Part 19 - Langkah Pertama

1.9K 88 1
                                    

"Kak Surya!!!" terkejut Rafika yang baru sampai ke pejabat melihat Surya.

"Hai ika" Surya membalas sapaan Rafika.

"Welcome back kak su, wah...! makin cantik.  Kongsilah apa rahsia kekal slim" kata Rafika sambil menerpa memeluk Surya.

Pejam celik sudah hampir empat bulan Rafika ditempatkan sementara di situ. Lega sedikit hati Rafika bila Surya sudah kembali bertugas selepas bercuti panjang. Esok lusa dia akan kembali ke department nya semula. Fikirnya dapatlah dia menjarakkan diri dari Effendi.

"Morning bos" tegur Surya apabila melihat Effendi melangkah masuk ke pejabat.  Rafika sudah berlalu ke pantry.

"Eh! Surya, hai morning" Effendi berhenti melangkah dan membalas sapaan Surya.

"Errr.....you memang dah habis cuti atau you masuk awal?" tanya Effendi.

"I dah habis cuti, kenapa bos?" jawab Surya kemudian menyoal Effendi semula.

"Nope, nothing I just think that sekejap sangat you cuti" balas Effendi. Sememangnya dia rasa begitu kerana jika Surya kembali bertugas maka sudah sampai masanya Rafika perlu kembali ke tempat kerja asalnya. Tiba-tiba dia rasa runsing.

"Bos! You tak suka I masuk kerja ke apa ni?" tanya Surya curiga bila melihat wajah Effendi yang berkerut seolah memikir sesuatu.

"Eh! You just don't get me wrong. I bukan apa, risau kalau you rasa tak cukup cuti. Maklumlah baby kan perlu lebih masa bersama ibu" laju Effendi memberi alasan.

"Bos, I main-main je lah" Surya ketawa melihat Effendi yang sedikit kalut.

Effendi turut ketawa menyembunyikan resah yang melanda. Matanya melirik kepada Rafika yang mendekat sambil memegang mug di tangan.

"Kak su, air" Rafika menghulurkan milo panas kepada Surya. Memang dia yang menawarkan diri membancuh air untuk Surya memandangkan dia perlu menyediakan kopi untuk Effendi.

"Surya je, I punya?" tanya Effendi.

"Bos punya saya dah letak kat bilik macam biasa" jawab Rafika.

"Owh! Okay, thanks sayang" sengaja dia menguatkan suaranya hingga sampai ke pendengaran Surya.

Rafika sudah menjegilkan matanya kepada Effendi. Terbatuk-batuk Surya mendengar bicara dari bos mudanya itu. Suasana sepi seketika.

"I smell something fishy here. Anybody wants to give me an explanation" tanya Surya namun masih sepi daripada keduanya.

"Bos! do you?" tanya Surya kepada bosnya.

"What? I do nothing" Effendi membalas bersahaja sambil berlalu. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Surya.

"Oh! Sayang....mak kirim salam" sempat lagi Effendi mengusik Rafika.

Rafika meneguk liur bila Surya mengalihkan pandangan kepadanya. Kakinya seperti terpasung tidak boleh bergerak.

"Well kak su rasa banyak benda yang ika kena story ni kan.  Especially yang tadi" Surya menjungkitkan keningnya berkali menanti jawapan daripada Rafika.

"Kak su....." Rafika berjeda. 

Surya menanti bicara dari Rafika. Setelah beberapa ketika masih tiada butiran yang keluar dari bibir comel itu.  Surya bangun menghampiri Rafika.

"Takpelah, simpan dulu.  Nanti kalau ika dah bersedia nak share baru kita cerita pasal ni, okay" bahu Rafika dipaut.

****

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now