Part 10 - Punya Aku

1.6K 79 1
                                    

"Err...kita nak pergi mana tuan?" Rafika bertanya kerana dari tadi Effendi hanya diam memandu entah ke mana.

"Sekejap lagi kita sampai, I bagitau okay" jawab Effendi sambil memandang Rafika sekilas. Tak boleh pandang lama-lama, sesak dadanya.

Mereka akhirnya tiba ke destinasi. Setelah memakir kereta di tempat khas. Melihat Effendi sudah keluar dari kereta, Rafika juga kemudian membuka pintu kereta untuk keluar.

Ianya sebuah villa. Kelihatannya sedang mengadakan majlis, kerana begitu banyak kenderaan dengan suasana villa yang terang dengan lampu-lampu.

"Sorry sebab tak informed you awal tentang semua ni. I takut you menolak" kata Effendi sambil mereka berjalan.

"Anggap saja ianya sebahagian dari kerja you. I nak you ikut supaya you kenal dengan rakan niaga syarikat. Mereka akan selalu datang ke company, so that you akan kenal mereka dari sini"

Rafika mengangguk tanda faham, walaupun dia tidak berapa faham. 'PA memang kena ikut bos pergi majlis bagai ye'.

"Kalau Surya pun I akan bawa, tapi situasi Surya sekarang tidak mengizinkan" Effendi menambah.

"Ha...err ye" balas Rafika terkejut.  Effendi seolah boleh membaca fikirannya.

Tiba-tiba Effendi mencapai tangan Rafika dan digenggam erat. Rafika terkejut. Dia cuba menarik tangannya tetapi gagal. Kerana tidak mahu menjatuhkan air muka bosnya itu, diturutkan sahaja.

Effendi tersenyum menang. Dia tahu Rafika ingin membantah tindakannya. Tetapi mungkin kerana orang ramai, dia terpaksa menurut.

Penyambut tetamu membawa mereka ke meja VIP.  Effendi disambut oleh Tan Sri Azlan dan isterinya Puan Sri Jamilah. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada tetamu yang lain di meja VIP itu sebelum dia menarik kerusi untuk Rafika.

"Siapa si cantik manis ni?" tanya Puan Sri Jamilah kepada Effendi sambil merujuk kepada Rafika.

"Oh...kenalkan Rafika, my PA"

"Sampai bawa PA ke majlis, betul ke PA you saja ni Effendi" usik Puan Sri Jamilah sambil memegang lengan Rafika di sebelahnya.

"Cantik orangnya, Rafika dah berpunya ke? Dah kahwin atau tunangan orang?" tanya Datin Arfah pula.

"Dia milik orang" jawab Effendi

"Cantik macam ni takkan tak ada yang punya ye tak" Puan Sri Jamilah pula menyahut.

Rafika hanya tersenyum nipis. Tidak mampu menjawab sebarang soalan. Janggal rasanya bila berada di kelompok golongan atasan sebegitu.

Effendi senyum, tangan Rafika di bawah meja kemudian dicapai. Dia menggengam lembut tangan itu. Dia tahu perasaan Rafika tika itu.

"Sejuk tangan you, just calm down. I takkan jauh dari you, okay sayang" bisik Effendi di telinga Rafika.

Rafika yang terkejut dengan kenyataan Effendi itu lantas menoleh. Bulat anak matanya memandang Effendi. Namun lelaki itu beriak bersahaja, seolah tiada apa-apa yang berlaku.

Rafika mengecilkan sedikit matanya. 'Haish, aku rasa macam nak pijak mamat ni' kata-kata itu hanya di dalam hati.

Effendi kemudian ketawa kecil sambil menepuk-nepuk tangan Rafika di bawah meja. Rafika ikut melemparkan senyum kepada Puan Sri Jamilah. Di dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Majlis itu adalah sempena ulangtahun perkahwinan Tan Sri Azlan dan Puan Sri Jamilah. Ramai tetamu kenamaan yang hadir. Rafika berjalan ke meja buffet sambil memandang sekeliling, entah ke mana hilangnya Effendi. Katanya tadi takkan jauh, tapi ini terus kena tinggal.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now