"Iwan tunggu kejap..Papa nak jumpa mama." Bibirnya dilabuhkan dipipi Iwan sebelum dia melompat turun dari katil.

Risya yang sedang memilih baju dipeluk dari belakang. Tersentak gadis itu dibuatnya. Hampir terlepas baju ditangannya.

"When I get you in my hug,my love never been disappear."

"Lepaskan saya."

"No..I won't..I really miss you."

"You hurting me Kasyaf."

Kasyaf tersentak. Pantas pelukan dileraikan lalu tubuh Risya dipusing menghadapnya. Wajah gadis itu kelihatan biasa tanpa secalit senyuman. Perlahan tubuh Risya dipeluk lalu dahinya ditemukan dengan dahi isterinya. Lama mereka diam sebelum Kasyaf menghela nafas kecil. Seakan betul-betul kesal dengan apa yang dia alami baru-baru ini.

"I really feel lost.."

Risya masih mendiamkan dirinya. Pandangannya hanya tertumpu pada tubuh Kasyaf. Dia tak berani nak menatap wajah lelaki itu. Dia takut dia akan menangis di hadapannya. Kerana sesungguhnya dia terasa berdosa. Serba-salah yang menggunung.

"Say something sayang..Abang rindukan sayang."

"Tak ada benda yang saya nak cakap. Lepaskan saya."

"No..Abang ada hak nak peluk."

"Dan saya ada hak minta awak faham permintaan saya!"

"Kenapa 'awak'? Mana 'abang'?"

Risya diam. Dadanya bergetar hebat seraya cuba menahan air mata daripada mengalir keluar. Sumpah dia rindu akan lelaki itu. Tetapi dia tak kuat nak berhadapan dengannya. Pedih!

"Sayang-"

"Stop."

"Dengar apa yang abang nak cakap."

"Saya tak nak! Jangan paksa saya!"

"Kenapa?" Soalnya perlahan. Kedengaran sendu dihujung suaranya. Pandangannya yang redup cuba menentang pandangan yang dia rindu. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu rupa. Bagaikan orang asing menagih kasih daripada wanita yang dicintai.

"Sayang dah anggap abang dah tak ada? Suami sayang dah mati?"

"Apa awak ni?!" Tubuhnya meronta-ronta minta lepas namun lelaki itu menguatkan pelukan. Sebak mula bertandang di dada. Tak mahu dia hamburkan tangisan lirih di dalam dakapan lelaki yang dicintainya.

"Abang tahu abang salah. Tapi dengan cara sayang mengelakkan diri daripada abang..It's won't change everything." Ujarnya perlahan. Air mata lelakinya mengalir perlahan di pipi. Terlalu pedih hatinya diperlakukan sebegitu rupa. Hanya kerana semua yang berlaku bukan daripadanya.

"Kasyaf. Bagi saya masa-"

"Sampai bila? Cukuplah tiga hari hidup abang kosong tanpa seorang isteri disisi suami."

"Dah Kasyaf! Sakit awak tahu tak? Bila seorang isteri nampak suami dia memeluk adik isterinya sendiri! Yang tidur diatas katil yang sama! Selimut yang sama! Dalam pelukan yang sama !"

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now