38

6.4K 285 5
                                    

Pintu wad ditolak perlahan ke dalam. Hiba. Sayu. Sedih. Menyelimuti tubuhnya disaat kaki menapak masuk ke dalam. Udara sejuk yang menyentuh kulitnya membuatkan perasaannya semakin merundum sayu. Empangan air mata yang pecah cepat-cepat diseka. Anak mata berpusat pada sekujur tubuh yang bersandar lemah di kepala katil dengan membuang pandangan ke luar tingkap kaca. Cahaya samar-samar yang terhasil daripada lampu luar bangunan menerangi sekujur tubuh itu. Malam yang sepi seakan menemaninya. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus. Bunyi IV drip yang mengisi kesunyian dalam wad itu menambahkan lagi hiba dalam hati.

Punggung dilabuhkan dibirai katil lalu perlahan tangannya mencapai tangan itu. Sejuk. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaannya. Gadis itu hanya melemparkan senyuman. Seakan tiada apa yang berlaku. Walhal dalam hati Allah sahaja yang tahu. Betapa besar dugaanmu ini Ya Allah.

" Dah selesai kebumikan?"

Kasyaf menunduk. Tangan Risya diusap perlahan. Dia mengangguk lemah. Dia tak kuat. "Abang minta maaf." Dan serentak itu empangan air mata pecah. Tangan Risya diangkat lalu diciumnya. Sedih. Hatinya terlalu sedih atas apa yang berlaku.

Risya tersenyum nipis lalu bangkit dari bersandar. Tubuh Kasyaf perlahan ditarik dan dipeluk. Ditepuk dan diusap badan suaminya bagi menenangkannya. Kasyaf membalas pelukan Risya. Dia menghamburkan tangisannya dibahu Risya. Sedih.

" Abang tak ada salah pun." Bisik Risya lembut seraya merungkaikan pelukan. Tubuhnya disandarkan di kepala katil supaya memudahkan dia tegakkan tubuh daripada terbaring di atas katil. Tubuhnya terasa sangat lemah tika ini. Tangan Kasyaf ditarik supaya lelaki itu mendekatkan jarak kedudukan mereka.

" Abang mintak maaf..Abang salah.Abang punca sayang gugur. Abang punca anak kita mati. Abang-"

"Abang..." Risya kemam bibir menahan air matanya daripada mengalir. Tangannya naik menyeka air mata lelaki itu. Dia perlu kuat! Kuat untuk dirinya. Dan kuat untuk Kasyaf. Dia tidak mahu lelaki itu rasa bersalah. Dia tidak mahu lelaki itu meletakkan kesalahan dalam diri. Dia tidak mahu.

" Semua ni ada hikmah abang..Risya okay. Abang kuat okay..Risya ada."

Kasyaf menentang sepasang mata redup itu. Kenapa dia mudah lemah? Sepatutnya dia yang perlu kata sebegitu buat isterinya. Bukan isterinya kata sebegitu untuk dirinya. Risya seorang yang tabah. Berbeza dengan dia. Walhal sepatutnya yang rasa sakitnya kehilangan adalah isterinya. Bukan dia.

" Kalau abang tak masak nasi goreng tu-"

" Abang.." Risya tarik nafas dalam-dalam mencari kekuatan. Tangan Kasyaf yang sejuk dan menggigil itu digenggam erat. Kasyaf perlukan sokongan dan kekuatan dari dia.

" Semua ni takdir Allah. Risya redha. Allah sayangkan anak kita. Abang tak salah. Abang bukan punca Risya gugur. Abang bukan punca anak kita dah tak ada. No. A big no."

" Tapi-" Pantas Risya memegang pipi lelaki itu. Bibir tersenyum nipis cuba menyalurkan semangat positif buat lelaki itu.

" Kalau Allah nak ambil anak kita. Allah betul-betul akan ambil. Kalau abang tak masakkan untuk Risya,tak mustahil kalau benda sama berlaku. Mungkin Risya boleh jatuh dalam bilik air? Mungkin Risya terlanggar bucu meja? Semua tu Allah dah aturkan. Tak apa. Risya redha."

Kasyaf mengemam bibir. Air mata masih lagi mengalir apabila melihat wajah isterinya yang pucat tetapi masih boleh tersenyum. Sungguh tabah isterinya.

"I am so sorry. " Kepala Risya dipegang lalu bibirnya singgah diubun-ubun Risya. Lama. Dan disaat itulah tubuhnya didakap erat oleh Risya. Sedih yang tidak dapat digambarkan. Yang tidak dapat diluahkan. Kehilangan sesuatu amat mencabar. Lagi-lagi nyawa.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now