BAB 7

9.1K 612 278
                                    

Zayyan memandang emak buyung yang sedang mencekak pinggang dengan kedua-dua tangan. Wajah pula... Tak ada seri langsung. Masam mencuka macam cuka epal. Sudahlah muka itu memang sudah hilang serinya.

"Along pi mana? Tergamak hati tu tinggal anak-anak angah!." Marah Ayuni sebaik Zayyan keluar daripada perut kereta. Dia tahu along tak suka budak-budak tapi tak sangka along sampai hati tinggal anak-anak dia.

"Assalamuailaikum." Sapa Zayyan sambil meletakkan sebelah tangan di kereta dan sebelah tangan lagi cuba menanggalkan kasut sukannya.

"Waalaikumussalam! Soalan angah jangan nak biaq dibawak angin lalu sangat, na!." Kurang berbisa sengatan kata-kata emak buyung ini. 'Cuba cakap baik-baik sikit, nanti hang nak beranak, muka ni tau yang nak usung hang pi Hospital Kepala Batas tu!. Boleh jadi muka ni juga yang nak dukung hang, bawak hang keluaq daripada kereta.'

"Bukan kerja along jaga budak-budak! Kerja along amankan negara. Hentikan rusuhan. Berkas pengganas kecil-kecilan." Selamba sahaja jawapan Zayyan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah dan keadaan dalam rumah... baru lepas dilanda tsunami ke? Serabutnya dengan pelbagai jenis mainan ada di mana-mana. Kesan air tumpah pun ada, kesan sisa biskut dan nasi pun ada. Eeeiii...!

"Angah suruh along tengok budak-budak ni sebab nak masak laksa yang along nak sangat tulah! Bahaya tau tak tinggal budak-budak macam tu ja. Kalau kena culik macamana?."

"Angahkan subur, kalau kena culik, beranaklah lagi banyak-banyak!." Memekak pula emak buyung ini. Dahlah pergi Sungai Petani tak dapat apa-apa hasil.

"Hamboi, mulut! Bayaq zakat ka dak tu? Jangan makan laksa yang angah buat!. Ambik bau pun tak boleh!!!." Geram betul dia dengan along. Kalau minta jagakan budak mesti budak yang jaga diri sendiri. Beria dia sediakan kertas A4 berlambak-lambak dengan magic pen, suruh along pantau supaya abang dan adik tak serlahkan bakat seni mereka di dinding rumah tok dan tok ma.

Tapi, along lesap entah ke mana, pintu grill tak dikunci, pintu sliding terbuka dengan luas, pintu pagar ternganga! Anak-anak dia pula dikasi telefon bimbit. Sakanlah budak kecik berdua itu menari, terlompat-lompat atas sofa mengikut rentak lagu Didi and Friends. Rosak saraf otak anak dia!!!

"Eh, bahan-bahan semua along yang beli. Jadi, along ada hak nak makan!." Ada pula tak kasi dia makan, dia ada share tau dalam pembuatan laksa itu.

"Along hulur duit je. Barang-barang tu semua angah yang pilih. Daun kesum dengan daun sup pun tak tau nak beza. Bunga kantan pun tak tau yang mana. Orang suruh beli ikan sardin, pi beli sardin tin. Orang suruh beli ikan cencaru, kena Google dulu gambaq nak tunjuk ikan cencaru tu macamana rupa. Apa pun pasai masak-masak ni, along tak tau. Manusia jenis apa la?." Masih lagi dengan nada marah-marah.

'Cakap laki orang main kayu tigalah apalah, yang dia... inilah contoh lelaki yang akan jadikan bini dia orang gaji nanti, malam-malam tau nak selak kain ja! Laki aku, A tau tak pasal hal-hal di dapuq ni!.' Sempat hati mengutuk manusia di hadapannya ini.

"Dah bukan kerja along. Semua kerja orang pompuan. Masak, jaga anak sangat tak kena dengan jiwa along. Ada patut suruh orang yang kerjanya pegang cota dukung budak kecik! Ada ka patut suruh orang yang kerja dia tembak gas pemedih mata layan budak kecik menari lagu Didi and Friends, main lukis-lukis atas kertas. Eeeiii... Bukan dia na!." Adalah lima minit dia duduk dengan kedua-dua anak buahnya itu sebelum bersiap-siap untuk keluar joging.

"Tak elok tau tak bagi phone dekat budak-budak ni. Pilihan terakhir tau tak kasi phone ni. Angah dengan suami jarang sangat kasi phone dekat anak-anak. Kalau ya pun nak keluaq, tutuplah semua pintu. Bahayalah along keluaq macam tu ja. Jaga orang awam bukan main lagi, adik beradik sendiri tak boleh nak jaga pun. Nasib budak berdua ni tak main di luaq rumah kalau dak... ish, membayangkan pun tak mau!."

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now