Bab 29

256 8 0
                                    

       Dhira menyapu ubat yang diberi oleh doktor tadi di kakinya yang dibalut. Pergh , sakit dia aku seorang je boleh rasa macam mana. Kalau Si Izzat ni dapat tahu yang aku tak pergi kerja esok sebab sakit kaki ni memang aku kena dengan dia . Dan aku berharap sangat dia taktahu . Sebab pakcik tu suka membebel . Masalah aku yang kena hadap . 

Dhira mengambil telefon dan melihat gambar-gambar yang di post di instagram . Aku bukannya ramai pun follower . Setakat stalk orang tu bolehlah . Hehehe . Sedang membelek-belek gambar di instagram , telefon aku berbunyi menandakan ada orang menelefon aku . Siapa lagi kalau bukan Si Izzat . Aku mengangkat panggilan itu . Macam tahu-tahu je yang aku sedang kutuk dia .

" Hello , Assalamualaikum " Izzat memberi salam melalui telefon .

" Waalaikumussalam " aku menjawab salam Izzat .

" Em.. Esok jumpa okay " ujar Izzat lagi .

" Aku mungkin tak pergi kerja kot " aku jujur kepadanya . Kesian la kalau aku bagitahu dia yang aku ni pergi kerja . Tapi hal sebenarnya tak pergi pun .

" La .. Kenapa ? Kalau macam tu aku ambil kau dekat rumah " kata Izzat .

" Tak perlu . Kaki aku sakit sikit sebab tu la tak pergi kerja . " jawab aku yang masih lagi jujur kepadanya . Kenapa aku jujur sangat eh ? Ada orang kata kalau jujur sangat pun tak boleh . Tapi mulut hari ni suruh jujur , kita pun jujur la .

" Hah ?!! Sakit ?!! Bila masa ? Aku taktahu pun " jerit Izzat . Aku menjauhkan telefon milikku dari telinga . Boleh pekak aku kalau macam ni .

" Weh , asal kau jerit . Aku okay je . Takde apa-apa pun . Dah pergi jumpa doktor dah " kata aku lagi . Sebenarnya mata dah nak terpejam ni . Haish , kalau putuskan panggilan kata aku ni sombong la apa la.  Tak reti cakap la . Bila tak putus lagi , masih bercakap dengan aku plus pula dia membebel dekat aku .

Aku pergi ke arah katil dan baring sambil terdengar Izzat berceramah dekat aku . Oh mata , aku dah taktahan lagi . Mata pedih . Tidur je lah . Dia bukan tahu pun .

" Kau kena makan ubat..bla...bla..bla..." leter Izzat .

" Eh , asal senyap ? Dia tidur dh ka ? " Izzat pelik .

" Dhira... Dhira.." panggil Izzat tapi Dhira tetap tidak dengar .

" Aku tahu mesti kau dah tidur , I Love You ngokk 😝" ucap Izzat dari telefon . 

Dhira tidak dengar apa yang dikatakan oleh Izzat disebabkan dia sudah dibuai mimpi yang enak . 

_______________

       Izzat meletakkan telefonnya di atas meja lampu selepas menelefon Dhira.  Perkataan ' I LOVE YOU' tadi bermain di minda . Berharap dia tak dengar . Tapi kalau dia dengar pun okay juga.  Em . Apa-apa je lah .

Aku menarik selimut dan menutup lampu tidur . Tiba-tiba , pintu dikuak dari luar menyebabkan aku toleh ke arah pintu tersebut. Rupa-rupanya abang aku sendiri. 

" Hah!! Dah kenapa ? Sebelum ni tak pernah pun nak masuk dalam bilik aku " ujar aku kepadanya.  Nampak macam aku cakap dingin kan dengan dia?  Itulah adik-beradik kami.  Ada yang sulung pun dah kahwin.  Jarak umur aku dengan abang aku yang kedua ni beza 3 tahun je.  Aku lahir tahun 1994 dan dia lahir tahun 1991 . Tak jauh beza pun. 

" Aku ada benda nak cerita dekat kau,  dik.  Aku rasa aku dah terjumpa seseorang yang menarik hati aku " kata Izzul sambil mengingati wajah perempuan tadi. 

" Siapa ?  Sebelum ni jarang nak cerita dekat aku.  " kata aku dengan memandangnya atas bawah. 

" Nama dia apa entah.  Yang aku tahu nama dia Hana ke apa.  Tak ingat la pula " jawab Izzul walaupun dia ingat-ingat lupa tentang perempuan itu tadi. 

" Nama pun tak ingat. Eh,  pukul berapa dah?  Aku nak tidur.  Esok kerja " kata aku lalu menarik selimut dan menutup lampu tidur . Izzul menarik muka.  Baru je nak cerita dia halau.  Ergh..

Izzul keluar dari bilik Izzat.  Izzat juga telah dibuai mimpi. 

________________

      Keesokkan pagi , Dhira bangun pada pukul 8 pagi . Dia bangun awal pada hari ini disebabkan terdengar bunyi jam yang dari tadi berbunyi . Eh bukan jam yang bunyi . Ada orang call la . Kacau line orang nak rehat.  Kakiku masih rasa sakit tapi aku tahan supaya dapat berjalan seperti biasa .

Aku mengangkat telefon milikku lalu diletakkan pada telinga .

" Hello , good morning . This is your prince charming . Izzat yow !" kata Izzat kepada Dhira. Dhira mengeluh . Pagi-pagi lagi dah kacau orang . Adakah dia tak puas cakap dengan aku semalam ? Oh ya .. aku tertidur semalam bila dia telefon semalam . Maaflah , tak larat semalam . 

" Assalamualaikum " aku memberi salam kepadanya . Dengan tak bagi salam dia boleh serbu aku macam tu pagi-pagi . Anak sapa la ni . 

" Waalaikumussalam . Maaflah terus menyerbu anak dara pagi-pagi macam ni . Saya dengar awak sakit kaki ? Betul ke ? Baik jujur . " ujar Izzat .

" Bukan ke kau dah tanya aku semalam ? Ke kau nyanyuk yang aku dah bagitahu kau  ? " tanya Dhira untuk kepastian. Sekarang ni aku sakit ke dia yang sakit ? Sakit pelupa tak gitu ? Pelik betul pakcik ni . 

" Haah , aku dah tanya kau semalam  . Asal aku pergi tanya kau balik . Aku sebenarnya nak tanya kau  dah okay ke belum kaki tu " jawab Izzat dan menyoal soalan balik kepada Dhira . 

 'Alasan je tu kan Izzat . Kau cakap je la yang kau nak coverline malu kau tu .' monolog Dhira sendirian tanpa menjawab soalan Izzat . 

" Eh , kau tak payah nak kutuk aku sangat . Eleh , macam la aku taktahu . Orang tanya bukan nak jawab ." kata Izzat yang mula membebel . 

" Ish kau ni ! Kaki aku okay dah sikit . Takpayah risau " Dhira baru menjawab soalan Izzat . 

" Dah makan ubat dah ? " soal Izzat dengan suara yang agak pelik bagi aku.  Tiba-tiba ja jadi caring semacam. 

" Hm kalau aku cakap yang aku ni belum makan pastu baru bangun.. Nanti dia kata apa pulak.  Aku dah la anak dara. Bangun lambat pulak tu.  Haih " monolog Dhira sendirian. 

" Eh,  orang tanya ni.  Mengelamun pulak ! " Izzat menghentikan lamunanku .

" Dah makan dah.  Okay lah aku nak kemas-kemas sikit bilik aku.  Bye " ujar aku lalu meletakkan telefon. 

" Asal la kau ambil berat sangat dekat aku ? Aku tak boleh nak jatuh cinta dengan kau " kata Dhira sambil memegang telefon miliknya. 

" Haish , daripada aku fikirkan dia.  Lebih baik aku mandi " keluh Dhira yang sedang menuruni dari katilnya.  Dia duduk dengan roommatenya.  Roommate dia tiada dekat rumah sekarang ni sebab balik kampung.  Dhira mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.  Dia cuba memaksa dirinya untuk berjalan walaupun kakinya sakit. 

....bersambung...

Sorry guys,  saya baru dapat nak tulis cerita ni.  Ya dulu SPM, but now saya dah sambung belajar di Matriks.  So sibuk la juga.  Sebab jadual padat gila.  Kelas dari pukul 8-4.  Kalau ada masa saya akan curi-curi untuk tulis okay.  Jangan lupa like,  dan comment. 

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now