Bab 32

321 7 3
                                    

" Mama,  malam ni.  Mirul ajak duduk satu family ni sebab nak beritahu yang hujung minggu ni kami akan berpindah ke rumah baru kami " ujar Amirul kepada mama dan papanya. 

" Dah kenapa pula nak pindah ? Tak payah.  Duduk je rumah mama ni.  Banyak je bilik. " kata Datin Maria seperti menolak cadangan pasangan itu. 

" Awak ni Mar , biarlah diorang nak duduk berdua. Takkan la nak duduk dengan kita je.  Dulu kakak pun awak buat macam ni.  Diorang pun ada life juga sebagai suami isteri " kata Dato Khairuddin seperti mempertahankan Hasya dan Amirul. 

Hasya hanya diam sahaja kerana dia hanya turut sahaja apa yang dikatakan oleh Amirul.

" Ma, Mirul pindah dekat-dekat dengan rumah mama je.  Tak jauh pun.  Nanti kami boleh datang " pujuk Amirul.

" Ye lah.  Janji ya nanti datang rumah mama tiap-tiap minggu " kata Datin Maria .

" In shaa Allah mama " kata Amirul lalu memeluk Datin Maria. Hasya juga turut memeluk .

" Mama,  Mirul naik dulu.  Nak tidur. Esok kena pergi kerja awal sebab ada meeting " Amirul melepaskan pelukan dan menyalam ibunya.

" In shaa Allah mama.  Nanti kalau kami dah pindah , kami akan datang rumah mama okay " kata Hasya. Datin Maria menggangguk. 

" Hasya naik atas dulu ye "

Datin Maria menggangguk.  Hasya masuk ke dalam bilik.  Dia melihat suaminya itu telah berada di atas katil.  Penat sangat agaknya .

" Awak,  saya rasa kesian dekat mama.  Saya rasa bersalah la pula " ujar Hasya yang masih belum tidur. Dia menghadap ke arah Amirul yang berpaling ke arah lain. 

Amirul memandang isterinya. Hasya agak terkejut dengan perbuatan Amirul.  Haish,  dia ni kalau tak buat orang terkejut tak sah. 

" Kan kita dah cakap yang hari minggu nanti kita akan pergi rumah mama.  Jangan risau.  Mama saya okay je sebenarnya.  Cuma dia rasa sedih yang saya akan tinggal di rumah lain. " terang Amirul dengan lemah-lembut sambil memegang wajah isterinya. 

" Kalau macam tu kita pergi rumah ibu sekali eh ? Saya rindu sangat-sangat la dekat ibu dengan ayah " ujar Hasya pula. 

" Kita pergi tiap-tiap hujung minggu.  Kita pergi rumah ibu dengan mama " jawab Amirul.  Hasya hanya menggangguk sambil tersenyum. 

" Good night awak. Assalamualaikum " ucap Hasya dan mengalihkan badannya ke sebelah kiri.  Dia sebenarnya malu hendak menghadap suaminya ketika tidur. Kalau dia tidur memang dia rasa muka dia sangat buruk. 

" Waalaikumussalam " jawab Amirul perlahan. 

Akhirnya mereka berdua berada di awangan dan telah tidur. 

________________

        Alin membelek-belek jam yang dibelinya untuk diberi kepada Amirul. Alin tersenyum sendirian. 

" Saya pergi pejabat awak , awak takde tadi . Haish.  Harap-harap esok awak ada. " kata Alin lalu mencium jam tersebut. 

Alin meletakkan jam tersebut lalu turun ke bawah.  Dia berasa sangat bosan sebab mama dengan papa dia ada dekat luar negara. 

" Telefon Bella la.  Suruh dia teman aku malam ni " ujar Alin sendirian. 

" Bella , teman I malam ni " Alin bercakap dengan Bella melalui telefon. 

" Okay,  nanti dah sampai beritahu I okay " ujar Alin lagi.

Alin pergi ke arah ruang tamu untuk menghilangkan rasa bosannya.

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now