Bab 9

433 10 0
                                    

      Hasya menghempas pintu dengan kuat . Ish , dia ni memang dari dulu tak pernah berubah . Asyik kacau orang.  Kau tak faham lagi ke Amirul ? Aku tengah merajuk dengan kau bengong -,- 

" Ya Allah , lupakan Amirul.  Forget him ! " Hasya cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh.  Dah jangan datang lagi.  Puan Nora aka ibu Hasya mengetuk pintu biliknya.  " Hasya ! Kenapa kamu buat macam tu dekat Amirul ? Dia kan tetamu kita . " marah Puan Nora dari luar. 

Mungkin Amirul dah balik.  Ha , jerit dari dalam je lahh.  " Hasya merajuk dengan dia ! " jawab Hasya dari dalam bilik.  Puan Nora pelik . Mengapa dia begitu merajuk ? Apa yang telah dilakukan oleh Amirul ? " Suka hati kamu lah Hasya . Yang penting sekarang ni turun makan . Merajuk-merajuk juga jangan sampai tak makan ye " Puan Nora menasihati Hasya. 

" Ya ibu "

_________________

     Lampu merah pada trafik light menyebabkan kereta akan berhenti serta-merta.  Sementara menunggu lampu itu bertukar ke hijau , Amirul menarik hand-brek dahulu . Dia memikirkan mengapa Hasya berubah ke 90° . Mungkin dia merajuk ? Tak pernah-pernah dia nak merajuk.  Asyik mengelamun , bunyi hon membuatkan Amirul sedikit tersentak kerana lampu sudah berwarna hijau tetapi dia masih tidak jalan.  Nampaknya orang belakang marah. 

Setelah sampai , Amirul ke peti sejuk yang berada di dapur.  Dia mengambil botol air sejuk dan meminum air dengan rakus sekali.  Benar-benar dia rasa dahaga sekarang.  Seterusnya , dia menaiki untuk ke biliknya yang berada di atas.  Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Dah la baru balik joging pastu tidur atas katil.  Bagus ! Dia harus cari jalan untuk memujuk Hasya.  Tengah fikir punya fikir , akhirnya tertidur atas katil.  Lagipun hari cuti pula. 

__________________

       Dhira mencari nombor telefon yang telah disimpan di contacts iaitu Fatin.  Dia menekan nama tersebut dan menelefon Fatin . Agak susah juga nak telefon Fatin ni.  Kerja polis biasa la katakan. Dari dulu lagi nak sangat kerja polis.  Masa dekat korea dulu , siap pergi sertai beberapa bulan dekat Korean Army Academy.  Sanggup dia.  Akhirnya , jadi juga inspektor kita ni.  Bukan main sibuk .

Cakap telefon ...

" Yoboseyo ?  (Hello)  Weh rindunya dekat kau Fatinnnn !! " jerit Dhira dari telefon. 

" Wehh , asal telefon.  Busy2 " balas Fatin acuh tidak acuh. 

" Kau ni sikit-sikit busy.  Tak pernah langsung nak jumpa aku.  Okay lah bye.  Sorry ganggu ! " kata Dhira seakan-akan merajuk. 

" Ala , lek la.  Kau sendiri faham kan kerja polis macam mana ? " Fatin cuba untuk memahamkan Dhira yang merajuk.  Merajuk konon . Nanti cari juga.  

" Ya , aku faham . Aku nak story dekat kau tapi kau dah busy..  " Dhira ingin menceritakan sesuatu pada Fatin. 

" Wehhh  , sorry-sorry aku tengah urgent sekarang ni.  Nanti aku call balik.  Kbye ! " Fatin mematikan telefon kerana dia mempunyai kerja yang tidak dapat dielakkan. 

" Susah betul aku dapat kawan macam ni . Haishh  " keluh Dhira .

Satu mesej dari messenger menandakan ada orang menghantar chat padanya.  Rupa-rupanya , senior dia.  Siapa lagi kalau bukan Amirul . Apa yang dia nak ? Tak pernah-pernah dia hantar chat .

Amirul : Assalamualaikum , Dhira .  Aku nak jumpa kau boleh tak ?

Dhira : Waalaikumussalam , nak buat apa jumpa ?

Amirul : Kau datang coffee beans pukul 3 petang . Nanti aku cerita dekat sana.  On time !

Dhira : Ishh ye lah . 😒

Dhira menghempaskan dirinya di atas katil.  Ada la tu dia punya masalah.  Masalah apa entah sampai nak jumpa bagai.  Dia menyiapkan diri dengan memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna biru dan dipadankan dengan seluar palazzo berwarna hitam  . Tudung bawal dipakaikan seperti biasa dan siap ! Dia menyemburkan sedikit minyak wangi ke badannya . Dia mencapai kunci kereta dan meluncur ke kafe Coffee Beans yang dikatakan oleh Amirul sebentar tadi di dalam chat. 

_____________________

      Izzat tidak fokus semasa bermesyuarat di dalam bilik meeting.  Dia hanya arkitek . Dan kenapa dia turut terlibat meeting semua nih ? Dia hanya mencuri melihat telefonnya . Dia tersenyum.  Hasya membalas mesej whatsapp yang dihantarnya pagi tadi . Izzat membaca sambil tersenyum . Dia meletakkan telefonnya di atas meja dan menongkat dagu sambil berfikir.  Apa Hasya buat sekarang ?

" Okay , setakat itu sahaja projek kita bincang.  Izzat , awak boleh lukis kan pelan projek dekat Johor Bahru ni ? " tanya Encik Amir merangkap ketua arkitek di pejabatnya. Perkataan ini lah dari tadi dia nak dengar.  Izzat hanya menggangguk setuju.  Bagi ja apa dia pasti akan turuti.  Kerja dah selesai dekat Johor  dan sekarang boleh balik . Yes , itu yang dia nak sekarang ni. 

Cepat-cepat Izzat balik ke hotel.  Dia tidak sabar hendak menemui buah hatinya , Hasya Farhanna. 

_________________

     Amirul memarkir kereta dihadapan kafe tersebut dan memasuki kafe dengan mencari tempat duduk diluar. Angin diluar lebih segar berbanding angin di dalam.  Amirul menilik jamnya . Pukul 2.56 . Dia tak sampai lagi.  Sementara menunggu Dhira datang , Amirul memesan latte untuk diminum.  Dia juga membelek-belek instagram pada telefonnya .  Tiba-tiba , seseorang menyergah Amirul dari belakang . Oh rupa-rupanya , Dhira.  Sebenarnya , tak terkejut pun.  Hanya membuat reaksi seperti biasa.

" Kau tak terkejut langsung ? Oh lupa kau kan annoying . Takda perasaan " sindir Dhira sambil menarik kerusi di hadapan Amirul .

" Benda lama tak payah nak ungkit . Haishh " Amirul menjeling dekat Dhira. 

Semasa di Korea , mereka juga berkawan rapat walaupun Dhira menyimpan perasaan pada Amirul. Amirul tahu akan perasaan Dhira tetapi dia menolak kerana cintanya pada seseorang. 

" Apahal nak jumpa  ? " soal Dhira sambil menongkat dagu di atas meja. Cepat lah cakap Amirul oi ! Cakap je lah kau nak pujuk Hasya .

" Em , kau kenal Hasya kan ? "

" Kenal , asal ? " tanya Dhira .

" Dia merajuk dengan aku . Perempuan kalau merajuk nak kena buat apa ? " tanya Amirul sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.  Maklumlah , jarang Si Hasya ni nak merajuk. 

" Dia nak merajuk kenapa pula ? Kau ada salah tak ? " Dhira menuding jari telunjuk pada diri Amirul. 

" Aku pun taktahu salah aku dekat mana.  Kau la semalam jumpa aku , macam nampak hantu.  Aku rasa dia jeles kau tengok aku macam tu.  " Amirul berfikir logik. 

" Maybe lah.  Aku pun tercakap yang aku tersuka kau masa University dulu . Mianhae ( Maaf ) "  Dhira memohon maaf terhadap Amirul.  Benda dah terlepas nak buat macam mana.  Sekarang fikir macam mana nak pujuk dia. 

" Hishh , kau ni .. okay aku rasa macam nak confess dekat dia lah "

Serta-merta riak Dhira berubah.  Dhira , lupakan dia.  Hati dia pada orang lain.  Aku taknak cinta bertepuk sebelah tangan.  Biarlah aku bantu diorang untuk bersatu .

" How , Dhira ? " soal Amirul sambil menjongket kening sebelah kanan. 

" Ikut kau lah Amirul . Aku taknak masuk campur bab-bab ni . Aku boleh tolong je untuk dapatkan Hasya . " jawab Dhira dengan tersenyum.

" Okay , thanks.  Apa-apa aku refer kau ? "

" Kau ni , fikir sendiri dulu.  Search la internet. Banyak sangat dekat internet.  Cuma kau tu pemalas nak cari.  Aku tolong-tolong sikit je " berleter Dhira pada Amirul.  Nak pujuk pun nak tanya.  Tak gentle la kalau macam tu.  Search je la Encik Google.  Banyak ada info pasal perempuan . Haishh .

....bersambung.....

   

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now