o n e✨

1K 45 0
                                    

𝘴𝘰𝘸𝘰𝘯 𝘱𝘰𝘷

Aku pandang lima orang manusia yang masih lagi tidur. Siapa lagi kalau bukan budak-budak ni? Ada yang terkangkang dan air liur basi meleleh.

Entah apa-apa. 

" bangun, bangun! Unnie nak gerak dah ni."

Yewon yang daripada tidurnya terus terjaga. Dia bukannya boleh dengar orang menjerit. Sensitif.

" nak gerak ke mana? " soal yewon.

"  temuduga pertama unnie. " kata aku .

Yewon tersenyum. Dia melambaikan tangan pada aku. Ha kan elok tu daripada empat orang budak yang lain ni.

" fighting unnie! "

Aku melangkah keluar dari rumah dan mula menghidupkan enjin kereta. Aku baru je dapat lesen kereta dan aku dah yakin dalam memandu. Doalah aku selamat sampai ke destinasi aku ni.

Inilah apa yang aku idamkan selama ni. Untuk menjadi seorang model. Meragakan pakaian milik pereka fesyen yang terkenal.

" aduh macam mana boleh jammed ni. " aku mengeluh. Hari bertuah aku jugaklah jalan nak jammed.

Motor di sebelah kereta aku tak berhenti mengeluarkan bunyi. Mat rempit ke? tapi mat rempit pakai motor kapcai. Mana ada yang pakai motorsikal berkuasa tinggi ni.

Sah. Anak orang kaya.

Sebaik saja jalan kembali tenang,aku terus memecut ke destinasi. Bangunan ni dah lama menjadi impian aku. Aku dah lama nak jejakkan kaki di sini.

" new start kim sojungㅡ" tubuh aku dilanggar kuat daripada belakang.

Aku usap peha aku yang kesakitan. Sialan siapa kau yang berani langgar aku?

" bukannya nak tolong. " dia pergi macam tu je. Acah divalah tu.

Lelaki pulak tu. Tak sempat aku tengok muka dia. Aku mengutip semua barang aku yang jatuh dan satu kilauan menganggu mata aku.

"  earing? Mesti dia punya. "

Aku meletakkan earing itu ke dalam poket baju aku. Kaki pantas dilangkahkan ke bilik temuduga. Aku tak boleh terlewat.

𝙎𝙆𝙄𝙋

Aku melepaskan kelegaan selepas keluar dari bilik temuduga. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku sedikit gugup.

" impian bakal jadi kenyataan sojung. Kau akan capai cita-cita kau. "

Aku berjalan keluar daripada bangunan itu dengan tenang. Mati-mati aku ingatkan hari ni hari malang buat aku sebab jalan jammed lepastu kena tolak dengan orang.

" em sorry menganggu. Tapi ada nampak eaeing jatuh di sekitar ni? " soal seorang lelaki.

Aku terdiam dan terpaku buat seketika. Wajah dia nampak sangat kacak. Terlalu sempurna. Dialah genius face dalam company ni.

Tak sangka orang sekacak dia nak tegur aku. Eh kejap tadi dia tanya apa? Ada nampak earing?

HEOL TAKKANLAH.

" kau ke yang langgar aku tadi? " soal aku.

Aku pandangnya seakan tak percaya. Lelaki yang paling terkenal dan kacak langgar aku? Bukan setakat langgar tapi dia tak tolong aku.

─────────────

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now