry bos besar, aku tak buat appointment" Razif membalas tegur, mereka kemudian bertukar salam.

"Takde hal bro, come kita sembang dalam bilik aku" Effendi membawa Razif ke biliknya.

Razif mengikut Effendi ke biliknya. Namun dia sempat menoleh kepada adiknya. Rafika masih berdiri. Dia terkaku di situ, diam seribu bahasa. Dugaan apakah lagi ini. Bagaimana Razif boleh kenal dengan Effendi. Kepalanya semakin berdenyut. Banyak sangat perkara yang datang kepadanya sejak akhir-akhir ini.

"Wow! Besar bilik kau Fendi" kata Razif sebaik melangkah masuk ke ruang itu.

"Biasa je, mimpi apa kau datang ni" tanya Effendi pula.

"Aik, nak datang melawat kawan pun tak boleh ke? Taulah bos besar, takkan dah lupa kawan" balas Razif.

"Ada yang aku tumbuk nanti ni. Dah berbulan aku balik sini, baru sekarang cari aku. Dah la aku call tak dapat" jawab Effendi sambil mengangkat buku limanya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now