9

8.6K 434 2
                                    

Kaki diatur ke walk in closet. Kemeja yang berwarna emerald green beserta seluar slack dicapai sebelum kembali menapak ke kamar tidur. Risya menghadiahkan sebuah senyuman apabila Kasyaf melangkah keluar dengan tuala berlilit di pinggang menyerlahkan dadanya yang tegap. Buat seketika kepala dipalingkan dengan tangan naik menekap dada. Jantungnya secara automatik berdegup kencang. Nafas ditarik dengan mata terpejam untuk meredakan pernafasannya tetapi terbantut apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Berbahang wajahnya tika ini. Haruman wangian dari tubuh lelaki itu tajam menusuk rongga hidung membuatkan dirinya terbuai seketika.

" Are you blushing?" Bisik Kasyaf dengan nada sarkastik. Ekor mata menjeling pipi isterinya yang bertukar merah. Lihat saja dari pernafasannya juga sudah tahu. Pelukan semakin dieratkan. Bibirnya dilabuhkan di pipi merah itu.

" Ma-mana ada." Bibir dikemam rapat. Entah tiba-tiba jadi orang gagap pula.

" Are you sure?" Meleret suara Kasyaf menaikkan bulu roma yang sedang lena beradu. Kegigilan mula terasa. Kasyaf menyembunyikan senyuman. Apa salahnya dia goda isterinya. Asyik dia je yang kena goda. Nak tahu jugak setewas mana isterinya yang satu ini.

Risya mengemamkan lagi bibirnya. Nafas cuba ditarik menenangkan nafasnya yang berbolak -balik. Rasa macam tak ada oksigen sekarang ni.

" Ab-abang goda Risya ke?"

" Risya rasa?"

Risya terdiam. Gugup dia jadinya apabila Kasyaf bertindak sedemikian rupa. Tak pernah terlintas pun dalam fikirannya.

Kasyaf tertawa kecil apabila suasana menjadi sunyi. Pelukan dileraikan lalu seluar diambil dan dipakai seraya memandang Risya yang sedang meredakan gemuruhnya. Tergelak Kasyaf jadinya. Tu lah suka sangat goda dia. Ni baru satu. Itu pun dah tewas. Alahaii..

Risya pusing menghadap Kasyaf. Riak wajahnya cuba dikawal walaupun dia tahu pipinya sedang membakar sekarang ni. Malu yang amat. Pandangan mata Kasyaf membuatkan Risya semakin tak keruan. Gadis itu mendekat lalu tangannya ligat membutangkan kemeja lelaki itu dengan kemas. Cuba mengabaikan pandangan menggoda Kasyaf walaupun tiada senyuman yang tercalit. Tetapi melalui mata dia faham maksud pandangan itu. Iman kita tak kuat guysss..

" Abang sempat ke hantar Risya pergi rumah mama?" Kolar baju lelaki itu dilipat dan dikemaskan. Risau juga takut lelaki itu lewat sampai ke destinasi.

Risya mendongak apabila tiada respon yang diterima. Lelaki itu merenungnya dengan sekuntum senyuman nakal seraya kening dijongketkan. Semakin tak keruan Risya jadinya. Pipinya pula semakin membahang bagai disimbah dengan air panas.

" Dah lah abang...Malulah Risya. Nanti lambat pergi kerja." Wajahnya disembamkan didada tegap itu menyorok mukanya daripada terus ditatap. Karang ada jugak yang tak pergi kerja ni.

Kasyaf tertawa kecil." Okay fine abang menang."

Risya tersenyum. Tali leher hitam diambil sebelum diselitkan di kolar baju lelaki itu dan disimpul dengan kemas. Selesai sahaja,ubun-ubunnya dikucup sebagai tanda terima kasih.

" Abang nak sarapan dulu tak? Risya ada masakkan nasi goreng."

Kasyaf menggeleng. Jam rolex dipakai di pergelangan tangan kiri." Abang tak nak ambil makanan berat pagi-pagi. Takut nanti senak pulak perut."

" Ouh. Tapi Risya ada buatkan sandwich. Nanti abang makan dan Risya bekalkan sikit untuk abang. Nanti boleh makan sambil drive."

Kasyaf mengangguk." Cepat siap. Abang tunggu bawah."

Bagasinya dan beg pakaian Risya diangkat sebelum melangkah keluar dari bilik. Risya pantas memasuki ke walk in closet sebelum jubah berwarna emerald green dicapai. Nak sedondon dengan abang...

Book 1:The Faith's [C]✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang