Bab 4

600 12 0
                                    

     Hasya pulang ke rumah ibu bapanya  yang terletak di Seksyen 7 . Dia membuka pintu rumah lantas dia terus naik ke atas untuk merehatkan  diri.  Penat tak terkata.  Puan Nora yang berada di dapur terus menjenguk anaknya yang sedang menaiki tangga.  Selalunya dia akan cari ibunya dulu.  Hari ini lain macam sikit.  Dia gaduh dengan Izzat ke ?

    Puan Nora menaiki anak tangga dan mengetuk pintu bilik Hasya.  " Hasya , buka pintu ni . Ibu ni " Puan Nora memanggil anak daranya itu dengan lemah lembut sahaja.  " Ya ibu.  Kejap . Hasya buka  " jerit Hasya dari bilik. 

Pintu bilik telah terbuka dan Puan Nora terus masuk ke dalam tanpa teragak-agak. " Kamu ada masalah ke Hasya ? " Puan Nora menyoal . " Takda apa lahh ibu.  Cuma hari ini penat sikit " jawab Hasya yang sedang berbaring.

" Kalau macam tu takpe lah.  Ibu turun bawah nak masak untuk makan malam pula " Puan Nora keluar dari bilik Hasya. 

Hasya hanya mengangguk . Entah mengapa dia begitu penat hari ini.  Mungkin banyak kerja.  Dengan malasnya , Hasya mencapai tuala yang disangkut pada belakang pintu untuk membersihkan badan yang  dari tadi terasa melekit. 

_____________

     Amirul menguak pintu utama dan memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam rumah . " Assalamualaikum , mama " Tiada sahutan dari Datin Maria . Mungkin di dalam bilik sedang menunaikan solat Maghrib ? Amirul menaiki anak tangga dan menuju ke biliknya . Dia membuka tali leher yang diikat pada kolar baju kemejanya . Fuh , panas.  Dia menekan punat on pada remote  penghawa dingin . Terasa sangat  lega. 

Dia melemparkan tali leher ke dalam raga baju yang dipenuhi dengan baju kotor . Seterusnya , dia menuruni tangga untuk pergi ke dapur untuk minum air.  Terasa dahaga pula.  Sekarang kan musim panas.  Dia membuka peti sejuk dan mencapai botol yang berisi air kosong.  " Fuhh , sedapnya " kata Amirul seraya meminum air kosong. 

Dari belakang , Datin Maria mengejutkan anak terunanya itu . Amirul apa lagi tersedak la jawabnya.  " Uhukk..uhukk... " Amirul tersedak . Bukan disebabkan orang sebut nama tetapi ibunya sendiri mengejutkannya . " Mama , Miyul tengah minum .. mama kacau.  Tersedak Miyul " kata Amirul . " Ala , mama tak sengaja sayang . Baru balik ke ? Maaf la tadi mama solat tadi.  Ini dah solat belum ? Lambat pula balik hari ini. " bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Datin Maria.  Satu-satu la kalau nak bagi soalan Datin Maria .. Nanti Si Amirul ni tak boleh jawab pula. 

" Ma , Miyul baru balik . Tu yang pertama.  Kedua , Miyul dah solat dekat masjid tadi.  Berjemaah lagi.  Ketiga , you know what ma ? " jawab Amirul.

" What ? Kamu dah jumpa calon ? " kata Datin Maria sambil menjongket kening. 

" No lahh.  Guess it Miyul jumpa Hasya tadi "

" Hasya ?! Hasya Farhanna ? " muka Datin Maria menjadi terkejut setelah mendengar nama Hasya di telinganya .

" Ya . Miyul jumpa dia tadi.  Ada kerja. "

" Miyul , mama rasa kan.. dia boleh jadi menantu mama kot "

" Apa mama cakap ni ? Dia dah ada boyfriend la " kata Amirul yang agak kecewa. 

" Miyul , itu boyfriend  bukannya suami pun.  Pikat la hati Hasya " Datin  Maria menjawab.  Hari ini mamanya  memang betul-betul lain.  Apa yang Amirul cakap mesti dia jawab.  Selalunya tak sangat.  Kadang-kadang kalau dia rasa nak jawab dia jawab.  Ada juga ye macam tu ?

Kedengaran bunyi azan Isya' membuatkan perbualan Amirul dan Datin Maria berhenti seketika . Selepas azan , Datin Maria menyambung perbualan tadi.  " Ha betulkan apa yang mama cakap ? "

" Ma , I got to go.  Nak mandi and then nak solat . Okay bye . Muahh " kata Amirul untuk menukar topik yang dikatakan oleh ibunya sambil mencium pipi ibunya itu . Datin   Maria belum menghabiskan percakapan tetapi Amirul sudah pun naik ke atas . " Mama,  akan doakan yang terbaik untuk Miyul " Datin Maria bermonolog di dalam hati  .

_______________

" Hasyaaa !! Mai turun makan ! " jerit Puan Nora dari bawah.  Hidangan dia atas meja sudah siap sedia.  Tunggu makan je.  Hasya turun dan menuju ke dapur untuk membasuh tangan.  Selepas itu , dia menarik kerusi untuk duduk . Dia mencedok nasi kepada ibu bapanya.  Rajin betul Hasya ni. Selesai mencedok nasi , mereka membaca doa sebelum makan.  Baca doa dulu baru boleh makan. 

" Hasya , okay kerja hari ini ? " Encik  Hisham iaitu ayah kepada Hasya bertanya .

" Okay je abah . " Hasya menjawab sambil mengambil lauk ikan yang telah terhidang. 

" Kamu tak jumpa lagi ke Amirul ? " soal ayah Hasya . Soalan apakah ini ? Soalan yang malas juga lah dia nak jawab. Bukan apa , nanti tak pasal-pasal tersedak budak itu karang .

" Em.  Ada . Tadi...Hasya jumpa " tergagap-gagap Hasya untuk menjawab. 

" Oh baguslah. Ayah berkenan dengan dia . "

Hasya tersedak apabila Encik Hisham berkata seperti itu.  Mana taknya , dia cakap dia BERKENAN . Puan Nora menghulurkan air pada Hasya.  Hasya menggosok-gosok dadanya . Terkejut la katakan. 

" Abang , dia dah ada Izzat.  Sudah-sudah la tu " Puan Nora memberitahu. 

" Izzat ? Macam mana orangnya ? Bila dia nak jumpa ibu dengan abah ni ? " tanya ayah Hasya lagi.  Wahh ! Soalan cemas lagi.  Kenapa abah suka bagi soalan yang Hasya tak boleh jawab ?

" Nanti kot " jawab Hasya . Apabila selesai makan , Hasya terus naik ke atas untuk berehat.

....bersambung.....

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now