46

7K 267 7
                                    


Tubuh yang hampir rebah pantas berpaut pada almari kecil. Berkerut seribu dahinya seraya kaki cuba diatur ke katil. Punggung dilabuhkan perlahan lalu handphone disebelah dicapai.

You have 99 missed call from Nufail.

Wallpaper skrin handphone gambar dirinya dan lelaki itu ditenung lalu diusap perlahan. Terasa berbahang matanya lalu air mata mula mengalir perlahan.

Rindu? Semestinya dia rindu suami dia. Lelaki yang menikahi dirinya. Lelaki yang menyayangi dirinya sepenuh hati. Lelaki yang menggembirakan dirinya. Tetapi kini,hanya tinggal kenangan. Masih terasa sakit hati dan tangannya akibat melayangkan penampar di muka lelaki itu malam tadi. Retak kepingan hatinya apabila kebenaran yang tak pernah terjangka dek akal diketahuinya.

Air mata semakin laju mengalir seiring menahan rasa rindu dan pedih dalam hati yang membuak-buak. Kenapa dia mudah percaya dengan lelaki yang telah merogolnya tiga tahun lepas? Kenapa terlalu mudah dia mencintai lelaki itu sepenuh hati? Kenapa? Bila situasi genting sebegini berlaku. Dirinya diambang neraca kehidupan.

Sama ada memilih untuk menerima kesalahan lelaki itu.

Atau.

Memilih untuk berpisah dengan lelaki itu.

Mana yang harus dia pilih? Luka yang baru sembuh kembali berdarah. Terlalu sakit. Sakit untuk menerima sesuatu yang luar biasa. Dia tak mampu nak terima perbuatan terkutuk lelaki itu. Tetapi dia juga tak kuat untuk kehilangan lelaki yang telah menjadi penghuni di dalam hatinya. Lelaki yang telah memegang hatinya. Lelaki yang telah memberi harapan menggunung. Lelaki yang....

Handphone itu dicampak ke dinding sehingga terburai isinya. Kaki naik ke atas katil lalu dirinya memeluk lutut sambil menghamburkan tangisannya. Tersentak kecil tubuhnya apabila ada tangan yang melingkar dibahunya lalu tubuhnya dipeluk. Pantas kepala berpaling ke sebelah.

" Zara.." Tubuh Zara dipeluk erat. Bahu Saffia diusap perlahan.

" Kau demam ni Saffia. Aku ambik ubat jap." Zara yang mahu bangkit ditahan Saffia. Tubuhnya dipeluk erat tak mahu lepas. Sekarang ni dia hanya perlu Zara di sisinya. Dengar isi hatinya.

" Aku tak nak ubat."

" Tapi kau demam ni. Badan kau panas."

" Biar aku mati lagi bagus."

" Saffia!" Tubuh Saffia dirungkai lalu wajah sembap itu dipandang serius. Zara mula naik angin dengan sikap keras kepala Saffia.

" Takkan sebab si Nufail tu kau sampai terfikir nak mati."

Saffia tersentak. Anak mata Zara dipandang dalam." Nufail?"

" Ye lah! Kau gaduh dengan dia sebab dia rogol kau tiga tahun lepas kan? Kau kenapa ni?" Zara memegang bahu Saffia yang seakan termangu seketika.

"Aku pernah cerita dekat kau yang aku pernah kena rogol. Tapi aku tak pernah cakap Nufail tu perogolnya. Kau-"

Zara tersentak. Jantungnya berdegup laju secara tiba-tiba. Kenapa dia boleh terlepas cakap ni! Zara! Kau ni mulut celuparlah!

Air mata Saffia semakin laju mengalir membuatkan dirinya pantas bangkit menjauhi Zara." Kau-Kau dah tahu siapa suami aku sebenarnya Zara? Kau berkomplot dengan dia juga?"

Book 1:The Faith's [C]✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن