cp 2

1.4K 208 8
                                    

Jumaat - 2.15 pm

"Mana Hafiz ni? Cepatlah datang. Nanti tutup pula pintu dewan ni." Alya menunggu Hafiz di hadapan dewan.

"Alya!" Tiba-tiba suara Hafiz menjerit memanggil namanya.

"Hah! Tu dia."

"Sorry aku lambat. Tadi telefon aku tertinggal di rumah jadi aku terpaksa patah balik ambil."

"Dah lah alu malas nak dengar alasan kau. Cepatlah masuk. Nasib balik pintu dewan ni belum tutup."

Mereka berdua masuk ke dalam dewan dan terus mengambil tempat duduk. Setiba sahaja mereka duduk, pertandingan itu sudah sampai ke perserta ke 2.

"Alya, Lisa peserta nombor berapa?" Tanya Hafiz kepada Alya.

"Nombor 3. Lepas habis peserta ni. Giliran Alya."

Hafiz dan Alya duduk mendengar bunyi piano yang dimainkan. Alya yang mempunyai ilmu mengenai piano mendengar dengan teliti bunyi yang dimainkan.

"Terima kasih terhadap persembahan tadi." kata juri majlis itu.

Semua orang di dewan memberikan tepukan yang gemuruh kepada perserta itu. Perserta itu berjalan keluar dari atas pentas.

"Seterusnya perserta nombor 3. Dipersilakan."

Lisa keluar dari belakang pentas lalu menuju ke hadapan pentas. Dia berjalan terus menuju piano yang berapa di tengah-tengah pentas. Dia memakai pakaian berwarna putih yang menyababkan kelihatan bersinar di dalam kegelapan dewan itu. Dia mengangkat tangannya dan terus memainkan piano itu. Alya dengan telitinya mendengar setiap bunyi yang dimainkan oleh Lisa.

"Melodi dia tidak salah tapi masa dia tekan itu terlalu laju. Dia tidak ikut masa. Lisa ni nervous ke." kata Alya dalam hati.

Beberapa minit kemudian.

"Terima kasih atas persembahan tadi." Lisa berjalan keluar dari atas pentas ke belakang pentas. Beberapa minit kemudian juru majlis memanggil peserta nombor 4 untuk menampilkan persembahannya.

Hampir 3 jam Alya dan Hafiz menonton pertandingan. Pelbagai melodi yang dimainkan oleh para peserta yang menyertai pertandingan itu. Hafiz yang duduk di sebelah Alya sudah berasa bosan. Dia sudah menunjukkan muka yang bosan dan seperti ingin mati bersama kebosanannya. Alya yang melihat kerenahnya hanya tersenyum kerana dia tahu bahawa Hafiz akan menjadi bosan melihat pertandingan itu.

"Sekarang di persilakan peserta terakhir kita." kata juru majlis.

Peserta itu berjalan terus ke piano yang berada di atas pentas. Alya melihat peserta terakhir itu. Peserta lelaki itu memakai kot dan kasut yang berwarna hitam. Lelaki itu tidaklah kelihatan tua. Dia kelihatan seperti hampir sama umur dengan Alya.

Alya melihat teliti muka lelaki itu. Dia seperti pernah melihat muka lelaki itu sebelum ini. Dia cuba mengingati dimana dia pernah melihat muka itu. Tiba-tiba sesuatu memori terlintas di kepala Alya. Dia sudah dimana dia pernah muka itu.

Muka lelaki itu sama seperti video tentang devil of piano yang ditunjukkan oleh Lisa kepadanya pada hari yang lepas. Alya mula berfikir adakah itu devil of piano yang dicerita atau hanyalah pelanduk dua serupa.

Penonton di dewan itu dengan tiba-tiba terus menjadi terkejut apabila melihat peserta lelaki keluar dari belakang pentas. Kedengaran banyak bisik-bisikan dari para peserta yang ada di dewan itu.

"Itu bukan devil of piano ke!"

"Kenapa dia ada di sini?"

"Kalau dia masuk. Mesti dia menang!"

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now