TEASER 2

456 14 0
                                    

+ Habis latihan abang pergi. Hari sukan kan?

AYESHA tersenyum. Bukan senang seorang Furqan mahu membalas WhatsAppnya kalau hal tidak penting. Rare! Jual mahal tak sudah.

Kalau nak cakap Furqan jaga ikhtilat, Ayesha rasa tidak. Sebab banyak kali juga mereka bersentuhan secara tidak langsung. Mata coklat cair milik lelaki itu pun tidak pernah tundukkan pandangan bila kornea mata mereka bersabung. Malah makin dihumban pandangan tajam pada Ayesha.

“Abang balas WhatsApp Aya sebab Aya sebut pasal mommy kan. Cuba kalau tak ada sebesar hama pun tentang mommy memang sampai kiamatlah abang tak balas WhatsApp Aya,” tutur perempuan yang sudah lengkap dengan sepersalinan sukan kepada diri sendiri.

- Nanti dah sampai sini abang call lah. Boleh Aya jemput. Takut abang tak tahu lokasi rumah biru.

Terus WhatsApp dibluetick dan nampak orang di sana tengah menaip… Tak dapat menahan rasa hati makin terserlah senyuman di bibir mungil itu. 

+ Mestilah khemah warna biru. Abang sampai nanti mungkin budak-budak dah mula acara.

- Kita makan sama-sama ya kejap lagi. Aya tunggu abang.

Nasi tomato yang berada di dalam bekas polisterin dipandang dengan rasa bahagia. Dia sudah asingkan dua bekas daripada budak-budak rumah biru dan guru pasukan rumah biru. Lagi pula, Puan Sakinah dah bayarkan sejumlah wang untuk mereka sekeluarga. Tambahan nasi tomato itu jiran selang beberapa buah rumah daripada mereka yang buat. 

Boleh dikatakan hampir setiap tahun Puan Sakinah tempah pelbagai jenis masakan daripada Puan Samira itu. Order sahaja apa mahunya lidah dan tekak, masakan itu nanti pasti sedap. Maklumlah, Puan Samira pernah buka bisnes katering dulu tapi terpaksa dihentikan bila suaminya jatuh sakit dan tiada siapa boleh tolong tengok dan jaga suaminya. Anak-anak pula masih kecil dan bersekolah rendah.

Larut di dalam dunia sendiri sehingga tidak sedar ada balasan WhatsApp daripada lelaki kesayangan.

+ Jangan tunggu abang. Makan je dulu. Sebab abang dah makan.

- Tak apalah, makanlah lagi. Kita makan sama-sama, ya.

Masih memujuk lelaki dingin di sana. Memujuk hati sendiri juga dengan hubungan syok sendiri ini. 

+ Ayat abang yang mana Aya tak faham? Makan jelah, tak payah tunggu-tunggu.

Bibir Ayesha berikan sengihan tawar, tidak lagi beria seperti mula-mula tadi.

Bibir Ayesha berikan sengihan tawar, tidak lagi beria seperti mula-mula tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah tak lama ni pre order akan dibuka.

Boleh terjah Ig kita untuk lain-lain hal pasal ebook Jika Namanya Jodoh ni.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now