Bab 30

308 9 2
                                    

Hasya dan Amirul bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Bukan apa mama dekat rumah tu dah risau. Hasya memakai tudung bawal. Amirul yang sudah siap sedang baring di atas katil sambil bermain game di telefonnya.

" Hm betul la orang kata. Kalau dah kahwin kena tunggu orang perempuan bersiap. Memang lama " tiba-tiba sahaja Amirul bersuara.

Hasya yang sudah siap memakai tudung terus memandang suaminya itu.

" Saya nak tanya la kan.. Saya cantik ni untuk siapa ? " soal Hasya kepada Amirul. Amirul terus duduk dan memandang Hasya. Amirul tergelak sedikit dengan pertanyaan itu.

" Entahlah sayang. Saya rasa macam untuk saya " jawab Amirul sambil memandang muka Hasya.

" Ha pandai pun . So, kalau awak nak saya cantik untuk awak. Awak kena tunggu la " ujar Hasya lalu memandang ke cermin semula untuk memakai gincu.

" Ye lah Puan Hasya. Saya tetap setia menunggu awak " kata Amirul.

Hasya menyimpan barang-barang makeupnya ke dalam beg dan dimasukkan ke dalam bagasi roda. Selepas sahaja menzipkan beg roda, Amirul terus menarik beg tersebut.

Hasya menguncikan pintu dan mereka berdua check out pada pukul 9.00 pagi.

Hasya duduk di sebelah Amirul .

" Awak, jom kita singgah ke ladang strawberi. Beli buah tangan untuk mama dengan ibu. Dengan kawan-kawan sekali. Boleh kan ? " ujar Hasya sambil melihat Amirul yang sedang memandu kereta itu.

" Boleh je sayang. " jawab Amirul.

" Bak tangan " Amirul menyuakan tangannya kepada Hasya. Hasya memandang pelik. Apa masalah dia ni ? Dah tahu tengah bawa kereta. Nak bersweet-sweet pulak.

" What ? Awak bawa la kereta elok-elok. Tiber je minta tangan saya " kata Hasya.

" Bagi je lah. " Amirul menarik tangan Hasya. Hasya agak terkejut. Allahu, masih tak berputus asa.

Jari-jemari mereka bersatu. Tiba-tiba sahaja tangan Hasya dicium oleh Amirul. Hasya memandang pelik sikap suaminya itu.

" Awak kenapa ni ? " soal Hasya untuk kepastian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Awak kenapa ni ? " soal Hasya untuk kepastian. Amirul melepaskan jarinya dan kembali memegang stereng kereta.

" Saja. " jawab Amirul sepatah. Hasya menggelengkan kepala. Haih, macam-macam la.

Mereka telah pun tiba di ladang strawberi yang dikatakan oleh Hasya tadi.

Secara semula jadi, Amirul memegang tangan Hasya. Hasya hanya membiarkan sahaja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now