BAB 12

8.6K 703 275
                                    

"Along nak kahwin, abah." Ucap Zayyan selepas semua selesai makan malam. Saat yang ditunggu-tunggu. Selalunya lepas makan, mood semua orang jadi baik. Ikutkan hati Zayyan, masa abah tanggalkan stokin sebaik sampai rumah mereka petang tadi tu lagi, Zayyan nak cakap pasal hal kahwin-kahwin ini tapi angah jegilkan mata kepadanya. Cis, siapa abang, siapa adik ni?! Durhaka punya adik!

"Kahwin? Dengan siapa?." Berkerut dahi Encik Khushairi. Tiba-tiba bercakap pasal kahwin. Bila masa jumpa calon? Ke main rembat sahaja? Atau memang dah ada calon selama ini tapi tunggu masa yang sesuai? Ya Allah, syukur. Anaknya lelaki sejati. Ingatkan bengkok!

"Dengan budak Sungai Petani, abah." Sampuk angah dengan senyuman. Along pesan suruh dia jadi pendamping masa dia bercakap soal nak kahwin ini. Tak tahulah alongnya ini pengecut atau pemalu. Yang pasti, bab mengata dekat suaminya memang A plus plus plus. Gentle lagi suaminya, datang seorang diri ketika nak merisiknya dulu.

Zayyan tayang gigi. Ikutkan hati nak suruh angah yang cakap dekat abah yang dia nak kahwin tapi angah cakap dia pondan! Tak ada teluq!!! Errr... Menyirap dia! Adik pandai menjawab.

"Budak Sungai Petani? Tak ada nama ka?." Bab gelar menggelar ini memang anak-anaknya power. Semua suka menyakat. Nasib si bongsu tak ada, kalau dia ada, dari rumah mereka ini sampai ke hujung lorong boleh dengar dia ketawa sebab sakatannya menjadi. Yang itu mudah terhibur sedikit. Zayyan ini sahaja serius sikit. Mungkin masa mengandungkan Zayyan, isterinya tertelan tebuan sebab itu garangnya lain maciam.

"Nama dia Ammara." Jawab Zayyan dengan sengihan yang semakin melebar. Rasa macam bunga di dalam taman hati berkembang mekar. Selama ini tunggu nak mati sahaja sebab memang dah layu. Dah lama tak siram dengan air cinta.

"Ammara? Abah kenai ka?." Macam pernah dengar nama ini tapi siapa?

"Allah, abang ni. Takkan tak ingat anak dara Lah dengan Siah. Kan haritu abang dengan along pi rumah depa." Mama bersuara. Dia dengar sahaja budak Sungai Petani terus otaknya dapat tangkap siapa anak dara yang disebut oleh Zayyan.

Encik Khushairi menggeleng kepala perlahan. Tak dapat nak tangkap imej Ammara.

"Yang buat kopi sedap tu, abah. Yang along pijak anak tudung dia tu." Terpaksa juga sebut tentang peristiwa anak tudung dipijak itu. Aduiii...!!!

"Ohhh... Yang video along dengan dia viral di media sosial tu? Along suka dia ka?."

"Sukalah yang along nak kahwin dengan dia tu." Tak cinta pun tak apakan? Alaaa... berlambak sahaja orang tak suka, tak cinta, tak kasih siap musuh lagi tapi ke jinjang pelamin jua. Jodoh ini rahsia Allah. Satu lagi, orang selalu cakap, jangan selalu bergaduh nanti berjodoh. Haaa... memang itu yang dia sedang buat. Gaduh selalu biar jodoh antara dia dan Ammara saling mendekat.

"Kahwin apanya kalau dok bergaduh selalu bila jumpa. Pantang ada depan mata, nak bergusti mulut sedia-sedia."

"Dah kahwin nanti tak bergaduh dahlah, abah. Sweet-sweet sampai kena kencing glucose..." Ucap Zayyan dan makin lebar sengihannya. Gatal!!! Tapi tak adalah sampai rasa nak mengawan.

"Yalah tu. Sebelum kahwin pun dok bergaduh macam anjing dengan kucing, dah kahwin nanti, gaduh pakai cota pula?." Sindir abah. Perli kasaq abah ni.

"Abah tak bagi ka along nak kahwin dengan dia?. Along nak kahwin ni." Tak kahwin bising, bila nak kahwin tanya macam-macam pula. Tak naya anak dara orang aish!

"Bukan tak bagi tapi kita tak tau orang dekat sana tu dah ada calon ka belum dan yang paling penting, dia pun suka ka tak dekat along ni? Kalau syok sendiri, mana boleh paksa anak dara orang kahwin dengan along."

"Along yakin dia tak ada calon abah. Kan dia anak dara kesayangan Pakcik Lah. Mesti ramai yang tak berani nak hadap Pakcik Lah tu." Mulut Pakcik Lah boleh tahan juga itu. Kalau hati tisu, tak payahlah berangan nak jadi menantu dia sebab itu tiada seorang pun anaknya kahwin lagi. Mungkin calon-calon menantu perempuan yang dibawa, tak sempat masuk kaki dalam rumah sudah direject.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now