" Risya? Risya kat mana?"

Senyap. Kaki terus dihayun ke belakang rumah, ruang tamu,bilik tetamu,bilik bacaan,swimming pool dan di luar rumah. Senyap. Kasyaf bercekak pinggang. Hatinya dilanda kerisauan. Tak pernah-pernah Risya merajuk sampai macam ni. Dia lari dari rumah ke?

Pantas handphone yang berada di dalam poket diseluk dan nombor isterinya didail. Hanya voicemail yang diterimanya lalu dicuba menelefon sekali lagi. Tetap sama.

" Risya! Risya sayang!" Laju Kasyaf berlari ke tingkat atas. Mencari bayang gadis itu namun di ruangan atas semuanya kosong. Kasyaf terdiam sambil memerhati setiap pintu bilik selang biliknya. Dibuka satu persatu namun kosong dan sepi. Bilik hujung sekali dipandang. Firasatnya seakan mahu mengatakan ada sesuatu di situ. Pantas kaki dihayun ke bilik tersebut dan tombol pintu dipegang. Dipulas.

Kunci!

Laci meja yang berdekatan dibuka dan kunci pendua diambil. Pantas bilik tersebut dibuka dan anak mata terus berpusat pada satu susuk tubuh yang sedang tertidur sambil memeluk sehelai baju. Seakan bajunya.

" Risya?" Risya yang sedang nyenyak tidur dihampiri lalu punggung dilabuhkan di atas lantai bersebelahan katil bersaiz queen itu.

" Sayang?"

Perlahan kelopak mata dibuka apabila terasa ada sentuhan lembut dikepala. Risya tersentak kecil lalu pantas membalikkan tubuh membelakangi lelaki itu. Tempias kena marah tadi masih lagi terasa. Serentak itu air mata mengalir keluar dari tubir mata. Sebak.

Kasyaf mengeluh perlahan lalu turut berbaring disebelah gadis itu. Tubuh kecil itu dipeluk dari belakang. Erat. Dapat dia dengar esakan kecil gadis itu.

" I am so sorry.." Bisik Kasyaf perlahan lalu jari-jemarinya diselusuri dengan jari jemari isterinya. Sejuk semacam tangan isterinya.

" Abang tak sengaja nak marah sayang."

" Sebab abang dah tak sayang Risya." Pintas Risya lalu baju Kasyaf disembamkan diwajahnya. Menangis teresak-esak melepaskan perasaan yang terpendam dalam hati.

Kasyaf menghela nafas lalu tubuh kecil itu dipusing menghadapnya dan dipeluk erat." Abang tak maksudkan pun semua tu."

" Tapi abang langsung tak tegur Risya. Dah dua hari. Abang langsung tak nak cakap dengan Risya. Abang dah tak sayang Risya." Tubuh Kasyaf dipeluk erat. Wajahnya disembamkan di dada lelaki itu. Sedih. Siapa je yang tak sayang suami? Siapa je yang sanggup kena marah?

" Siapa cakap abang tak sayang?"

"Tapi abang tunjuk."

"Biarlah abang merajuk pulak. Asyik isteri abang je."

" Tapi tak perlulah marah Risya. Risya sedih tahu."

Kasyaf tergelak kecil lalu ditarik lagi rapat tubuh kecil itu. Dapat dia dengar degupan jantung isterinya yang berdegup laju. Nafasnya juga teratur.

"Kalau abang tak sayang Risya.. Bolehlah abang kahwin dua kan?" Usik Kasyaf lalu dagu runcing itu ditolak perlahan ke atas. Wajah sembap itu ditenung sebelum dilabuhkan didahi Risya.

Risya mendengus kecil apabila kenyataan 'kahwin dua' itu menerobos masuk ke salur telinga. Bagaikan disiat-siat hatinya. Pantas tubuh sasa Kasyaf ditolak. Geram! Sakit hati!

"Itu yang abang nakkan? Dah lah. Memang abang tak sayang Risya."

" Risya." Tangan Risya dipegang menghalang gadis itu bangkit dari katil.

" Lepaslah. Abang dah tak nak Risya. Abang nak kahwin lain. "

Kasyaf tergelak kecil. " Abang bergurau je lah sayang."

Book 1:The Faith's [C]✓Where stories live. Discover now