HAI

841 27 10
                                    

Hai, tak lama lagi ada 1 ebook yang akan keluar. Tak ada kena mengena dengan Zayyan atau Ammara tapi ada kena mengena dengan kerjaya Zayyan. Jadinya kalau rindu nak date dengan Abang FRU, nanti bila oder dah buka bolehlah grab.

Kali ni bukan ebook kompilasi macam selalu. Ebook single.

BLURB
Furqan dan Ayesha saling kenal sedari kecil sementelah lelaki itulah yang sering melayannya. Lama kelamaan ada rasa kasih dan sayang bertapak di dalam sukma keduanya lalu menyemai kasih di dalam diam. Tanpa dapat dihidu oleh ahli keluarga masing-masing.

Selepas hampir bertahun menyulam kasih, Furqan taburkan janji untuk jadikan Ayesha yang halal untuknya. Namun, kebahagiaan yang didambakan bukanlah milik mereka. Disebabkan satu perkara, Furqan perlu kahwini Adra, kakak kandung Ayesha dengan rasa berat hati dan dalam keterpaksaan.

Maka, hancur selumatnya sekeping hati Ayesha. Kerana meter sayangnya kepada Adra melebihi segalanya, rasa dalam hati dibiarkan sahaja. Doanya tika itu, biarlah masa yang merawat luka di hati. Doanya lagi, semoga kakaknya dapat mengecap sebuah kebahagiaan. Beberapa tahun berumah tangga terjadinya satu peristiwa hitam di dalam kamus hidup semua orang.

“Kenapa degil sangat? Tak takut ke kahwin dengan pembunuh?” – Furqan

“Aya nak tuntut janji yang abang dah buat pada Aya dulu”- Ayesha

Apa yang menyebabkan Furqan perlu kahwini Adra walaupun cinta matinya kepada Ayesha? Atas alasan apa Furqan bertegas katakan dirinya seorang pembunuh? Ada bahagiakah yang ingin berdamping dengan Furqan dan Ayesha?

Blurbnya begitulah. Lebih kurang ganti tikar. Kalau baca teasernya nanti Abang FRU kali ni dinginnya lain macam sikit.

Words ebook kali ni lebih kurang dua puluh empat ribu dan lebih.

Muka surat mungkin +- 90 page.

Esok-esok kita up teaser 1
Tak ada cameo Zayyan dan Ammara.
Hanya ada cameo Mail Kipas. Kawan kepada Zayyan.

Apa-apa kita update di Instagram.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt