36

7.2K 283 15
                                    


Jari jemari tangan kanan diketuk-ketuk didagu manakala tangan kiri memeluk tubuh. Mundar-mandir dia di dalam bilik sambil terkenangkan kes malam tadi. Hari ini sepatutnya hari penting bagi dia kerana ada pembentangan assignment tetapi dia terpaksa cuti atas sebab pipinya yang mulai membengkak. Hampir-hampir dia menangis di hadapan cermin apabila melihat wajahnya yang seakan baru lepas kena bekam. Hodoh nak mati. Kalau masuk pertandingan ratu hodoh confirm dia juara.

" Argh!"

Lisya terduduk di atas permaidani. Rambut panjangnya dicengkam kasar.Hari ini hidupnya betul-betul seakan dalam penjara. Paling kejam, awal-awal Kasyaf dah pesan pada security guard rumah ini bahawa supaya melarangnya keluar dari rumah. Stress! Hidup asyik kena conquer! Lagi bagus duduk dekat Perlis dari duduk dekat KL ni.

" Kau fikir kau siapa nak sentuh aku." Terbayang layangan tamparan maha hebat singgah di pipinya.

" Kau fikir kau siapa nak buat kakak aku macam tu." Terbayang pula figura Risya yang ditolak supaya naik ke tingkat atas.

" Kau fikir kau siapa hah gila!" Kaki dihentak-hentak geram di atas permaidani. Moodnya yang hilang membuatkan dirinya memprotes. Dia bencikan lelaki itu. Selama dia membesar tak pernah seorang pun yang berani menyentuh pipinya walaupun abahnya sendiri. Tak pernah. Dia hanya orang asing.

"Kau fikir kau dah jadi abang ipar aku kau boleh buat macam-macam? Kau fikir kau 25 tahun kau berhak control hidup aku?"

Lisya tertawa sinis."Jangan mimpi." Pantas handphone yang terletak elok di atas katil dicapai. Laju jari-jemari menekan dada skrin dan menghantar sesuatu pesanan ringkas kepada seseorang. Lisya tersenyum sinis.

" Jangan ingat budak 18 tahun tak boleh berfikiran matang. Sekali petik." Lisya memetik jarinya.

" Kau dah jatuh depan aku. Biar aku buat kakak aku bencikan kau. "

***

" Happy birthday to you.."

Air teh o ais yang lalu direngkungannya seakan tersangkut di kerongkong. Zara tersedak kecil lalu pantas dadanya diusap. Kepala terus berpaling ke arah belakang apabila suara gamat itu menghiasi gegendang telinganya. Dan disaat itu tepukan gemuruh menghiasi ruang makan sebaik sesudah lagu itu dinyanyikan. Figura Khai Edyan yang duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh seorang pekerja di restoran mewah itu dipandang dengan mata terbuntang.

" Happy birthday Zara Medina Sofia yang ke 24 tahun. May Allah bless you. May Allah bless our relationship. And I hope you will stay by my side no matter what happen for the rest of my life."

Tangan naik menekup mulut apabila kek secret recipe yang dihiasi dengan coklat kegemarannnya dihidang didepan mata. Wajah Khai Edyan dipandang dengan linangan air mata. Terharu.

"Jangan menangislah. Orang tengok."

Pantas Zara menyeka air matanya lalu bibir tersenyum kecil. Sengaja dia tergelak bagi menghilangkan sendunya. Haih buat malu je Zara.

" Alaaa sweetnya.."

" Ohsem gila husband dia."

"Untunglah dapat suami sweet."

"Isteri dah lah lawa. Dapat suami pun kacak. Haih..Tak adil betul dunia ni."

Zara hanya menadah telinga mendengar respon daripada orang di dalam restoran mewah ini. Kalau boleh sekarang juga dia rasa nak layangkan kaki tepat pada wajah anak Tengku ni. Malu yang amat!

" Oww so sweet both of you." Zara mengangkat pandangan memandang figura seorang gadis yang merupakan salah seorang pekerja di restoran mewah ini dan yang menolak kerusi roda Khai sehingga lelaki itu berada dihadapannya. Bibir tersenyum sumbing. Gadis itu menepuk tangan tanda menumpang kebahagiaan kami berdua. K E L A K A R S A N G A T.

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now