54

12.7K 345 9
                                    


"Baik mak..Risya naik bilik dulu."

Ujar Risya perlahan lalu langkah diatur kemas ke tingkat atas rumah papan itu. Tangannya melekap pada kain batiknya. Langkah disusuli satu persatu kerana stokin yang tersarung agak licin yang boleh membuatkan dirinya tergelincir.

Baru sahaja pintu bilik mahu ditolak,meliar bebola matanya disekitar ruang tamu yang sunyi lagi gelap itu. Selalunya Kasyaf dan abah akan duduk bersembang sambil menonton televisyen. Tetapi tiada untuk malam ini. Barangkali keluar ambil angin.

Pintu bilik ditolak ke dalam. Anak mata terus berpusat pada satu susuk tubuh yang sedang menggendong anaknya sambil ditepuk-tepuk anak kecil itu. Spontan bibir mendecit kecil tanda tidak suka akan kehadiran lelaki itu.

"Tidur ye anak papa..Besok kita main lagi." Hidungnya digesel-gesel dengan hidung kecil itu. Tersenyum Iwan sambil menutup mata. Kasyaf tersenyum dan serentak nafas dihela perlahan.

Kepala dipaling ke belakang memandang Risya yang sedang menapak ke katil. Lama dia perhati gadis itu tetapi sedikit pun dia tidak mahu memandangnya. Kasyaf tersenyum kelat. Risya yang sudah melelapkan mata dipandang sebelum anak yang berada di dalam dukungannya dikucup.

"Tidur dah anak papa." Kasyaf mengusap ubun-ubun Iwan lalu perlahan diletakkan di babycoat.

Risya menarik nafas panjang cuba meredakan perasaan yang singgah di hatinya. Figura Kasyaf yang menidurkan anaknya langsung tidak dihiraukan. Dia bukan membenci lelaki itu. Tetapi dia cuba menerima. Hatinya sakit apabila terkenangkan malam hitam itu. Masih lagi terasa sakitnya.

Risya hanya membatukan diri apabila ruang disebelahnya tenggelam sedikit. Nafas ditarik supaya dia dapat tenggelam dalam mimpi daripada terus memikirkan tentang Kasyaf. Namun kelopak matanya kembali tercelik apabila tangan yang berada di perutnya perlahan dialihkan sebelum tubuh lelaki itu perlahan-lahan hinggap di atas tubuhnya. Risya terkaku merenung wajah yang memendam seribu segala perasaan itu di atasnya.

Helaan nafas panjang menampar wajah Risya membuatkan hatinya merundum sayu. Dahinya yang dikucup dengan tangan yang bersimpul erat dengan lelaki itu seakan mengembalikan perasaan kasih dan cintanya seperti dulu. Seperti sebelum malam hitam itu berlaku. Seperti hari bahagia mereka dulu.

"Sayang bencikan abang?"

Kasyaf menentang redup pandangan isterinya yang masih kaku memandangnya. Bergetar hebat dadanya apabila berhadapan dengan wanita yang paling dia rindu. Wanita yang paling dia sayang. Wanita yang paling dia cinta. Jasad mungkin dengannya tetapi roh mungkin ditempat lain. Dia tak dapat merasai kasih daripada seorang isteri selepas dugaan yang amat berat diturunkan buat mereka sehingga mahligai yang dibina hampir musnah. Allahu.

Risya diam. Pandangannya masih lagi menentang pandangan lelaki itu. Dia tak tahu bagaimana mahu tafsirkan apa yang dia rasa sekarang ini. Dahi bertemu dahi dibiarkan. Hidung yang bersentuhan juga tidak mampu mentafsirkan sesuatu perasaan yang dia rasa apabila berhadapan dengan lelaki ini.

"Jangan terus hukum abang macam ni sayang..Abang terseksa."

Kasyaf yang memejam kelopak mata masih ditenung. Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi Risya dan mengalir hingga ke bantal. Pilu hati seorang suami. Entah dengan cara apa yang harus dia gunakan untuk meraih kembali cinta dan kepercayaannya. Sungguh dia terlalu terluka.

"Abang sayangkan sayang. Abang sayangkan anak kita. Abang perlukan sayang. Tolong jangan layan abang macam orang asing."

Kasyaf teresak kecil. Segala perasaan yang menggunung dalam hati diluahkan melalui tangisan. Namun respon Risya yang hanya diam tak berkutik membuatkan hatinya meraung pedih.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now