"Presentation mula pukul berapa?." Tanya ibu sambil mengunci pintu grill.

"Pukul 9.00 pagi sat lagi. Ketaqlah ibu. Tak tau audience ramai mana."

"Tak ada apa aish. Buat biasa sudah. Jangan dok layan sangat ketaq tu. Ibu yakin adik boleh buat." Daripada malam semalam dok mengadu takut, takut. Bukan zaman tadika atau darjah satu yang dia perlu tunggu dari mula sekolah sampai habis waktu persekolahan. Anak yang seorang ini memang banyak akal.

Suasana sepi di dalam kereta, tiada keriuhan suara Ammara seperti kebiasaan. Kalau tidak ke, ada sahaja lagu yang dimainkan oleh dj radio akan turut dinyanyikan oleh Ammara dengan suara sumbang, sengau di hujung-hujung ayat. Lawak Johan dan rakan sekerjanya di radio pun tak mampu nak buat Ammara ketawa. Tangan memegang sehelai kertas yang agak lunyai, mulut terkumat-kamit dengan mata yang terpejam. Kadang-kadang mata dibuka, memandang apa yang ditulis dan mata kembali tertutup. Lagaknya seperti nak SPM dulu. Puan Shamsiah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

Ammara meminta ibu menghantar terus ke dewan kuliah. Tak kuasa dia nak menapak ke situ dengan kaki. Matahari waktu pagi memanglah baik, ada vitamin D tapi nanti baju kurung kain kapas berwarna merah yang dia pakai akan dibasahi dengan peluh. Eeeiii... Tak elok. Lagipun daripada pintu masuk kolej nak ke dewan kuliah ini jauh juga, kawasan agak berbukit. Kalau berjalan kaki, mahu putus kaki rasanya. Hiperbola sangatkan.

Sudah ada beberapa kawan sekelas yang akan buat pembentangan sekali lagi menunggu di hadapan dewan kuliah. Masing-masing berborak dengan wajah dan nada yang ceria. Elok juga datang awal ini sebab boleh tengok tempat, tengok keadaan sekeliling.

"Kesian hangkan, Ara. Tak pasai kena buat pembentangan sekali lagi. Kalau tak hari ni hang jadi penonton ja." Ucap Qila dengan sentuhan di tangan Ammara. Simpati betul dia dengan Ammara. Salah pilih kawan.

Ammara hanya tersenyum. Nasi dah basi, apa pun tak boleh buat dah. Kalau nasi jadi bubur, bubur itu boleh makan lagi sekurang-kurangnya.

"Hang kena banyak hati-hati dengan Sya tu, Ara. Budak rumah aku pernah sekelas dengan Sya ni masa sekolah dulu. Hang tau tak, jahatnya Sya ni sampai dia sanggup tukar halaman hadapan sekali folio Sejarah sorang kawan dalam kelas tu juga dengan folio dia. Sebabnya folio kawan ni cantik, warna warni, kemas dan tebal isinya. Folio dia pula, serabut walaupun type guna komputer.

Tapi nasib baik cikgu kelas tu dapat detect kerja Sya sebab tulisan dalam folio yang kononnya milik Sya tu tak sama dengan tulisan di dalam buku latihan Sejarah Sya. Tergamakkan. Kalau hari perjumpaan waris, kakak atau abang dia tak datang sebab Sya ni tak bagitahu. Sya akan suruh pakwe dia yang datang, menyamar jadi abang. Suruh datang awal sebab lepaih tandatangan kad kemajuan boleh teruih balik. Kalau ada kerja yang perlu dibuat dalam grup, haram Sya ni nak menolong. Satu lagi, dia suka suruh orang buat kerja sekolah dia. Teruk perangai Sya ni." Cerita seorang lagi rakan sekelas Ammara dengan panjang lebar.

Makin terdiam Ammara. Adudududu... Seram pula cerita yang kawan-kawan sampaikan ini. Kenapalah bila sudah di semester keempat baru perangai buruk Sya terserlah dengan berjaya? Kalau awal-awal dulukan senang, tak adalah dia jadi mak turut Syahira, siapkan kerja Syahira, buat itu dan ini untuk Syahira.

Sekitar pukul 9.00 pagi pintu dewan dibuka. Maka berpusu-pusulah mereka yang menunggu di luar ini masuk ke dalam mencari tempat. Beberapa orang pensyarah juga sudah mengambil tempat di bahagian tengah dewan. Senang nak melihat keseluruhan kelas. Sebelum mulakan pembentangan, mereka semua wajib ambil nombor giliran di dalam sebuah balang kaca. Ammara nombor kelima daripada keseluruhan. Syahira nombor ketiga. Syahira datang lambat tadi,nyaris-nyaris Sir Brahim tak kasi masuk tapi Ammara pujuk jadinya dapatlah Syahira masuk.

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now