Bab 1

1.4K 25 0
                                    

Ramai pelajar melompat kegembiraan kerana SPM yang diduduki telah habis dengan jayanya. Hasya tersenyum girang apabila keluar dari dewan peperiksaan . Zamirul dari jauh ternampak Hasya yang sedang mengemas beg terus mengejutkannya . " Oi mak kau terpelanting " Hasya terlepas pencil box dari tangan. Masa itu juga la terkena dekat muka Amirul . Padan muka ! Siapa suruh buat macam tu . " Hasyaaaa !! Sakit tau takk ?! " kata Amirul sambil mengusap-usap mukanya yang macho itu.

" Itulah kau , sorry Mirul . Aku tak sengaja. Aduh macam mana ni ? " Hasya gelisah . Nak sentuh tidak boleh . Bukan mahram . Dia teragak-agak untuk melihat. Sakit sangat ke ?

" Don't worry la. Aku ni lelaki lagi perkasa dan hensem . " Amirul buat-buat macho di hadapan Hasya. Hasya yang melihatnya rasa nak termuntah . Please lahh !

" Kau balik dengan apa Mirul ? " Hasya mengambil beg dan berjalan bersama-sama dengan Amirul. Orang mesti akan ingat yang mereka ini couple . Sebenarnya tidak pun. Lagipun mereka memang secocok. Bagai pinang dibelah dua . Eh , itu peribahasa untuk orang kahwin la. Tak kisah la. Lagi satu pula , Amirul pula tinggi . Hasya ini pendek pula. Hasya terpaksa melangut tengok Si Amirul ni. Kalau Hasya berdiri pun dekat bahu dia je . Nak buat macam mana kan. Pendek .

" Aku balik dengan kau lahh " Amirul tersenyum .

" Hah ? Balik dengan aku ? Aku balik dengan ayah aku . " Hasya membantah.

" Ala , kau ni. Hari last kot. Nanti mana tahu kita.." percakapan Amirul terhenti .

" Kita apa Mirul ? " Hasya pandang kosong pada Amirul .

" Kita kahwin la " Amirul berlari dari Hasya .

" Hah ? Mirull !! " tergopoh-gapah Hasya mengejar Amirul yang berada di hadapan. Ada pula dia cakap macam tu ? Ingat apa la tadi. Lagi satu kalau nak tahu , Amirul ni suka bagi orang suspen. Apa yang bestnya pun taktahu la .

" Kau nak tak ? " Amirul menjongket kening sebelah kanan dan tersenyum sinis. Gatal juga eh dia ni .

" Tak ingin aku . " Hasya membuat muka menyampah .

Sedang sibuk mereka bergurau-senda , ayah Hasya sudah sampai untuk mengambil Hasya di sekolah. Ayah Hasya pula memang kenal dengan Amirul. Amirul terus bersalam dengan ayah Hasya yang berada di dalam kereta. " Amirul , amacam SPM ? " ayah Hasya menanyakan soalan cepumas buat Amirul. Haihh , dah la baru habis. Tanya pula soalan macam tu. Baru nak bebas kejap. Huwaa.

" Bolehlahh . " Amirul hanya menggangguk .

" Abah , dia pandai tak boleh kata apa lahh. " kata Hasya menjuihkan bibir dekat Amirul .

" Hah ! Anak abah macam mana pula ? Okay ke ? " kali ini soalan itu dituju pada Hasya pula.

" Sama ja jawapan macam Mirul " Hasya tersenyum .

" Kamu balik dengan apa Mirul ? " soal ayah Hasya .

" Saya ada motor. Saya balik sendiri " Amirul tersenyum.

" Okay , nanti bila2 datang la rumah uncle okay ? "

" In Shaa Allah " Amirul hanya menggangguk .

" Bye Mirul ! " Hasya melambaikan tangannya pada Mirul yang berada di luar kereta .

Amirul hanya buat isyarat ' call nanti'. Hasya hanya menggangguk. Ayah Hasya memang suka melihat mereka berdua. Sepadan !

...bersambung...

Ini novel yang ketiga . Hahahahaha. Kali ini buat novel melayu pula.

Sahabatku Suamiku Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum