Dulu Ammara fikir dialah yang paling tua di dalam kelas nanti tapi tak sangka pula ada yang lagi tua padanya. Ada yang lepasan STPM sambung ambil diploma sebab pointer tak cukup nak sambung ambil ijazah. Terasa kerugian masa juga bagi lepasan sebegini tapi yang untungnya, dia orang lagi pandai daripada kawan-kawan yang lain sebab dah ada pengetahuan ketika STPM dulu. Ada juga lepasan matrik yang senasib seperti lepasan STPM. Pointer bawah daripada 3.5 jadi tak layak nak mohon jurusan ijazah yang dia orang nak. Jadinya, terpaksalah sambung buat diploma.

"Tapi pasai pa hang sambung belajaq dekat kolej swasta? Mahai tu. Pasai pa tak sambung dekat universiti kerajaan? Result hang teruk ka?."

"Dapat matrik dekat Kepala Batas tapi ..... Kita ni merancang ja, Allah juga sebaik-baik perancang. Anak makcik sambung belajaq dekat mana?."

"Anak makcik sambung nurse. Dekat Kelantan."

"Ohh... Dekat Kubang Kerian tu ka?."

"Eh, bukan yang tu. Dekat Kota Bharu."

"Di USM?." Tanya Ammara lagi. Hanya USM yang tawarkan jurusan kejururawatan dan bidang kesihatan yang lain. Uitm di Kota Bharu tak tawarkan jurusan bidang kesihatan ini. Setahu Ammaralah, hanya Uitm Puncak Alam yang ada jurusan kejururawatan ini dan bidang kesihatan yang lain.

"Bukan. Kolej PolyTech Mara." Senyum sampai ke telinga makcik tadi bercerita. Bangga nanti anak keluar boleh kerja di hospital sebagai jururawat.

Ammara mengangguk perlahan. "Kolej tu bukan kerajaan yang punya. Swasta juga."

"Eh, tak. Kerajaan yang punya. Dapat elaun banyak tiap-tiap bulan kerajaan kasi. Sekali sekala ja kami bagi duit dekat dia."

"Ohhh....." Ammara mengangguk perlahan. Wajah ibu dipandang.

"Tapi setahu Ara....."

"Adik, mai rasa ayaq yang ibu dah buat ni. Kot kena tambah gula lagi." Cepat-cepat Puan Shamsiah memanggil.

"Okay, ibu." Berlalu ke arah ibu yang berdiri tidak jauh daripada sinki. Gelas yang ibu hulurkan Ammara sambut.

"Macamana? Okay tak?."

"Ermmm... Marvellous. Sedap ayaq teh lemon yang ibu buat ni. Pandai ibu. Tapi pasai pa time lagu ni ja ibu buat ayaq sedap-sedap? Hari biasa ibu jamu ayaq kosong ja dekat kami." Segelas kecil air teh lemon habis diminum oleh Ammara.

"Sebab tak boleh minum selalu. Nanti dapat penyakit kencing glucose."

"Bukan sebab ibu malas nak bancuh ayaq ka?."

"Taklah! Gula mahal sekarang ni. Kena berjimat guna gula."

Ammara hanya mengangguk perlahan dengan sengihan nakal.

"Ibu tak suka adik cakap macam tu dengan makcik tadi. Apa pun orang tua cakap iyakan ja. Jangan nak melawan cakap. Tak sopan. Dia tetamu kita." Tegur Puan Shamsiah perlahan. Berubah air muka Ammara. Tersentap!!!

"Tapi bu, gaya makcik tadi tu macam adik ni ni tak pandai. Macam result adik ni teruk sangat. Macam sapa yang masuk kolej swasta ni semua bodoh-bodoh. Tak layak masuk kerajaan itu pi masuk kolej swasta. Apa orang kata? Budak kolej swasta ni sampah sarap yang dibuang universiti awam?."

"Mana ada makcik tu cakap macam tu."

"Gaya makcik tu macam tu. Dia tak tau ka yang anak dia pun masuk kolej swasta juga? Adik pun dapat elaun tiap-tiap bulan." Ujar Ammara tak puas hati. Masam mencuka wajah.

"Tak kisahlah yang penting jangan nak melawan cakap orang tua. Tak baik! Berdosa."

"Kalau tak pasai benda tu, adik tak masuklah kolej swasta. Adik pi ja KMPP tu."

4. Buah Hati? Tanya Dia !!Where stories live. Discover now