28

6.2K 302 5
                                    

Lamanya nak tunggu depa sengsara.
Haih😪

***

Katil pesakit itu dinaikkan sedikit untuk membolehkan Khai bersandar. Zara kembali melabuhkan punggung di sisi lelaki itu tanpa menghiraukan tenungan lelaki itu. Air kosong dituangkan separuh ke dalam gelas lalu dia bangkit dan menyuakan hujung gelas itu ke bibir Khai. Lelaki itu ralit merenungnya membuatkan Zara mula berasa tak selesa.

" Slow-slow." Khai meneguk sedikit demi sedikit air kosong tanpa mengalihkan pandangan dari memandang Zara. Bibirnya mengukir senyuman halus.

" Lagi?" Khai menggeleng. Zara meletakkan gelas tersebut di atas meja lalu semangkuk bubur dicapainya. Birai katil pesakit itu didudukinya iaitu bersebelahan Khai. Wajah Khai yang sedikit pucat itu dipandang.

" Makan sikit eh. Aku suap." Sudu yang diisi dengan bubur disuakan ke bibir pucat itu namun Khai masih tidak membuka mulut. Tangannya perlahan-lahan ditolak Khai daripada menyuapnya. Lelaki itu menggeleng lemah.

" Asal pandang aku macam tu?" Zara menghela nafas. Khai ni buat dia risaulah. Dah lah seharian tak bangun-bangun. Tapi bila sedar macam tu pula reaksinya.

Entah-entah lupa ingatan?

Mata Zara terbuntang. Khai dipandang dengan pandangan terkejut. Baru sahaja mulutnya mahu berbicara lelaki itu pantas memotong.

" Asal hidung dengan mata kau merah? Kau menangis eh?" Usik Khai seraya menjongketkan kening. Zara yang melarikan pandangan membuatkannya makin galak mahu mengusik.

" Pahal pulak aku nak menangis?" Ego. Hidungnya yang tidak gatal digaru.

" Dah tahu tak pandai menipu tu tak payahlah nak temberang aku. Kau menangis sebab aku kan? Kau takut aku mati kan?"

Zara mendengus."Tak payahlah cakap pasal mati!" Khai yang menjongketkan kening dipandang tajam sebelum lelaki itu mengenyitkan sebelah matanya. Wajahnya serta merta bertukar merah membuatkannya menunduk merenung mangkuk bubur di tangannya.

Zara mengeluh."Okay-okay. Memang aku menangis sebab kau. Nak tercabut jantung aku bila dapat tahu kau excident kau tahu tak?!!"

" Tak tahu."

Zara mendecit. Sakit-sakit pun masih nak sakitkan hati dia. Kenapa tak sambung je ' tidur lena' tu.

Eh tak boleh. Nanti ada yang meraup berhari-hari nanti.

" Tapi yang aku tahu. Ada orang mengaku dia sayang aku."

Zara memandang tepat pada Khai. Lelaki itu melempar pandangan ke luar tingkap. Tergagap-gagap dia mahu berkata. Jadi dia dengarlah apa yang dia cakap semalam?

" Si-siapa?"

Khai menjongketkan bahu. Zara dipandang."Entah. Aku dengar suara je tapi samar-samar. Tak tahulah siapa." Khai tersenyum dalam hati menafikan bicaranya. Dia amat pasti itu suara Zara. Berbunga hati dia apabila gadis itu mengaku tanpa disangkanya.

Zara menghela nafas dalam diam. Syukur dia tak tahu yang suara itu milik dia. Mahu kena bahan seumur hidup. Bertahun-tahun mereka berkawan tak pernah sekali pun dia ucapkan perkataan itu. Entah bagaimana terlepas. Mungkin faktor emosi.

' Tak apa. Sayang sebagai kawan je.' Zara tersenyum dalam hati. Buatnya Si Khai tahu dia yang cakap ayat tu. Dia bagi ayat ni.

Bijak kau Zara!

" Khayra mana? " Soal Khai. Dari tadi dia tak nampak buah hatinya.

" Khayra aku hantar pergi rumah kau. Mintak tolong mama kau jaga."

Book 1:The Faith's [C]✓Onde histórias criam vida. Descubra agora