Bab 13

364 10 0
                                    

       Dhira melakar pelan projek yang baru dekat kertas mahjong (taktau nama kertas arkitek yang selalu pkai tu 😅.)  Dia memikirkan lagi idea-idea yang ada pada mindanya . Lagi sikit sahaja lagi pelan itu akan siap.  Dhira melukiskan lagi sedikit pelan tersebut. Dah siap ! Fuh , bukan senang nak buat pelan ni . Kena hati-hati . Syarikat ni pula syarikat ternama , jadi kenalah pandai melakar pelan .

Dhira ke ruang pejabat Hasya yang tidak jauh dari situ . Sebelum masuk , dia mengetuk dahulu pintu . Satgi kena marah pula kalau tak ketuk . " Yes ! " Hasya menyahut dari dalam . Kelihatan dia sedang membuat pelan di komputer dengan begitu fokus . Fokusnya terhenti apabila Dhira masuk . Hasya menyoal kepada Dhira yang sedang menghulurkan beg pelan kepadanya . " Pelan apa ni ? " Hasya mengerutkan dahi . Setahu dia Dhira tiada pelan apa-apa untuk projek . Oh lupa , dia suruh Dhira melakarkan projek untuk projek dekat Putrajaya tu ha .

" Saya dah siap kan Cik Hasya " kata Dhira sambil menuding jari pada pelan tersebut .

Hasya membuka beg pelan tersebut dan membuka kertas tersebut . Hasya terkedu . Cantik lukisan dia . " Wah ! This is amazing . Kalau macam tu awak terus lakar dekat komputer pula . And then awak ikut saya untuk terangkan projek ini pula dekat Syarikat itu nanti ? " terang Hasya agar Dhira dapat memahaminya .

" Em . Cik Hasya . Saya bukan tak mahu .Lagipun saya baru je kerja dekat sini . " Dhira menolak tawaran Hasya . Takut dia gagap kalau terangkan .

" Awak yang buat pelan ni . Jadi awak kena terangkan . Sebab apa awak buat pelan macam ni . Dan pelan ni masukkan ke dalam microsoft power point sebab nanti kita nak present  " terang Hasya lagi . Dia tidak mahu Dhira menolak tawaran ini mentah-mentah . Bukan senang seorang arkitek baru yang hendak menerangkan pelan di Syarikat lain pula . Baru-baru la kena ajar . Baru diorang ada potensi untuk membangunkan syarikat .

" Kalau macam tu saya terima tawaran ni . Tapi saya gugup la " Dhira risau . Takut dia gagap nanti . Dia paling tidak suka bercakap di hadapan khalayak ramai .

" Jangan risau saya ada . Awak boleh punya !! " kata-kata semangat yang diberikan oleh Hasya . Dia harus memberi semangat yang waja pada Dhira .

" Terima kasih , Cik Hasya . Saya keluar dulu " Dhira meminta diri untuk keluar . Hasya hanya menggangguk tanda faham .

Hasya kembali melakukan kerja dengan fokus . Nanti tak habis pula kalau main-main .

________________

       Izzat tidak dapat memikirkan idea-idea yang menarik sewaktu melukis projek yang baru diberi.  Dia stress.  Stress kerana memikirkan Hasya . Hasya hanya membalas pendek.  Dia punya karang ayat tu.  Last-last macam tu yang dia dapat.  Izzat mengusutkan rambutnya . Dia serabut.  Kerjanya menjadi tidak fokus.  Akibat terlalu stress , dia mengetuk meja dengan kuat.  Sakit tangan hentak meja . Merah tangan.  Nasib orang tidak perasan . Kalau perasan , dah kepoh orang-orang dekat office ni. 

Izzat keluar dari bilik dan menuju ke luar dari pejabat. Takda mood nak kerja . Lagipun idea bukan menjelma dekat otak.  Izzat memandu dengan laju.  Dia ingin pergi ke pejabat Hasya tapi takut Hasya lagi benci padanya. Entahlah , sekarang ni dia serabut.  Dia nak pergi dekat tempat yang tinggi-tinggi untuk menjerit.  Mungkin dapat menghilangkan tekanan ?

__________________

     Amirul memikirkan cara macam mana hendak meluahkan hatinya pada Hasya.  Mana boleh simpan lama-lama . Apa kata tanya Dhira je ? Dia mesti tahu punya.  Em.  Boleh juga.  Jumpa Dhira la masa lunch nanti.  Amirul menghantar whatsapp pada Dhira. 

To : Dhira Hana

Dhira ? Satgi lunch dengan aku.  Okay ?

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now