Bunyi jam membingitkan telinga Hasya pagi-pagi lagi. Hasya mencapai jam loceng yang asyik berbunyi dan menekan butang untuk memberhentikan bunyi. Hasya tidak membuang masa , dia bangun dan menggeliat sepenuhnya. Haih , ngantuk betul. Dia berjalan dalam keadaan gelap dan mencapai tuala yang disangkut kemas pada ampaian tuala.
Apabila selesai mandi , dia mengambil satu per satu baju dari almari. Apehal semua macam tak sesuai ? Hm. Dia mencari lagi dan cuba memadankan dengan skirt yang dipilihnya. Baju yang dicari-cari sudah jumpa. Yeay , baju yang berwarna merah jambu yang lembut. Menunjukkan warna keayuan. Dia memadankan dengan skirt berwarna coklat dan tudung bawal bercorak-corak . Okay dah cantik . Sebelum turun , dia memakai minyak wangi. Pergi kerja haruslah wangi-wangi . Mana boleh busuk-busuk.
Dia turun bawah dengan perlahan. " Ibu , Hasya nak pergi kerja dah ! " panggil Hasya sambil memakai kasut tumit tinggi . Tetapi tak la tinggi sangat. Ala kadar je. Puan Nora tergopoh-gapah ke hadapan untuk melihat anak daranya itu. " Taknak makan dulu ke ? Ibu masak nasi goreng hari ini " Puan Nora menyuruhnya sarapan dahulu. Kalau tak sarapan , masuk angin pula . " Ibu bekalkan je la .Hehehehe... " balas Hasya sambil tersenyum.
" Kejap , tunggu situ " Puan Nora terus ke dapur dan membekalkan nasi goreng kepada Hasya . Selepas membekalkan , Puan Nora menghulurkan bekal tersebut pada Hasya yang setia menunggu . " Okay Ibu Hasya pergi dulu . Assalamualaikum " Hasya menyalami tangan ibunya dan mencium pipi ibunya. " Okay waalaikumussalam. drive elok-elok. Jangan cuai. Pakai tali pinggang " nasihat Puan Nora. Ye lah , kalau tak bagi nasihat cuai pula Si Hasya ni. Wajib memberi nasihat dekat dia.
Kedengaran bunyi enjin kereta Myvi milik Hasya keluar dari halaman rumah . Dia menuju ke pejabatnya.
____________________
PA Dato Sharif iaitu Yana mengetuk bilik Dato Sharif. Dato Sharif membenarkan Yana masuk. Yana menguak pintu dan menjemput seseorang untuk masuk ke dalam bilik Dato Sharif. " Dato , ni arkitek baru yang akan gantikan Nabil " Yana memberitahu perkara yang sebenar pada Dato Sharif. Dato Sharif menggangguk tanda faham . " Okay ,silakan duduk " Dato Sharif mempersilakan arkitek baru tersebut untuk duduk. " Boleh kita mula sekarang ? " Dato Sharif menanya soalan . " Ya boleh " kata arkitek tersebut dengan senyuman yang sangat manis. " Boleh saya tahu nama kamu ? " Dato Sharif menujukan soalan lagi. Soalan kacang je pun.
" Nama saya Nurul Dhira Hana " jawab Dhira tenang. Nak minta kerja haruslah relaks. Jangan gelabah. Karang tak pasal-pasal tak dapat pula.
" Okay , Dhira kamu pernah bekerja di Syarikat mana-mana sebelum ini ? " tanya Dato Sharif lagi.
" Belum . Saya baru habis belajar di Seoul , Korea. Saya mengambil bidang arkitek " jawab Dhira lagi sambil mengeluarkan beberapa dokumen untuk memberikan kepada Dato Sharif. Dato Sharif hanya menggangguk apabila melihat dokumen tersebut. Belajar dekat Korea kot , bukan senang tu.
" Nurul Dhira Hana . Awak diterima bekerja. Kalau awak tak faham awak boleh tanya senior awak , Hasya Farhanna "
Dhira terkedu seketika. Adakah benar dia mendapat kerja ? Macam tak percaya . Alhamdullilah. " Terima kasih Dato , saya akan cuba untuk meningkatkan Syarikat ini dengan lebih maju " kata Dhira sambil menundukkan kepalanya. Dah terbiasa. Orang korea kan selalu begitu apabila bergaul dengan orang.
" Awak boleh start kerja sekarang ye " kata Dato Sharif lagi.
" Terima kasih sekali lagi , Dato. " Dhira tidak menyangka bahawa Dato Sharif sangat baik.
Dato Sharif menekan butang telekom dan disambung ke Yana . " Yana , tolong tunjukkan tempat Dhira ye. Dan perkenalkan Dhira dekat semua staff "
" Baik Dato " jawab Yana.
Yana mengetuk pintu dan Dhira keluar dari bilik Dato Sharif yang sungguh besar dan sejuk.
" Nama awak Dhira eh ? " tanya Yana sambil berjalan untuk menunjukkan tempat Dhira .
" Ya . " Dhira menggangguk dan tersenyum .
" Oh , nama saya Yana " mereka bersalam antara satu sama lain .
" Semuaaa !!!! Attention please !! " jerit Yana sambil bertepuk supaya semua staf dapat mendengarinya. Semua staf tertumpu ke arah Yana.
" Ini arkitek baru kita . " jerit Yana sambil menunjukkan ke arah Dhira yang berdiri di sebelahnya .
" Assalamualaikum semua , saya Nurul Dhira Hana . Tolong tunjuk ajar ye. Lagipun saya baru lagi . Terima kasih " kata Dhira sambil menundukkan kepalanya lagi. Sopannya dia.
" Itu tempat awak , Dhira. Kalau ada masalah apa-apa . Awak boleh cari ketua arkitek kita dekat sana. Cik Hasya Farhanna . " Yana memberitahu dan menunjukkan ke arah Hasya yang sedang memberi idea pada Irfan.
" Hasyaaa !! " jerit Yana. Hasya terdengar namanya dipanggil terus memandang gerangan siapakah yang memanggilnya. Apabila ternampak Yana yang sedang memanggilnya terus menuju ke Yana.
" Yes , why ? " Hasya membuat muka blur. Yana memperkenalkan Dhira kepada Hasya. " Ni arkitek baru kita yang gantikan Nabil. " kata Yana lagi .
" Oh , saya Hasya . Ketua arkitek dekat sini. Kalau ada apa-apa boleh tanya saya ye ? " Hasya memberitahu Dhira sebelum dia mempunyai masalah. Kalau ada apa-apa Dhira boleh terus tanya Hasya. Ketua arkitek biasalahh.
" Ya. Apa-apa saya tanya . "
" Nama awak apa ? Saya lupa nak tanya " soal Hasya sambil tersenyum.
" Nama saya Nurul Dhira Hana. Panggil Dhira or Hana. "
" Okay , Dhira . "
Selesai bercakap , mereka kembali ke tempat masing-masing. Diam seperti biasa.
__________________
Seusai kerja yang dilakukan , Hasya mendapat satu mesej daripada Amirul. Wah , dah pandai mesej. Dulu hilang macam tu , sekarang baru tahu dia nak mesej. Adoii , Mirul ..Mirul.
From: Mirul bajet :p
Jom lunch , hari ini aku belanja. Kalau taknak takda dah lepasni .
Hasya membaca mesej tersebut . Nak belanja macam tak ikhlas je ? Biarlah orang nak belanja. Kita apa lagi on je lahh.
To : Mirul bajet :p
Okay , aku pergi tunggu jap .
Butang send ditekan. Dah balas. Sekarang destinasi seterusnya nak makan lunch. Yeayy , ada orang belanja. Hasya pergi ke kafe yang selalu dia pergi bersama Amirul sejak dulu lagi .
....bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/67603336-288-k827711.jpg)
ВЫ ЧИТАЕТЕ
Sahabatku Suamiku
Любовные романыZamirul Arsyad atau dikenali sebagai Amirul merupakan sahabat baik kepada Hasya Farhanna . Mereka berkawan rapat sejak dari tingkatan 1 sehingga sekarang. Pada masa yang sama , Hasya menyimpan perasaan terhadap Amirul walaupun Hasya mempunyai kekas...