Bab 31

236 6 0
                                    

Alin (refer bab 27. Nama penuh dia Amalina Batrisyia ) duduk di hadapan cermin untuk makeup. Selesai bersiap, Alin mengambil telefon iphone X miliknya. Dia mencari nama seseorang di contactnya.

" Hey babe ! Let's go out ! " jerit Alin dari telefon.

" Okay alright. I tunggu you dekat sana okay "

Alin mencapai beg tangannya dan keluar dari rumah dengan membawa kereta mini cooper kesayangannya. Dia pergi ke Pavilion untuk shopping.

Dia memarkir kereta dan terus masuk ke dalam shopping mall yang agak besar itu. Alin mencari kelibat seseorang. Dari jauh dia sudah kenali siapa perempuan yang dia akan jumpa.

" Babe !!! " Alin mengejutkan kawannya iaitu Bella.

" Hey ! Alin ! You tahu tak I terkejut " Bella menampar Alin. Alin hanya ketawa.

" You sekarang makin lawa eh. Sejak-sejak duduk luar negara ni " ujar Bella.

" Of course. You pun apa kurangnya makin lawa " puji Alin kepada Bella pula.

" Ye la tu. You ajak I jumpa ni kenapa ? " soal Bella.

" Apa lagi teman I shopping la. "

" You belanja I la kan " kata Bella lalu mencuit bahu Alin.

" Ye lah. Jom " ajak Alin.

Mereka berdua shopping baju, beg dan barang-barang makeup.

" You tak bagitau I pun you balik sini " tanya Bella sambil membelek-belek baju yang digantung.

" I nak suprisekan Amirul sebenarnya . I taknak dia tahu yang I balik. Esok I nak pergi jumpa dia. But I taktahu nak bagi hadiah apa dekat dia " jawab Alin sambil melihat baju-baju yang ada di butik itu.

" Oh ye ke ? I think you patut beli jam dekat dia. Mesti dia suka. " Bella memberi cadangan kepada Alin. Alin mendengar cadangan itu terus meletakkan baju di tempat itu semula.

" Wah, that is a good idea "

" Well this is Bella. "

" Dah jom teman I cari jam Amirul " Alin terus menarik tangan Bella.

________________

Hasya dan Amirul telah sampai ke rumah mama Amirul. Hasya terus masuk ke dalam rumah dengan membawa barang-barang yang dibeli oleh mereka tadi.

" Assalamualaikum, mama " Hasya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

" Hasya ! " terkejut Datin Maria setelah melihat mereka berdua telah pulang dengan selamatnya. Datin Maria terus memeluk menantunya itu. Bukannya diorang kena culik. Aiyo.

" Hm, mama tak ingat dah ke anak mama yang super handsome ni ? " kata Amirul yang berada di belakang.

" Mama kamu tu rindu sangat dah ha dengan Hasya. Asyik risau dengan korang berdua " Dato Khairuddin bersuara.

" Ye ke papa ? Nampaknya dia tak rindu anak kesayangan dia ni " kata Amirul seakan-akan seperti merajuk.

" Eleh merajuk pula. Meh sini " ujar Datin Maria lalu memeluk Amirul dengan Hasya.

Setelah puas berpeluk , Hasya dan Amirul naik ke atas untuk membersihkan diri. Memandangkan hari sudah menjelang malam. Lagipun esok Amirul kerja.

Mereka tiba di rumah pun sudah lewat sebab tadi singgah di rumah ibu Hasya dulu. Sempat makan malam lagi . Lagipun ibu Hasya yang ajak.

Hasya baru sahaja mandi. Dia mengeringkan rambutnya yang basah itu. Amirul mendekati Hasya lalu menghidu bau rambut Hasya.

" Hm.. Wanginya..." ujar Amirul. Hasya memandang Amirul pelik. Jangan macam-macam.

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now