BAB 1

25.7K 766 228
                                    

Tak khusyuk Ammara rasa solat Maghrib secara berjemaah di ruang tamu rumahnya ini. Tadi tirai yang abah dan yang lain pasang untuk pisahkan ruang solat lelaki dan perempuan terangkat sebab kipas siling berputar kuat sangat.

Malu rasanya bila bangun sahaja daripada sujud, terus boleh nampak belakang tubuh entah mana-mana lelaki. Along yang berada di hadapan sekali pun dia boleh nampak. Dia termasuk dalam ruang solat lelaki.

Tak khusyuk juga solat sebab nak bangun sahaja daripada sujud, kain telekungnya diduduk oleh kakak sebelah yang belum habis baca tahiyat awal. Hampir terjatuh dia tapi nasib sempat diimbangkan badan. Ibu tak solat sekali sebab ibu uzur.

Selesai solat Maghrib yang berimamkan Along, Naqeeb, Ammara terus berlalu ke dapur. Perutnya berkeroncong hebat saat itu. Haruman masakan yang ibu buat betul-betul menambat indera menghidunya.Perut lagi menyanyilah bila terbau-bau masakan yang sedap. Tak tunggu lama, mangkuk diambil sebelum mee dan kuah kari dimasukkan.

"Eh, awainya makan. Kenapa tak tunggu lepas solat isyak nanti? Tu pasai pa sampai tak ikut along dengan yang lain baca Yasin?." Tegur Puan Shamsiah kepada Ammara yang bersila di atas kerusi.

"Adik lapaqlah, ibu. Kali terakhir adik makan lepas zohor tadi tau. Tak boleh tahan dah perut ni. Nanti perut masuk angin macamana? Terkena serangan gastrik ke. Bahaya tau ibu." Ada sahaja jawapan bagi setiap persoalan.

"Senonoh sangat perangai hang, adik. Lepas makan nanti jangan nak duduk di dapuq lagi, pi join depa yang dekat depan tu. Jangan nak mengelat sangat na." Pesan Puan Shamsiah sambil membancuh air untuk diminum nanti.

"Ramai gila abah jemput ya, ibu. Adik rasa padat sangat dekat ruang tamu tadi. Sampai ada orang duduk atas kain telekung adiklah tadi. Tersenget kepala ni masa tahiyat terakhir." Cerita Ammara disambut dengan senyuman ibu.

"Sebab tu kena alihkan semua barang yang ada di ruang tamu ke tempat lain sebab memang ramai. Abah panggil engineer yang rapat dengan dia. Lepas tu technician dan operator yang mana dibawah pemerhatian abah. Abahkan supervisor, banyaklah kawan-kawan dia. Dia orang pula bawa isteri dan anak sekali. Kemudian kawan along, angah dan achik pun ada. Tak apalah, bukan selalu kita nak buat majlis doa selamat ni. Jamu orang makan dapat pahala tau."

"Nasib along dengan yang lain tak kahwin lagi kalau tak, tak muat nak solat berjemaah di ruang tamu tu. Dah kahwin, kena panggil ahli keluarga sebelah isteri juga." Semangkuk mee kuah kari habis dimakan oleh Ammara.

"Haaa... Pi join along dengan yang lain baca Yasin. Dah habis makankan."

"Sapa kata adik dah habis makan? Adik nak tambah lagi mee kuah kari yang ibu masak ni. Tadi adik ambik sikit ja." Bersahaja kata-kata Ammara sambil masukkan mee ke dalam mangkuk.

Puan Shamsiah menggelengkan kepala.

"Hang bila nak habis belajaq, Ara?." Soal salah seorang makcik yang berada di dapur juga. Perempuan-perempuan yang uzur memang ada di dapur tolong ibu siapkan makanan.

"Ada setahun lagi. Sekarang baru semester empat." Jawab Ammara dengan sedikit senyuman.

"Hang masuk belajaq lambat daripada orang ka sebab anak makcik tinggai lagi satu semester. Umuq 21 habehlah. La ni sama umuq dengan hanglah. 20 tahun kan."

"Ha'ah, lambat setahun daripada orang lain. Ara habis studi nanti umuq Ara dah 22."

"Rugilah setahun macam tu. Nak sambung ijazah nanti pun lama jugakan."

"Nak buat macamana. Kalau Ara tau nak jadi macam tu, awai lagi Ara mengelak. Tak apalah habis studi lambat setahun pun, janji habis belajaq." Ada sebab tersendiri kenapa dia lambat setahun daripada kawan-kawan yang lain. Nasib di dalam kelas tak terasa janggal sangat sebab ada juga yang lebih berusia daripadanya.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now