"Abang pening ke?" Kasyaf mengangguk. Langkahnya dipimpin Risya menuju ke katil dan badan direbahkan. Risya melabuhkan punggung dibirai katil. Tangan melekap didahi lelaki itu.

"Badan abang panas balik ni."

Kain basahan yang berada di dalam mangkuk kaca besar diambil dan diperah lalu diletakkan didahi Kasyaf. Risya memegang perutnya yang tiba-tiba terasa lapar.

"Abang nak makan apa-apa tak?"

Kasyaf menggeleng dengan mata terpejam dan dahi berkerut. Sakit kepala betul-betul menyengat. Sampai nak bukak mata pun payah!

"Err abang.."Risya gigit bibir. Jam di dinding yang sudah menginjak pukul 9 malam dipandang sekilas.

"Hmm?"

"Err..Risya tak masak hari ni..Tapi Risya lapar. Boleh tak Risya keluar pergi beli makanan?"

Spontan mata Kasyaf tercelik memandang serius isterinya yang memuncung lapar."Jom abang hantar."

Kasyaf yang mahu bangkit tubuhnya ditolak supaya kembali berbaring. Risya tersenyum."Tak apa. Abang rehat je dekat rumah. Abang kan tak sihat? Lagipun abang pening kepala. Macam mana nak drive?"

"Habis sayang-"

"Tak apa. Risya pergi dengan wak. Abang jangan risau okay."

Kasyaf mengangguk lemah lalu kembali memejamkan kelopak matanya yang terasa berat."Hati-hati sayang..Jaga diri. Jangan beli yang bukan-bukan. Balik awal."

Risya tersenyum. "Baik abang." Bibirnya dilabuhkan di dahi lelaki itu lalu langkah diatur ke walk in closet untuk bersiap.

***

"Wak..Tak apa ke saya susahkan Wak malam-malam macam ni? Saya dah ganggu masa rehat Wak.."

Wak tersenyum sambil bersandar. "Tak apalah Risya. Lagipun hari ni Wak tak banyak memandu sangat. Tuan Hairil kan oustation..Puan pula duduk je dekat rumah tak keluar."

Risya tersenyum. Lelaki yang dalam lingkungan sebaya abah itu dipandang. Wak memang baik. Pekerja yang cekap. Disiplin. Malah sentiasa berkhidmat dengan setia sepanjang 15 tahun itu.

"Mak Piah sihat?"

Wak tertawa kecil."Tak payah tanyalah. Dia dah terlebih sihat. Lagi-lagi bila dah duduk bersama dengan Puan. "

Risya mengangguk mengerti. Baik sungguh keluarga belah suaminya. Sanggup mengajak Wak dan Mak Piah tinggal sebumbung. Wak bekerja sebagai pemandu peribadi,Mak Piah pula sebagai pembantu rumah. Katanya senang nanti tak payah ulang-alik dari rumah ke rumah agam itu. Lagi-lagi Wak dan Mak Piah hanya tinggal berdua. Tiada anak. Jadi bolehlah tinggal bersama. Tuan Hairil pun belum tentu habis kerja lepas waktu bekerja. Selalu sampai lepas maghrib. Kadang-kadang lepas isyak. Kadang-kadang sampai tengah malam!

"Puan kata Risya dah nak bersalin kan?"

Risya mengangguk. Perutnya diusap perlahan."Dah sembilan bulan Wak. Tinggal tunggu masa je."

"Risya nak berpantang kat mana? Kat KL ke kat Perlis?"

Risya tersenyum."Insyaallah kalau tak ada apa-apa Risya ingat nak berpantang dekat Perlis. Tapi tengoklah dulu. Tak bincang lagi dengan abang."

Wak mengangguk seraya bibir melempar senyuman. Bebola mata meliar ke sekeliling food truck yang menjual pelbagai jenis makanan.

Book 1:The Faith's [C]✓Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα