Tengku Farhan tersentak. Selimut yang menutupi tubuhnya diselak lalu IV Drip dicabut kasar. Fauzan yang memerhati tersentak dengan tindakan lelaki itu. Bahu lelaki itu dipegang.

"Eh kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak tengok isteri akulah."

"Ni yang aku malas nak cerita ni. No. Kau duduk sini diam-diam."

"Tapi dia isteri aku." Marah Tengku Farhan. Tak padan dengan sakit! Muka dah pucat semacam. Tubuh pun masih lemah sibuk nak ikut kepala sendiri. Laki bini sama je! Keras kepala!

"But she's my sister. Kau melawan nanti aku ceraikan kau dengan adik aku." Ugut Fauzan seraya mengangkat kening.

Tengku Farhan mendengus kasar."Aku nak jumpa dia juga."

Fauzan mencerlung sambil menolak tubuh Tengku Farhan supaya kembali berbaring."Jangan nak mengada-ngada. Kau tu baru lepas operation. Kau kena rehat secukupnya. Nanti bukan adik aku yang masuk kubur. Kau yang masuk kubur nanti."

Tengku Farhan menahan rasa dalam hati. Boleh tahan pedas juga kata-kata abang ipar dia ni."Tak kisahlah janji aku dapat tengok dia." Bangkang Tengku Farhan lalu dia cuba juga untuk turun dari katil.

Fauzan menarik nafas panjang. Akhirnya dia mengalah. Tubuh lelaki itu dipimpin lalu sama-sama keluar.

Wad yang bernombor 17 itu dimasuki mereka berdua. Tengku Farhan terkedu melihat sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil pesakit. Kaki diatur menghampiri. IV Drip disebelah dikerling.

"Nah kau duduk sini diam-diam. Kalau doktor marah aku tak tahu. Aku blah dulu." Fauzan membantu Tengku Farhan duduk dikerusi yang disediakan lalu laju sahaja dia menapak keluar dari wad itu.

Tengku Farhan kemam bibir rapat. Nafas ditarik dan dihembus. Tangan Saffia yang bersambung dengan IV Drip dipandang sekilas. Tangan yang berada didepannya pula digenggam erat. Panas! Pantas tangan naik melekap didahi gadis itu. Panas! Demam gamaknya.

"Saffia..." Serunya perlahan. Perlahan dia bangkit lalu dahi gadis itu dikucup lembut.

Saffia terjaga buat seketika. Terkelip matanya menerima pancaran cahaya yang agak menyakitkan mata sebelum cahaya tersebut dilindungi oleh sesuatu. Kepalanya kembali berpinar-pinar. Sakit! Terasa seakan dunia berputar. Berkerut dahinya menahan sakit sehingga terpejam kembali kelopak matanya. Tangannya yang sedang digenggam dieratkan lagi.

Saffia tersentak. Tangan yang mengurut didahi serta merta terhenti. Tangan siapa dia pegang?

Kelopak mata kembali dicelikkan kembali sebelum terpaku pada seseorang. Seseorang yang dia rindu. Terlalu rindu.

"Saffia.."

Air mata tiba-tiba mengalir keluar dari pipi. Pantas tubuh lelaki itu ditarik dan dipeluk erat."Awak.." Saffia menangis didakapan lelaki itu. Tersedu-sedan dia menghamburkan tangisannya. Melepaskan perasaan rindu dan perasaan kesal dalam hati.

Tengku Farhan berbaring disebelah gadis itu lalu dibawa ke pelukannya. Nafas hangat Saffia menampar kulit dadanya. Tengku Farhan tersenyum nipis lalu ubun-ubun Saffia dikucup.

"Awak..Saya minta maaf..Saya berdosa dengan awak. Saya derhaka dengan awak. Saya biadap dengan awak. Saya hampir bunuh awak. Saya-"

Tengku Farhan meletakkan jari telunjuk dibibir mungil itu. Apabila gadis itu mula senyap,dagu ditolak lembut ke atas supaya pandangannya menentang pandangan itu.

"Saya ada kat sini." Jari mengelus lembut pipi itu lalu diseka air matanya."Sentiasa dengan awak."

Cemberut wajah Saffia dengan air mata semakin lebat mengalir."Jangan tinggalkan saya Nufail..Saya sayang awak.."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now