Bab 2

755 22 0
                                    

Hasya termenung jauh apabila dia teringat akan kawannya itu. Mana dia pergi ? Dah lama tak jumpa . Dia begitu rindu dengan Amirul . Kemana dia menghilang selepas mereka berjumpa di Kafe. Arina masuk ke dalam pejabat Hasya yang agak besar. Dia kan arkitek. Sebab itu besar sikit. Hasya tidak perasan akan kedatangan Arina . " Hasya !! Hasyaa !! " panggil Arina dekat Hasya. Orang panggil pun tak dengar. Pensel yang dipegang oleh Hasya diambil dan mengetuk kepala Hasya . Hasya terkejut dan terhenti lamunan . " Kau berangan apa pula kali ini ? " Arina mencekak pinggang sambil bercakap.

" Hm , takda apa lahh . Ada apa kau masuk ni ? " Hasya terus menukar topik .

" Hek eleh , tukar topik pula. Kau asal ni ? " Arina memegang dahi Hasya. Nak kata demam tak. Sebab badan dia tak panas pun.

" Takda apa lahh. " Hasya malas hendak beritahu isu lamanya pada Arina walaupun kawannya sendiri.

" Ke pasal Izzat ? Dia ada buat apa-apa ke dekat kau ? "

" Tak lahh. Dia okay lahh. "

" Apa-apa lahh. Nah , ni pelan terbaru untuk projek dekat titiwangsa tu. " Arina menyerahkan pelan itu pada Hasya.

" Oh okay . Aku kejap lagi lunch dengan Izzat tau "

" Aku sorang lagi ? Hm okay . Takpelah. " suara Arina seakan-akan merajuk.

" Kau join la kitaorang "

" Taknak aku " bantah Arina. Tak nak lah ganggu orang date. Nanti apa pula kata Izzat walaupun Hasya okay.

" Ikut kau lahh . Dah aku nak sambung kerja. Kau pergi masuk office balik. Nanti tak pasal-pasal kena marah pula "

" Ye lahh Cik Hasya Farhanna "

Hasya hanya menggelengkan kepala. Sikap kawannya itu degil juga rupanya. Hm sama seperti...Amirul ?

____________

Amirul menyandarkan dirinya pada kerusi yang begitu empuk dan selesa. Penat fikir pelan seterusnya. Dia merupakan CEO di Syarikat Syamirul Holdings. Sya ? Siapa tu ? Okay , nak jelaskan ni. Sya tu siapa lagi kalau bukan Hasya Farhanna kan ? Dia juga rindu pada kawannya yang cantik lagi comel itu . Kalaulah masa itu boleh berputar . Apakan daya kita tidak dapat mengubahnya.

Ketukan pintu membuatkan Amirul tersentak dan terhenti daripada lamunan. " Masuk ! " Amirul membenarkannya masuk. Oh rupa-rupanya PA dia , Qismina Najwa . Dia memberitahu jadual Amirul pada hari ini. " Hari ini Encik ada meeting dengan seorang arkitek di Syarikat Bumiputera Holdings pada pukul 2 . Lepas itu , malam ini Encik ada dinner dengan Dato dan Datin. Okay dah yang tu je " Qismina menutup buku jadual yang selalu ditulis olehnya " Kejap , siapa arkitek yang saya akan berjumpa nanti ? " soal Amirul yang kebingungan.

" Takda pula dia mention dekat sini pula. Mungkin perempuan kot. "

Amirul hanya menggangguk dan senyum pada Qismina . Siapa tak melting dengan senyuman Amirul ni ? Dah la hensem. Baik pula. Haishh . Untung lah siapa yang dapat dia.

______________

Telekom yang berada pada meja Hasya berbunyi (?) . PA Dato Sharif menyuruh Hasya masuk ke dalam bilik CEO Syarikat Bumiputera Holdings . " Hasya , Dato suruh awak masuk dalam bilik dia sekarang . " PA Dato Sharif bersuara. " Okay " Hasya dengan pantasnya mengemas meja dan pelan-pelan yang dilukisnya tadi. Kemudian , dia beredar ke bilik Dato Sharif.

Sebelum masuk ke dalam bilik tersebut , Hasya mengetuk pintu. Nanti marah pula kalau tak ketuk kan ? Hasya mendengar bahawa Dato Sharif membenarkan dia masuk. Hasya tersenyum . " Ada apa Dato panggil saya ? " soal Hasya. " Awak boleh duduk dulu " Dato Sharif menyuruh Hasya duduk di hadapan dia. " Memandangkan awak adalah arkitek yang paling bagus dekat sini. Pukul 2 petang nanti di kafe awak kena jumpa dengan CEO Syamirul Holdings. Boleh kan ? " Dato Sharif menyusun ayat dengan betul supaya Hasya dapat memahaminya. " Boleh je Dato. Tapi CEO tu lelaki ke perempuan ? " tanya Hasya lagi .

" Lelaki . Dia muda lagi . Dan still single lagi " ketawa Dato Sharif.

" Eh , dato ni. Mana saya nak lempar Izzat ? " Hasya pula menjawab.

" Oh ya awak dah ada Izzat . Tak pa lahh. Hahahahaha "

" Kalau dah takda apa-apa saya nak pergi dulu. " Hasya bangun dari tempat duduk.

" Okay. Pukul 12 nanti . Nanti awak lunch dengan Izzat kan ? Kirim salam saya pada dia. " Dato Sharif membenarkan Hasya untuk pergi. Kebetulan Dato Sharif pun kenal dengan Izzat. Izzat pun arkitek tapi di Syarikat lain.

Hasya pergi dari bilik Dato Sharif dan menuju ke biliknya semula.

...bersambung...

Huhuhuhu. Maaf kalau tak paham .

Sahabatku Suamiku Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum