Bab 26

383 11 0
                                    

" Sekarang ni kerja penting ke saya penting ? " soal Amirul.  Ya Allah Amirul , soalan apa kau bagi dekat aku ni. 

" Saya tahu awak penting dalam hidup saya . Tolonglah jangan tanya soalan ni.  Awak penting sangat-sangat untuk saya.  Awak dah sah menjadi suami saya dah pun . " jawab Hasya sambil melihat Amirul . Amirul asyik memandang tepat ke dalam mata Hasya.  Hasya buntu.  Apa yang hendak dia lakukan sekarang ? Adakah aku telah melawan kata-katanya ?

" Okay , awak tunggu sini . Saya nak ambil sesuatu " Amirul keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk mengambil coklat yang dibeli tadi di shopping mall.  Selepas mengambil coklat itu , dia naik ke atas dan menyerahkannya kepada Hasya. 

" Nah , coklat favourite awak.  Saya baru nak buat suprise tapi awak..  " Hasya terkejut apabila Amirul berkata seperti itu.  Tidak sangka bahawa Amirul ingin memberi kejutan kepadanya kerana aku telah menghancurkan kejutan itu.  Perkahwinan kami baru 2 hari tapi dah gaduh.  Inikah ujian yang kau beri selama tempoh perkahwinan ?

" Awak makan la coklat tu.  Pasal kerja tu terserah dekat awak " ujar Amirul dan turun ke bawah untuk makan malam.  Hasya sekali lagi berasa bersalah dengan Amirul.  Ya Allah , dosa apa yang aku telah buat ni ? Dah la hancurkan suprise dia.  Kalau aku tak cakap benda ni tadi  , mesti tak akan jadi macam ni.  Tak Hasya , kau tak boleh salahkan takdir . Kita hanya mampu merancang , Allah yang tentukan semuanya.  Biarlah harini aku beralah .

Dalam tidak sedar , air mata Hasya jatuh ke pipi.  Hasya mengelap air mata tersebut dan cuba untuk bersemangat.  Aku tak boleh lemah-lemah.  Hasya memakai tudung sarung dan turun ke bawah untuk makan malam . Sebelum turun Hasya meletakkan sedikit bedak untuk menghilangkan mata yang bengkak tadi. 

Hasya menuruni anak tangga dan melihat wajah Amirul . Dia turun tanpa melihat tangga.  Matanya asyik menfokuskan kepada Amirul.  Tiba-tiba , kakinya tersilap langkah lalu dia jatuh terduduk di tangga.  " Aduhh , sakit ! " aduh Hasya.  Ujian apa pula ni ? Tu la kau Hasya turun tangga tengok lain bukan nak tengok tangga tu.  Lepastu jatuh mulalah merengek macam budak kecil.  Ibu Amirul juga terkejut.  Walaupun mereka berdingin tadi tapi Amirul tetap merisaukan Hasya.  Apa-apa yang terjadi pun , Hasya tetap isteri dia. 

" Macam mana boleh jatuh ? " soal Amirul lalu mengangkat Hasya seperti gaya bridal style untuk masuk ke bilik.  Kak Amira terus menguis bahu suaminya , Abang Danial . Tak sangka pula adik dia sweet macam tu.  Bertuah betul Hasya.  Datin Maria ke dapur untuk mengambil first aid kit untuk memberikan bandage kepada Amirul .

" Macam mana boleh jatuh ? " soal Amirul sambil mengurut kaki Hasya.  Sakit yang teramat .  Hasya memejamkan mata kerana menahan sakit. 

" Tulahh , lain kali turun tu tengok tangga tu.  Bukan tengok saya " kata Amirul sinis.  Sindir nampak. 

" Saya tengok awak pun sebab saya rasa serba salah sebab tak dengar cakap awak " kedengaran Amirul ketawa . Hahahahaha.  Apa yang lawak sangat ?

" Kenapa awak gelak ? Hishh " kata Hasya yang mengerutkan dahinya.  Aku pun tak faham di mana punchlinenya ? Sekarang ni aku buat lawak ke ?

" Takda apa lah sayang "

" Awak cuba bagitahu betul-betul . " kata Hasya sambil memukul badan Amirul.  Amirul dengan sengaja mengurut lagi kuat. 

" Auchhh  !!! Sakit awak " ujar Hasya . Orang tengah sakit lagi dia bagi sakit.  Datin Maria membawa first aid kit ke arah Hasya yang sedang duduk di birai katil.  Datin Maria menghulurkan bandage kepada Amirul .

" Hasya tak apa-apa ke ni ? " tanya ibu mertua Hasya . Siapa tak risau menantu kesayangan ?  Rupa-rupanya , sayang juga mak mertua aku dekat aku.  Huhu.  Jangan bagitahu ibu sudah . Ibu kalau risaukan aku dia tak boleh tidur malam karang .

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now