Bab 24

395 10 1
                                    

      Semua ahli keluarga Amirul telah berkumpul di meja makan . Hasya dan kakak Amirul sedang memegang mangkuk yang berisi Mee goreng dan roti bakar.  Sedapnya makanan hari ini ! Datin Maria membuka matanya luas-luas.  Biar betul Hasya masak semua ni . Untung Amirul.  Kakak Amirul pun baru balik pagi ini sebab semalam tak sempat nak balik.  Katanya suaminya ada kerja . Lagipun diorang duduk jauh dekat Johor Bahru pula tu.  Kakaknya juga telah mempunyai 2 anak kembar iaitu perempuan dan lelaki.  Bestnya kalau dapat anak kembar .

Danish Iman seorang abang manakala Dania Imani seorang adik.  Dua-dua comel.  Kakak Amirul iaitu Amira memanggil anaknya yang bermain di luar.  Hasya sedang mencedok mee goreng ke pinggan mertuanya dan Amirul.  Tiba-tiba , Dania memeluk Hasya untuk meminta air kerana terlalu haus.  Tadi main dekat luar sampai berpeluh . " Maksu , adik nak air ..hah.. fuhh.. penat ..adik haus ni " kata Dania sambil termengah-mengah .

Hasya mengusap kepala Dania.  Haishh , comel betul.  Hasya memberi air kepadanya . Dania minum seteguk lalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen . Amirul yang tengah makan asyik memerhati.  Prihatin betul dia dekat budak-budak.  Selepas makan , mereka berkumpul di ruang tamu untuk bersembang-sembang.  Bestnya ada keluarga macam ni.  Danish dan Dania berlari ke arah Amirul yang sedang asyik menonton televisyen . Kini , Hasya pula yang melihat Amirul. 

" Ya kenapa ni anak buah paksu ? " soal Amirul sambil mengusap kedua-dua anak buahnya itu.  Diorang baru umur 5 tahun dah petah berbicara dan sentiasa mencuit hati orang dewasa . Tetapi mata Amirul masih lagi di televisyen . Baru hari ini dia dapat menonton televisyen . Kalau tidak asyik sibuk je dengan kerja. 

" Paksu , jom la keluar . Belanja kami makan aiskrim " Danish dan Dania menarik kedua-dua tangan Amirul.  Sabar je lah budak dua orang ni.  Kalau dia orang balik memang riuh rendah dengan suara mereka. 

" Hah ? Ala , paksu baru nak rileks " kata Amirul mendatar.  Sebenarnya , nak menyakat je.  Dalam hati tu dah kata ' Jom lahh '

" Paksu !!! JOMMMMM !! " Danish dan Dania masih menarik tangan Amirul. Mereka merengek ingin makan aiskrim. Amirul mendekatkan mulutnya ke telinga mereka berdua . Dia seperti berbisik sesuatu dekat 2 orang budak kecil itu.  Selepas Amirul berbisik , mereka berdua terus pergi ke arah Hasya . Manja betul dengan Paksu Nya .

" Maksu..maksu " panggil Dania dengan perlahan.  Macam nak bisik je.  Hasya mendekatkan telinganya ke mulut Dania.  " Paksu , ajak kita keluar makan aiskrim.  Dia nak belanja " bisik Dania.  Hasya tergelak.  Aduh , dia hantar posmen comel ni pula . Aku pula yang bisik dekat Dania.  " Cakap dekat Paksu , Jom kita pergi "

" Paksuu !!! Maksu ajak kita pergi !! Yeayy !! " jerit Dania kepada Amirul.  Amirul menepuk dahinya.  Terbongkar rahsia sebab main bisik-bisik . Kak Amira dan Abang Danial asyik memandang anak mereka.  Mereka menggelengkan kepala.  Terlalu bijak sangat macam ni la jadinya.  Rasa nak cubit je pipi yang gelembung tu.  Geram !

Hasya naik ke atas untuk bersiap manakala Amirul dah masuk ke dalam kereta dengan budak 2 orang.  Beberapa minit kemudian , Hasya turun dan bersalam dengan ibu mertuanya serta kakak iparnya.  " Hasya , kalau budak-budak tu lapar . Bagi makan nasi.  Kalau diorang nak pizza ke burger ke jangan bagi . Degil juga diorang tu sebenarnya. Makan aiskrim tu tak kenyang sangat . Lepastu lapar balik . Akak harap Hasya dapat jaga diorang okay  " Hasya hanya menggangguk faham. Akan saya turuti perintah puan . Ai ai chip !

_____________________

       Izzat masih lagi tidur di atas sofa . Ibu Izzat iaitu Puan Ida mengejut Izzat daripada tidur.  " Izzat , bangun ! Kamu tak kerja ke ? Ni dah kenapa tidur sini . Bangun..bangun.. " Ibu Izzat mula berleter.  Izzat menggeliat dengan tangannya diangkat.  " Izzat , matahari dah terpacak atas kepala . Tak reti nak bangun ke . Izzat !! Bangun ibu cakap !! " Puan Ida mula mengeluar garangnya itu . Haishh. Izzat mencelikkan matanya lalu memandang ibunya yang memegang penyapu untuk menyapu lantai . Terus terbangun dia . Izzat mesti ingat ibu dia nak ketuk dengan batang penyapu ni . Mana boleh macam tu . Anak tu . Sayang lagi .

Sahabatku Suamiku حيث تعيش القصص. اكتشف الآن