Part 6 - Wajahmu di hatiku

1.6K 97 1
                                    

Sudah tiga hari Effendi menjadi pengintip tidak berbayar di rumah sewa Rafika. Dia mahu melihat Rafika, biarpun hanya dari jauh. Mulutnya mengatakan benci tapi hatinya, masih ada rindu di situ.

Pagi ini semasa Effendi baru sampai ke pejabat, kelihatan Rafika turun dari sebuah kereta. Dilihat Anis yang memandu kereta itu. Sengaja dia berjalan perlahan kerana mahu bersaing dengan Rafika.

"Kak Anis, petang ni tak payah jemput ye. Ika balik sendiri" pesan Rafika semasa turun dari keret.

"Eh, takpelah nanti kak nis datang jemput. Takkan nak naik bas, awak tu bukan sihat sangat lagi" balas Anis.

"Takpelah kak, ika dah sihat dah ni. Lagipun bukan ika tak biasa naik bas" Rafika berkeras tidak mahu dijemput.

"Mmm...yelah, tapi kalau ada apa-apa bagitau. Kot tiba-tiba rasa nak kak nis jemput call je, okay. Kak nis pergi dulu, jaga diri tau" Anis memandu keretanya pergi sebaik meninggalkan pesan kepada Rafika.

Rafika memandang kereta Anis yang berlalu pergi. Semasa dia berpusing, matanya terus tertancap kepada sesusuk tubuh itu. Debar di dada cuba dikawal bila, lelaki itu sedang bersaing dengannya menuju ke lif.

"Morning Rafika, how are you today, feeling better? tegur Effendi ramah. Namun dia juga menyimpan debar di dalam hati.

"M..mm....morning tuan, err...mana tuan tahu saya tak sihat? Rafika kehairanan.

"Oh...superior you bagitahu, kelmarin kan ada taklimat tentang projek yang you terlibat sama di Cyberjaya tu, tapi you tak ada" cepat Effendi menjawab. Nasib baik dia punya alasan yang logik untuk meyakinkan Rafika.

"Ooo...." ringkas saja yang dibalas Rafika.

Sebaik saja pintu lif terbuka , berpusu-pusu penumpang lif masuk memenuhi ruangannya. Rafika pada mulanya tidak mahu bersempit di dalam lif tersebut terpaksa akur bila Effendi memberi laluan kepadanya untuk masuk.

Agak ramai penumpang di dalam lif tika itu, kerana jam sudah hampir menunjukkan pukul 8.30 pagi. Waktu pejabat di bangunan itu akan bermula. Masing-masing tidak mahu laporan di dalam rekod kedatangan menunjukkan perkataan 'late'.

Suasana sedikit senyap, apa tidaknya bila bos besar berada bersama di dalam lif. Rafika yang berada di sebelah Effendi berdiri kaku. Takut-takut kalau tersentuh lelaki itu memandangkan mereka dalam keadaan ruang lif yang agak penuh.

Lif berhenti di setiap tingkat. Sampai di tingkat enam, Rafika memberi ruang sedikit kepada bosnya untuk keluar dari lif. Kerana ruang yang sempit, Rafika hanya mampu menjarakkan sedikit sahaja badannya untuk memberi laluan kepada Effendi.

Semasa Effendi bergerak keluar dari lif, dengan sengaja dia melalukan tangannya menyentuh tangan Rafika yang di sebelahnya. Matanya melirik kepada Rafika dengan wajah selamba yang cuba di kawal sambil berlalu begitu sahaja.

Effendi melintasi meja Surya sebelum masuk ke pejabatnya. "Morning, Surya" tegur Effendi sebelum masuk ke biliknya.

"Mor.....ning, bos" belum sempat Surya membalas, Effendi sudah hilang di sebalik pintu.

"Aii.. lain macam happy hari ni, semalam mimpi puteri kayangan agaknya" Surya berkata sendiri.

Surya mencapai buku harian dan pen. Dia bangun menuju ke bilik bosnya untuk menerangkan tentang jadual hari ini.

Effendi tekun mendengar penerangan daripada Surya tentang jadualnya. Hari ini jadualnya agak padat, tapi tidak mengapa kerana hatinya merasa lapang. Senyum lagi.

"Itu saja untuk hari ni tuan, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu" kata Surya selepas memberi penerangan kepada bosnya itu.

"Okay, terima kasih Surya" balas Effendi.

"Ye Surya, ada apa-apa lagi ke?" tanya Effendi, bila Surya yang pamitan sebentar tadi masih berdiri di hadapannya.

"Errr....takde apa-apa, saya keluar dulu bos. Oh ye...you look different this morning. Berseri-seri, ada apa-apa ke?" Surya bertanya sambil tangannya sedang menarik pintu untuk keluar.

"Obvious sangat ke?" tanya Effendi sambil memegang mukanya.

"Haah, tak macam selalu" Surya berpusing semula memandang Shah Effendi.

"Oh...saya pakai qu puteh, cantik tak" balas Effendi sambil mebuat gaya pengasas produk itu.

"Eiiii.....gelilah tuan ni" Surya segera berlalu bila melihat aksi bosnya.

Effendi ketawa kuat. Memang hari ini lain, tidak pernah dia merasa segembira dan setenang ini sepanjang lima tahun yang sudah berlalu.

Wajah Rafika yang memerah tadi terlayar di mindanya. 'Masih seperti dulu', bisik hatinya. Rafika masih seperti dulu apabila malu. Pipinya akan merah membahang. Tangannya yang menyentuh tangan Rafika tadi digenggam. Seperti ada hembusan angin yang menyejukkan hatinya, tenang.

Rafika duduk di kerusinya sambil memandang mejanya kosong. Beg dibahu masih belum dilepaskan. Tangannya masih menggenggam tali begnya itu. Jantungnya masih berdegup laju. Kulit wajahnya masih dirasakan membahang. Perlahan-lahan tangannya dibawa ke dada. Masih terasa degupan cinta itu. Jujur dia masih rindu.

*****

Banyak tugasannya yang tertangguh, setelah tiga hari tidak masuk ke pejabat. Sehinggakan dia tidak sedar masa yang berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tetapi Rafika masih sibuk di meja kerjanya. Sehinggalah Haida menegurnya.

"Ika, dah 6.30 la, aku nak balik dah ni. Kau tak apa ke tinggal sorang" tegur Haida.

"Ha....dah 6.30 ke, tak perasan pulak" Rafika melihat jam di tangan.

"Haida nak balik dulu balik lah, saya nak habiskan kerja sikit lagi ni. Pagi esok takut tak sempat pulak sebab meeting dekat site pukul 10.00 pagi" jawab Rafika.

"Takpe ke ika, semua orang dah balik, tinggal kau sorang je tau" tanya Haida lagi.

"Takpe, saya okay. Lagipun saya kejap je. Habis ni saya balik la" ujar Rafika.

"Ha....okay. Sorry tau, aku tak boleh temankan kau. Hari ni family in law kakak aku nak datang makan malam kat rumah. Kena lah aku balik awal tolong apa yang patut, nanti menjerit pulak mak aku tu. Ni kau nak balik naik apa, dah lewat macam ni public transport susah nak dapat kawasan ni" Haida bertanya lagi.

"Grab ada, nanti saya call lah. Takpe Haida, awak baliklah. Saya okay je" Rafika menyuruh Haida pulang saja tanpa risaukan dirinya.

"Hmmm....okay lah kalau macam tu. Aku balik dulu tau. Kau balik nanti hati-hati ye, kat bawah tu kalau dah time gini sunyi sikit, bye ika" Haida pamitan.

"Okay bye Haida" Rafika melambai sedikit tangannya kepada Haida yang sudah mahu pulang.

Rafika meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. 'Sikit lagi, lepas tu boleh balik' dia berkata sendiri.

Setelah siap semua kerjanya, Rafika bangun sambil mengemas mejanya. Kertas-kertas yang tidak mahu digunakan lagi dikutip dan dibuang ke dalam bakul sampah di sebelah meja, lalu mencapai beg dan disangkutkan di bahu. Dia melepas nafas, mata melirik ke arah jam.

"Dah Maghrib rupanya, solat dululah, pastu baru balik" kata Rafika sambil kakinya melangkah menuju ke surau.

Setelah mengambil wudhuk, Rafika memasuki surau tanpa dia sedar dirinya sedang diperhatikan.

....TBC

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang tak seberapa ini. Please vote tanda sokongan dan don't forget to drop your comment yang membina
😉😉😉

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now