BAB 6

8.7K 593 131
                                    

"Ammara and Syahira." Panggil Sir Brahim kepada Ammara yang sedang susun kertas di dalam fail. Syahira pula sedang betulkan urat saraf selepas hampir dua jam di dalam kelas Applied Medical Microbiology. Tepu otak dia simpan apa yang Sir Brahim ajarkan. Boleh take ten minutes sahaja tadi daripada dua jam. Nasib duduk di belakang sekali, bolehlah nak membuta sekejab.

"Yes, sir." Pandangan terarah kepada Sir Brahim yang sedang masukkan tutorial di dalam  pendrive. Berlambak pendrive di atas meja pensyarah itu dengan pelbagai bentuk dan juga warna. Selalunya Sir Brahim kasi tutorial melalui emel sahaja. Selesai jawab, emelkan kembali kepada Sir Brahim. Jarang Sir Brahim kasi tutorial yang perlu dicetak kertas soalannya dan beri kepadanya keesokkan hari.

"Please come to my office, we need to talk." Terus berdegup kencang jantung Ammara. Dia memandang sekilas ke arah Syahira yang berada di kerusi paling belakang.

"Okay." Jawab Ammara perlahan dengan sedikit anggukan. Wajah Sir Brahim tidak berani untuk ditenung. Pandangan mata lelaki yang baya-baya abah itu menggerunkan.

'Mampuih! Pasai pa kena pi office pula ni? Next tutorial dah bagi melalui pendrive. Tutorial sebelum-sebelum ni dah submit melalui emel. Markah teruk sangat ka? Tapi pasai pa aku dengan Sya ja? Ish, ketaqlah!.' Gerutu Ammara di dalam hati. Hari itu Madam Anna nak jumpa dia dan Sya. Ini Sir Brahim pula.

"Hang rasa pasai pa kita kena pi office sir ni?," tanya Syahira sambil menyiku Ammara yang diam sahaja mengikuti langkah kaki Sir Brahim di belakang. Wajah jangan tanyalah, cuak habis.

"Ish, manalah aku tau. Kalau otak sir tu transparents,tak adalah aku cuak sangat."

Syahira hanya diam selepas itu. Dia rasa dia boleh agak kenapa mereka berdua kena mengadap Sir Brahim ni. 'Aku minta maaf, Ara.'

Hampir lima belas minit jugalah nak sampai ke pejabat Sir Brahim ini pun. Perlu banyak berjalan kaki nak menapak daripada satu tempat ke satu tempat.

"Duduk." Arah Sir Brahim sebaik pintu pejabat ditutup oleh Ammara. Kerusi ditarik sebelum mereka berdua mengadap Sir Brahim yang sedang menghidupkan komputer ribanya. Nasiblah Sir Brahim boleh juga bertutur di dalam bahasa Melayu, kalau tak, tergeliat lidah juga nak speaking. Tak guna betul layan telenovela pukul tiga hampir setiap kali tiada kelas petang kalau sepatah habuk cakap Filipina tak pandai.

Tapikan, nak ceritalah, Sir Brahim cakap Marian Rivera itu memang cantik! Masa drama Marimar tengah top di negara dia, dia sendiri pun minat sangat-sangat dengan isteri DingDong itu sampai isteri dia cemburu. Dan nak cerita jugalah, masa kali pertama Ammara jumpa Sir Brahim ini, dia cakap Sir Brahim pendek dan untuk kelas pertama mereka, Sir Brahim itu memang aim Ammara dan bagitahu satu kelas yang Ammara ini cakap dia pendek tadi. Tak pasal malu seharian. Rupa-rupanya Sir Brahim ini faham dan fasih berbahasa Melayu cuma loghatnya lain sikit.

"Tahu kenapa saya panggil awak berdua?," tanya Sir Brahim dengan pandangan mata tepat ke arah Ammara dan Syahira.

Cepat-cepat Ammara menggelengkan kepala. Syahira pula hanya diam tidak bereaksi. Yalah, dah buat salahkan, diam sahajalah yang boleh dibuat.

Sir Brahim mengeluh, melepaskan nafas dengan berat. Laptop dihalakan kepada dua orang pelajarnya itu.

"Nampak tak apa yang sama dengan slideshow  di hadapan kamu ni?."

Tersentak Ammara bila memandang slideshow yang dia baru buat beberapa hari lalu. Dapat tepukan gemuruh daripada seluruh kelas, Sir Brahim pun berdiri sambil bertepuk tangan. Puas hati agaknya sebab cara Ammara sampaikan penerangan kepada kelas kena dengan citarasanya.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now