Bab 15

387 10 0
                                    

Hasya hanya melihat sebentuk cincin yang dipegangnya. Dia menongkat dagu sambil berfikir sama ada hendak menerima atau menolak . Tapi perasaan dia pada Amirul semakin lama semakin datang. Aduh , pening. Mungkin boleh bagitahu ibu ? Ibu kan segalanya.

Hasya turun ke bawah dan duduk di sisi ibunya yang sedang menonton televisyen . " Ibu , tengok cerita apa ? " tanya Hasya sambil memeluk lengan ibunya . " Cerita Duda Terlajak Laris . Menyampah ibu tengok cerita ni sebenarnya. Tapi dah takda cerita . Tengok je lahh " jawab Puan Nora . Hasya yang dengar ibunya berkata seperti itu tergelak kecil. Tak suka tapi tengok juga. Ibu..ibu..

" Ibu , Hasya nak tanya . Kalau seorang lelaki tu melamar kita tapi kita teragak-agak nak terima. Macam mana eh ? " tanya Hasya yang ingin meminta cadangan daripada ibu kesayangannya.

" Ikut kata hati . Kalau kita ada hati sikit drkat dia . Kita terima lah . kalau kita takda hati . Kita terima juga . Sebab lelaki tu bersungguh-sungguh nakkan kita . Nanti kita mesti boleh terima dia pelan-pelan selepas nikah . Bercinta lepas nikah kan indah. Kenapa anak ibu tanya ni ? Ada orang lamar Hasya ke ? " jawab panjang lebar Puan Nora.

" Oh , sebenarnya kan ibu. Tadi kan ? Amirul dia ada lamar Hasya dekat pejabat tadi . Semua staf tengok. Hasya minta dia 3 hari untuk Hasya berfikir. " Hasya berterus terang dekat ibunya . Puan Nora tersenyum.

" Okay la tu. Sebenarnya ibu berkenan dengan Amirul tu. Dah la baik. Hensem. Hormat orang tua . Memang okay la. Ibu suka . Tapi ikut hati Hasya ye sama ada nak terima atau tak . Kalau boleh suruh keluarga dia datang rumah. Adat melayu mesti diteruskan. "

" Ye lah ibu. Tu ja Hasya nak tanya " Hasya tersenyum. Nasihat ibu membuatkan dia berfikir dengan lebih jauh. Memang betul apa kata ibu.

_______________

Amirul baring di atas katil queen yang beralaskan cadar berwarna biru . Dia melihat siling dan berfikir bagaimana kalau Hasya tidak terima . Haishh . Fikir positif Amirul. Daripada fikir , baik turun bawah tengok running man ke we got married ke . ( Amirul layan ke ? Masya-Allah tak ku sangka tak ku duga 😂 ) Amirul turun ke bawah dan menonton televisyen.

Dia menukar channel ke 393 iaitu channel One HD. Rancangan running man yang ditayangkan pada waktu ini. " Guest dia sapa ? Ala , kumpulan BTOB . Hasya suka la ni. Siapa tah nama. Yang paling muda tu. Kononnya sweet dalam we got married tu. Aku lagi sweet lah " Amirul perasan dirinya. Tak sangka dia layan Running Man. Hahahaha

Datin Maria turun ke bawah apabila melihat anaknya itu gelak dari tadi. Apa benda budak bertuah ni buat ? Datin Maria duduk di sebelah Amirul yang sedang leka menyaksikan rancangan Running man . Kata tak suka guest ni sebab ada kumpulan BTOB. Tapi akhirnya layan juga.

" Haih Mirul , kamu dari tadi dok gelak je mama tengok . Kamu tengok cerita apa sampai gelak ? " tegur Datin Maria.

" Ni tengok running man. Hehehehe. " jawab Amirul sambil membuat peace di hadapan Datin Maria.

" Kamu paham ke ? Mama tengok dari tadi dok annyeong la , yo yo la apa la. Pelik mama tengok kamu ni. " kata Datin Maria yang cuba untuk bercakap Korea.

" Hehehehe. Mama ? "

" Mirul , dah melamar Hasya tadi " kata Amirul selamber .

" Hah ?! Kamu dah lamar dia ? How ? Dia terima ? " banyak soalan yang diberi oleh Datin Maria . Amirul hanya mendengus . Taktahu nak jawab yang mana dulu. " Mirul bagi dia masa untuk fikir. " jawab Amirul dengan tenang.

" Kalau macam tu takpe la. Kalau dia terima bagitahu mama okay ? "

" Amboi mama , excited sangat nak dapat menantu ye "

" Of course. Mama rasa tangan ni nak je timang cucu . " Datin Maria mula merepek. Amirul membuat muka sekupang. Kenapa la mama fikir sampai ke situ dah ? Kahwin pun belum lagi.

" Mama --_-- (reaksi muka Mirul macam ni ) "

" Eleh , dalam hati sebenarnya tak sabar . Kan ?? " Datin Maria menyakat Amirul. Hahahaha . Saja. Amirul tidak berkata apa-apa. Lagi dilayan lagi tu mama menyakat. Kenapalah mama tanya soalan macam tu ? Amirul terus bangun dan naik ke atas. Ngantuknya sudah datang . Sekarang masa untuk tidur.

" Aikk , baru sakat sikit dah nak merajuk dah ? " tanya Datin Maria sambil melihat anaknya itu.

" Mama , Mirul dah ngantuk . Nak tidur . Huwaa " jawab Amirul sambil mengangkat tangan ke atas seperti menggeliat . Amirul menyalam tangan ibunya dan naik ke atas untuk tidur .

___________________

Pagi itu , Hasya menyiapkan diri sebelum ke kerja. Dia memakai skirt labuh dan digayakan dengan kimono trend terkini. Tudung berwarna hitam menjadi pilihannya. Orang cakap hitam semua masuk. Hasya memandu kereta ke pejabatnya .

Apabila telah sampai , dia memarkir keretanya di parking kereta yang betul. Dia keluar dan menekan butang kecil pada alat kawalan jauh kereta. Dia masuk seperti biasa dan duduk di biliknya. Belum sempat memulakan kerja , seseorang mengetuk pintu . Hasya yang sedang mengambil kertas di bawah meja terus mengangkat kepalanya. Kepala Hasya terhantuk pada meja kerana dia tunduk untuk mengambil kertas yang jatuh tersebut. " Aduhh ! " jerit kecil Hasya sambil menggosok-gosok kepalanya kerana sakit. " Masuk je " jerit Hasya dari dalam .

Pintu dikuak perlahan-lahan. Rupanya , Arina kawan sekerjanya . Dia masuk dan menunduk untuk mencari Hasya. " Hasya , kau buat apa dalam tu ? " tanya Arina yang melihat kawan baiknya itu menunduk. Dah la tadi terhantuk. Memang sakit lah . " Kertas jatuh tadi so aku ambik lah " jawab Hasya sambil membetulkan posisinya semula. Arina hanya menggangguk.

Arina memberikan sampul surat kepada Hasya . Hasya membelek sampul surat tersebut. Arina dah nak kahwin ke ? Sampul surat ni macam kad jemputan je. Hasya membuka sampul surat dan riak mukanya berubah menjadi excited. " Kau nak kahwin dah ke Arina ? Wahh , untunglah dapat kahwin dengan orang tu nama apa tah Firdaus . Tahniah Rina ! Aku tumpang gembira . " ujar Hasya sambil menghulurkan tangan untuk menyalami Arina . Arina hanya tersenyum dan membalas salaman Hasya. " Kau bawa la sapa-sapa ye . Mana nak tahu kau seterusnya . Aku dengar ada orang lamar kau semalam dekat office betul ke ? " soal Arina rasa ingin tahu.

" Erm. Ya " Hasya hanya menjawab sepatah. Apabila membuka topik ni dia rasa macam malas pun ada nak jawab. Tapi orang dah tanya jawab la juga. Nanti kata apa pula.

" Okay la tuu. Ada orang nak juga "ketawa Arina dekat Hasya.

" Erghh , dah la pergi buat kerja " Hasya menghalau Arina keluar dari biliknya. Banyak lagi kerja yang nak buat. Arina keluar dari bilik Hasya. Hasya memusing-musingkan kerusinya ke kiri dan ke kanan . Nak pergi dengan siapa ? Takkan dengan Amirul kot ? Hasya berfikir . Ala , ajak je la. Hasya menghantar gambar kad jemputan perkahwinan Arina melalui whatsapp. Pantas je dia balas . Takda kerja ke apa ?

From : Mirul Bajet :p

Sapa pula yang kahwin ni ? Nak ajak aku eh ? Oh boleh je. Aku temankan. Don't worry.

Hek eleh mamat ni . Baru hantar gambar belum ajak lagi. Masalah betul dia ni.

To : Mirul Bajet :p

Aku belum ajak kau dah green light ye . Kau buat apa nih? Takda kerja ke ?

Mesej dihantar . Beberapa minit , Amirul membalasnya .

From : Mirul Bajet :p

Takda. Aku tengah fikir kau 😛

Sah ! Memang takda kerja. Apa-apa lah Mirul oi. Aku malas nak layan kau. Lagi dilayan lagi gila aku dibuatnya . Tapi tak pernah la sampai tahap tu. Hasya hanya seen sahaja mesej yang dihantar oleh Amirul.

....bersambung....

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now