Part 14 - Menagih Kasih

1.8K 85 1
                                    

Effendi menyelak langsir, kerusi itu kosong.  Seminggu Rafika bercuti.  Itupun setelah dipaksa Effendi.  Dia yang tidak membenarkan Rafika ke pejabat dalam keadaan begitu.

Effendi tahu, pasti sukar bagi Rafika untuk berhadapan dengannya memandangkan segalanya telah terbongkar antara mereka.

Begitu marah Rafika kepada Effendi bila mengetahui yang selama ini Effendi hanya berpura-pura tidak mengenali dirinya.

Memang padan dengan mukanya, kononnya ingin membalas dendam.  Sudahnya menjerat diri sendiri.

Walaupun begitu, setiap hari dia akan menghantar whatsapp kepada Rafika biarpun hanya dibalas dengan bluetick.  Setiap hari juga sebelum pulang ke rumah dia akan ke rumah sewa Rafika biarpun Rafika tidak mahu berjumpa dengannya.  Segala mengenai Rafika akan diketahui melalui Anis.

Ah! Itu semua sudah tidak penting.  Apa yang penting sekarang ini adalah bagaimana dia mahu membawa Rafika kembali kepadanya.  Kata Azam hati wanita seperti kerak nasi bila direndam air nantinya lembut.  Tetapi Effendi tidak fikir semudah itu Rafika akan berlembut.  Setelah apa yang terjadi.

Ternyata dia harus membetulkan semula keadaan.  Ikatannya dengan Rafika perlu dimaklumkan kepada kedua belah keluarga.  Supaya kekeruhan yang selama ini bisa dijernihkan.  Yang menjadi persoalannya sekarang ini, dari mana harus dimulakan.

Baby I dancing in the dark with you between my arms....

Telefonnya yang sedang melagukan lagu daripada Ed Sheeran dicapai.  Dia tersenyum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

"Hei"

"Waalaikumussalam.....sorry"

"When"

"Berapa bulan pula kali ni"

"Okay sweetie, I'll see you there, bye"

Panggilan ditamatkan.  Bibir menyungging senyuman.

Ting!

Idea datang lagi.

****

Rafika cuba mengawal diri beriak seperti biasa.  Kalau diikutkan hati dia tidak mahu lagi datang ke pejabat.  Tetapi bila Effendi berjanji untuk bersikap profesional dia bersetuju yang mana di pejabat hubungan mereka hanyalah di antara bos dan pekerja.

"Sayang tolong buatkan kopi" kata Effendi semasa dia lalu di hadapan meja Rafika.

Effendi terhenti, dia menoleh semula ke arah Rafika.  Dilihatnya Rafika sedang mencerlun memandang ke arahnya.

"Ops...sorry, tak sengaja"

Effendi tersengih membuatkan Rafika rasa seperti mahu ditepuk sahaja muka itu.  Nasib baik tiada orang lain di ruangan itu.

"Rafika, bring me a cup of coffee please" Effendi berkata dengan selamba sambil berlalu ke biliknya.

Rafika bangun menuju ke ruang pantry,  mug di rak dicapai.  Di ruangan itu sememangnya telah tersedia mesin pembancuh kopi.  Mudah sangat kerjanya hanya tekan dan siap.

Namun Rafika lebih gemar membancuh sendiri mengikut citarasanya.  Sebenarnya lebih kepada kopi citarasa Effendi.

Rafika membuka kabinet lalu mencapai balang berisi serbuk kopi dan gula.  Satu sudu kecil kopi dengan isian penuh pada sudu dimasukkan ke dalam mug.  Kemudian satu sudu kecil gula dan tambahan sedikit lagi gula di hujung sudu dimasukkan ke dalam mug yang sama.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now