Bab 23

448 10 0
                                    

       Selesai sudah majlis resepsi pada malam ini , Hasya balik ke rumah Amirul . Kata ibu , aku perlu balik rumah suami . Mana boleh tinggal sebab syurga itu di bawah telapak kaki . Di dalam kereta , Hasya tertidur kerana terlalu letih . Siapa tak ngantuk , penat dengan majlis ni . Amirul asyik memandang muka Hasya yang masih belum buang mekap pada mukanya . Apabila telah sampai ke rumah milik keluarga Amirul , Hasya masih dibuai mimpi . Amirul mengejut Hasya dengan lembut . Tak bangun juga . Satu idea yang bernas berada di dalam minda Amirul . Hihihi . Masa untuk kacau dia .

" Hasya ? Bangun .. kalau awak tak bangun ,saya cium awak juga dalam kereta " Amirul sengaja mengusiknya tapi malangnya Hasya masih tidur dalam keadaan posisi yang sama . Letih sangat dah ni . Hasya tidak sedar apa yang dikatakan oleh Amirul . Memandangkan dalam rumah ni semua orang sudah tidur , Amirul keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelah Hasya . Dia mengangkat Hasya . Berat juga la .

Apabila tiba di muka pintu , Hasya terasa seperti di awang-awangan . Dia membuka mata dan matanya masih samar-samar dengan lampu . Tapi siapa pula ni . Hasya memegang muka Amirul . Terus dia tercelik matanya dan menjadi segar . Hasya terkejut lalu dia meronta-ronta supaya Amirul menurunkannya . " Turunkan saya !! " Hasya memukul-mukul dada Amirul tetapi Amirul tidak mengendahkannya malah dia terus mencampak Hasya ke atas katil King milik Amirul .

Amirul tersenyum sinis dekat Hasya sambil membuka bajunya kerana terlalu panas . Hasya menjadi salah faham lalu dia menggulingkan badannya ke arah kanan . Buppp ! Hasya jatuh dari katil . " Aarghh !! Awakk !! Sakit ... " kata Hasya sambil memegang pinggangnya . Amirul sebenarnya nak gelak tapi terpaksa tahan . Ish , tak baik . Amirul terus mendapatkan Hasya yang jatuh tadi . Hasya masih lagi mengerang kesakitan .

" Awak punya pasal la ni ! " ujar Hasya sambil memegang pinggangnya . Dia juga telah menjelingkan matanya ke arah Amirul . Sakit kot . Aduhh .

" Saya pula , saya buka baju sebab panas . " jawab Amirul . Masalahnya , dia yang lempar Hasya atas katil lepastu dia senyum-senyum macam nak buat sesuatu . Hasya sebenarnya nak lari .

" Dah tak payah cakap banyak . Tolong saya " Hasya menghulurkan tangannya supaya Amirul dapat mencapainya . Amirul memegang tangan Hasya dan memapah Hasya ke atas katil . Hasya berjalan capik akibat sakit yang tidak tertahan . Amirul tergelak sedikit.  Hasya membuka pin tudung dan terus masuk ke dalam bilik air. 

Beberapa minit kemudian , Hasya keluar dengan memakai baju jersey Manchester United yang berlengan panjang dengan seluar tidur yang selalu dipakainya . Tuala hanya diletakkan di atas kepala.  Hasya ke tempat mekap untuk menyapukan losyen di tangannya. Amirul pula yang masuk ke dalam bilik air untum membersihkan badannya yang dari tadi rasa melekit.  Selang beberapa minit kemudian , Amirul juga memakai baju jersey Manchester United dan seluar kotak-kotak.  Hasya memerhati Amirul.  Dia ni nak tiru ke apa ?

" Ishh , awak tiru saya eh ? " kata Hasya . Orang pakai jersey dia pakai jersey.  Peniru !

" Biarlah , yang penting saya pakai baju " Amirul terus naik ke atas katil dan menarik selimut sampai ke paras dada.  Hasya tidur di sebelah Amirul tetapi dia tidak dapat memejamkan matanya . Sebab tadi dah tidur dalam kereta kot.  Amirul pun dah tidur . Tiba-tiba , satu tangan yang melingkari pinggang Hasya. 

Hasya tersentak kerana Amirul memeluknya dari belakang.  Hasya berasa tidak selesa kerana pertama kali dia dipeluk oleh lelaki kecuali ayahnya.  Hasya hanya buat tidak tahu dan cuba untuk melelapkan mata. 

_________________

       Izzat tidak boleh tidur gara-gara ayat Dhira masih terngiang-ngiang di telinganya.  " Macam ni lahh kau pejam mata and then kau cuba ingat perempuan dekat dunia ni lagi banyak.  Contohnya , macam aku..  "

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now